Bab 8 : Finally We Meet

772 47 0
                                    

Faiq melihat pesanan yang masuk di telefonnya dengan puas.

"Selamanya kau tak akan dapat Sara, Daniyal." balasnya tersenyum puas.

"Tuan, Puan Sara..."

Faiq memandang anak buahnya dengan tajam.

"What?"

"Puan Sara membuat percubaan bunuh diri lagi." ujarnya ketakutan akan amukan ketuanya itu.

DOR DORR

Tak sampai beberapa saat, anak buah yang melaporkan keadaan Sara tadi tumbang akibat dua tembakan daripada Faiq.

Faiq memandang mayat lelaki tersebut dengan wajah yang tidak berdosa.

"Tak guna. Jaga seorang perempuan saja tak mampu."

Faiq bangun lalu memanggil anak buahnya.

"balik." arahnya dipatuhi oleh anak buahnya lalu menuju ke arah kediaman utamanya.

Dalam perjalanan, Faiq tersenyum sendiri memikirkan nasib Daniyal yang pasti sedang sedaya upaya untuk melawan musuh-musuh yang sia-sia itu.

"Sampai bila-bila pun, kau masih dibawah aku, Daniyal." ejeknya sendirian.

...

"Jadi kau nak cakap yang mereka dah pindah sejak semalam?!" soal Harith kegeraman kepada Amani.

Amani mengangguk ketakutan melihat pandangan yang mengerikan dari lelaki-lelaki di hadapannya seolah-olah ingin membunuhnya.

"Ya. Sebenarnya saya terdengar rancangan Tuan Faiq dengan, Rian anak buah dia. Tapi saya masih tak faham sampailah berlaku kejadian tadi."

"Tapi Khai cakap mereka di kediaman itu?" soal Mark pelik.

Amani menggeleng kecil.

"Khai dah ditangkap oleh Rian semalam dan mungkin diorang dah rancang semua ni sejak awal."

Mark menggengam tangannya kegeraman.

"Tak guna kita terlambat."

"Bukan." Daniyal menggeleng kecil.

"Ni baru permulaan." sambungnya sambil tersenyum sinis.

'Kau kena ingat Faiq, aku bukan Daniyal yang dulu.'

Tanpa membuang masa mereka terus menuju ke arah kediaman utama Faiq bersama beberapa anak buah mereka yang masih kekal.

"Harith dan Johnny akan masuk dari atas dan hapuskan semua yang berada di sana dan masuk ke dalam bilik CCTV."

Harith dan Johnny mengangguk faham lalu segera bergegas menjalankan misi tanpa banyak bunyi. Harith dan Johnny yakin kerana inilah kepakaran mereka iaitu menyusup masuk dan keluar tanpa disedari orang lain tanpa penuh kecurigaan.

Tak lama kemudian, kedengaran bunyi suara dari walkie-talkie.

"Kami sudah berada di bilik cctv."

Daniyal tersenyum licik lalu mengarahkan anak buah yang lain untuk bergerak.

"Queen dan Faiq di ruang utama di bahagian timur. Ada 4 orang penjaga di luar." ujar Johnny sambil mengawal dari ruang cctv.

Daniyal mengangguk kecil lalu meningkatkan kepantasannya dengan melepaskan beberapa tembakan kepada sesiapa sahaja yang menghalang jalannya.

DOR DOR

DORR

SSUP!

BRAK BRAK

Kedengaran bunyi tembakan dan bising di luar membuat Sara memandang ke arah pintu utama.

"Abaikan." ujar Faiq datar.

Sara memandang Faiq dengan tertanya.

"Siapa di luar?"

Faiq masih mendiamkan diri.

Sara yang melihatnya merasa jengah lalu bangun untuk keluar dari ruang tersebut tapi sempat ditahan oleh Faiq. Faiq menggenggam lengannya yang sempat terluka oleh dirinya sendiri.

"Argh."

Faiq tersenyum sinis.

"Tau sakit?"

PLAKK

Sara menutup matanya rapat menahan rasa akan pipinya yang ditampar oleh lelaki itu.

"Are you stupid? Berapa kali I cakap jangan buat kerja gila!" maki Faiq geram melihat keadaan lengan Sara yang dibalut tadi.

Hatinya tak tenteram melihat wanita kesayangannya tersakiti seperti ini walaupun dirinya sedar bahawa Sara akan sentiasa disakiti olehnya.

Sara memandang tajam terhadap Faiq lalu terkekeh sinis.

"Kenapa?"

"KENAPA TAHAN!"

"Patutnya kau patut biar aku mati kat sini!" herdik Sara dengan kemarahan.

"Kau nak mati sangat?"

Faiq mula hilang kendali ke atas dirinya lalu dia mencekik leher Sara dengan kuat. Sara menahan sakit yang dirasainya dan semakin lama nafasnya semakin pendek.

"Hah kau nak mati sangat kan! Biar kau mati lepas tu aku bunuh suami tak guna kau tu!"

Sara tersenyum lirih.

"Bunuh! Biar aku mati sama-sama dengan Daniyal!" balas Sara perlahan.

Pandangannya mula berkunang-kunang.

"KA—"

DORR

Tiba-tiba Faiq tumbang dan cekikan di leher Sara terlepas. Sara cuba mendapatkan udara dengan tergesa-gesa.

"Mommy!"

Sara yang masih memerlukan udara di sekeliling terus menoleh ke arah suara yang memanggilnya. Matanya membola melihat wajah seseorang yang dikenalinya sebagai 'buah hati' dan juga wajah suaminya yang dicintai.

"Da-daniyal...." ujarnya buat kali terakhir sebelum semua pandangannya menjadi gelap.

Daniyal terkaku melihat Sara yang pengsan di hadapannya itu. Dia terlalu tergamam melihat seorang yang sudah lama tidak dijumpainya dan apabila berpeluang untuk menemuinya, dia dalam keadaan yang tidak baik. Daniyal merasa marah di dalam dirinya kerana dia merasa gagal untuk melindungi permaisuri hatinya itu.

"Sa-sara...."

"TAK GUNA!" Daniyal meninju beberapa kali ke arah Faiq yang sudah tidak menyedarkan diri itu.

BRUK

BRUK

Harith cuba menahannya.

"Daniyal sudah! Selamatkan isteri kau! Biar aku settle kan Faiq."

Tak lama kemudian Daniyal membopong Sara dan membawanya keluar, diikuti Ariq dan yang lain.

'Sara.... Jangan pergi dulu...'

Ariq memandang mommynya yang tidak sedarkan diri itu dengan hati yang perasaan yang bercampur baur.

"Mommy..." Ariq memegang tangan Sara buat kali pertama sejak 16 tahun yang lalu.

...

Vote comment ya💚

Thank you🌹

MY QUEEN ✔ Where stories live. Discover now