Bab 23 : Perasaan

430 31 1
                                    

Daniyal terdiam memikirkan perkara yang telah berlaku baru-baru ini. Dia hanya berasa aneh tentang kejadian yang berlaku secara tiba-tiba itu sejak—

CKLECK


"YOU!" Jerkah Farisya yang tiba-tiba memasuki ruangan kerjanya.

Setiausahanya, Nini memandang Daniyal serba salah kerana tidak dapat menghentikan perlakuan sesuka hati oleh Farisya itu. Daniyal mengangguk memahami dan menyuruh Nini keluar.

Dia mendengus kecil melihat Farisya yang datang ketika dia sedang berasa tidak ingin diganggu.

"Boleh tak jangan ganggu I lagi?" soalnya bengang.

Farisya memandangnya tajam lalu memukul meja kerja Daniyal dengan geram.

"I rasa isteri you dah gila! You patut ceraikan dia sekarang!" pekiknya kegeraman.

Daniyal memandangnya pelik.

"Apa masalah you ni? Isteri I gila pun bukan urusan you." ujarnya lalu mengabaikannya.

Farisya mendengus kasar lalu menunjukkan lengannya yang sedikit lebam kepada Daniyal.

"Tengok ni apa yang isteri you buat dekat I! Ada ke patut dia layan tetamu macam ni?" ngadunya dengan mata berair dengan harapan Daniyal mempercayainya.

Daniyal memandangnya datar seolah-olah tidak memperdulikan dirinya.

"You datang rumah I?" soalnya membuatkan Farisya tergamam.

"I—itu.... I cuma nak berkenalan dengan isteri you je. Tapi—"

PAK

Farisya terkejut apabila Daniyal memukul mejanya kuat lalu memandangnya tajam.

"Jangan berani lagi datang rumah I. Lepas ni, bukan setakat tangan tu je yang lebam. Mungkin akan lebih daripada itu lagi."

Nafas Farisya terasa seakan tersekat apabila mendengar ancaman yang diberikan oleh Daniyal itu.


...


"Puan Sara..."

Sara yang sedang mengubah bunganya di halaman belakang berhenti melakukan kerjanya apabila mendengar seseorang memanggilnya. Dia menoleh kebelakang lalu tersenyum manis melihat orang yang memanggilnya.

"Amani! Lama tak jumpa." sahutnya bahagia melihat Amani menghampirinya itu.

"Terima kasih puan sebab bagi saya cuti seminggu ni. Dah lama saya tak balik kampung untuk jenguk mak ayah saya." ujarnya bahagia membuatkan Sara mengangguk memahami.

"Sama-sama. Macam mana? Dah jumpa ke dengan apa yang awak cari dekat kampung tu?" soalnya kepada Amani.

Amani mengangguk bersemangat.

"Dah. Terima kasih sekali lagi puan. Kalau tak dikeranakan puan, saya pasti akan ditimpa masalah." jelasnya dengan wajah yang lega.

Sara tersenyum kecil lalu mengusap kepala pembantu setianya itu dengan lembut.

"Baguslah. Teruskan dengan azam awak untuk dapatkan kehidupan yang lebih bagus." ujarnya dengan ikhlas.

Amani mengangguk faham mendengarnya. Baginya, Sara merupakan suri tauladannya bagi mendapatkan kehidupan yang sukses.

...

Keysha memerhatikan sebuah rumah besar yang berada di hadapannya dengan penuh tekad.

Dia menggenggam stereng kereta dengan kuat apabila mengingatkan dendamnya yang akan berakhir tak lama lagi sebaik sahaja dia memasuki rumah besar tersebut untuk mencapai tujuannya.

MY QUEEN ✔ Where stories live. Discover now