"Sara, you kena tau satu hal yang I ni boleh buat apa sahaja terhadap suami you tu." ugut Faiq membuatkan Sara mendelik tajam terhadapnya.
"Apa maksud you? Please la jangan nak main-main. Tak boleh ke you just lepaskan I."
Faiq ketawa renyah mendengar perkataan yang diucap oleh Sara itu.
"Main-main? Apa you ingat I nampak macam tengah bergurau ke?" Faiq menunjuk dirinya sendiri.
"I DAH KAWIN FAIQ!"
"YES I KNOW. Tapi you ingat I akan lepaskan you macam tu je?" soal Faiq sinis.
Sara menggeleng kecil sambil memandang Faiq geram.
"Faiq, kita hanya berkawan. Okay?" pujuk Sara kerana tak ingin menambah lagi masalah antara mereka.
Dirinya penat dengan kelakuan Faiq yang menganggapnya sebagai wanita istimewa tanpa memikirkan keadaan Sara yang sudah berkawin dengan Daniyal.
"I tak pernah rela you kawin dengan lelaki tak guna tu. Dia memang tak berguna Sara! Tak sesuai dengan y—"
PLAK
Sara melayangkan tamparan kepada Faiq bersama pandangannya yang tajam.
"Watch your mouth! Daniyal is my husband now. Bukan hak you untuk cakap macam tu!" marah Sara.
"But dia tak akan dapat lindungi you, Sara. Dia tu bukan lelaki kuat macam I! I ada kuasa tak macam dia. He's just useless!"
Sara mengabaikan perkataan Faiq lalu mula mengemas barangnya lalu beredar dari sana.
"You tak perlu masuk campur urusan I." balasnya lalu pergi.
Faiq menggenggam tangannya kuat sehingga menampakkan urat yang menonjol di lengannya.
"I akan buktikan yang dia tak layak untuk you, my dear."
Dua hari kemudian,
Sara mencuba berkali-kali untuk menghubungi Daniyal tapi masih tidak berjaya. Dirinya yang sedang sarat mengandung tidak dapat menenangkan diri.
"Where are you, Daniyal?" soalnya sambil memandang telefonnya dengan penuh kerisauan.
Ting!
Tiba-tiba sebuah mesej masuk dari seseorang.
Faiq
Meet me at Louke Street. I akan buktikan yang Daniyal tak sesuai dengan you.
DEG!!!
Sara tersedar dari pengsannya bersama dengan nafasnya yang tidak teratur. Dia cuba untuk menenangkan dirinya buat seketika lalu matanya meliar kesana kesini untuk melihat lokasi dirinya berada.
Hospital? Tekanya sendiri.
Dia cuba mengingati apa yang telah berlaku sebelum ini.
DORR
"Mommy!"
"Da-daniyal...."
"Da-daniyal? Oh no!" Sara menggeleng kecil lalu mula menanggalkan tiub kecil yang melekat di tangannya dengan cepat dan menghiraukan rasa sakit yang berlalu.
Dengan mukanya yang pucat, Sara segera meninggalkan ruang tersebut sebelum Daniyal berjaya menemuinya.
Sara menggeleng kecil.
Sejujurnya, bukan kemahuannya untuk melarikan diri dari Daniyal. Tipu kalau dia kata dia tak rindukan Daniyal sedikit pun. Sangat rindu!
Cuma dia tak mahu jika kejadian silam berlaku semula. Semuanya terjadi bila dia terlalu mengabaikan bahaya yang sentiasa dekat dengan dirinya.
Dia perlu korbankan dirinya sendiri untuk Daniyal dan juga buah hatinya.
"Please please jangan sekarang...." sepertinya keadaannya yang masih dalam keadaan lemah itu sangat tidak menyokong akan niatnya itu.
Tiba-tiba Daniyal muncul di hadapannya bersama Ariq.
Sara terkedu lalu terduduk apabila kakinya sudah tidak berjaya menampung dirinya ditambah kepalanya yang berasa pening.
"Sa-sara..." Daniyal cuba untuk mendekat kepada Sara tetapi sempat dihalang oleh Sara.
"Jangan mendekat!" Sara meneguk liurnya kasar lalu memundurkan dirinya dalam keadaan yang ketakutan dan kegelisahan.
"Sara... Ni Daniyal. Jangan takut. Sara selamat sekarang." pujuk Daniyal secara perlahan-lahan mendekati wanita itu.
Sara menggeleng keras.
"Jangan mendekat. Sara tak nak apa-apa berlaku dekat Daniyal."
"Please, lepaskan Sara." rayunya sambil menangis lalu memeluk kaki lelaki itu.
"Sara..." Daniyal cuba melepaskan pelukan Sara di kakinya.
"Lepaskan Sara! Faiq akan lukakan Daniyal nanti!"
"Nanti dia datang!"
"He will kill you, Daniyal!"
"Sara tak nak Faiq apa-apakan Daniyal!" Racaunya.
"JUST LET ME GO!"
"SARA ARRISA!"
HUPPP
Daniyal memeluk Sara kuat dan mengabaikan rontaan daripada Sara yang sedang ketakutan itu. Dia cuba sedaya upayanya untuk membuatkan Sara lebih tenang dengan bisikan-bisikan lembut darinya.
"You're safe now."
"Daniyal tak akan biarkan sesiapa pun lukakan diri Daniyal dan Sara dan keluarga kita."
"Jangan takut. Daniyal akan sentiasa bersama Sara sekarang."
"Sara selamat sekarang."
"Hiks ta-tapi Faiq..."
"Jangan pikirkan dia, sayang. Dia dah tak akan dapat ganggu keluarga kita lepas ni."
Seketika rontaannya berhenti selepas mendengar perkataannya itu.
"Tapi..."
"Tak akan ada sesiapa yang akan hancurkan hubungan kita. Keluarga kita. Maafkan Daniyal kerana Daniyal tak mampu lindungi Sara sebelum ni. Tapi Daniyal janji, Daniyal akan jaga keluarga kita. Dan akan hancurkan sesiapa saja yang berniat untuk musnahkan keluarga kita."
"I promise."
...
Vote comment ya💚
Thank you🌹
YOU ARE READING
MY QUEEN ✔
RomanceKehilangan Queen secara tiba-tiba cukup memberikan impak yang besar kepada kehidupan Daniyal. Tak dilupakan Prince Ariq yang sentiasa bertanya tentang keberadaan queen yang tidak pernah dilihatnya sejak kecil. "Mommy tinggalkan kita dad?" Namun akh...