"Daniyal..."
Daniyal memandang Sara yang baru tiba melawat dirinya dia wad itu dengan bahagia. Kelihatan riak wajah Sara yang seolah-olah telah melepaskan segala beban dipikulnya selama ini.
"Sara... Come here, dear."
Sara mendekat ke arah suaminya lalu memeluk Daniyal dengan erat. Hampir seminggu baru dirinya mampu untuk menjenguk suaminya itu kerana ingin menenangkan dirinya terlebih dahulu.
"Mommy..." panggil Ariq di sebelah mereka menyedarkan mereka berdua tentang keberadaan orang lain di ruang tersebut.
"Ariq, I miss you sayang." Sara memeluk Ariq pula dengan penuh perasaan lalu dibalas oleh Ariq.
"Jadi, apa yang dah berlaku sebenarnya?" soal Harith memecahkan suasana sayu itu.
Sara menghela nafasnya perlahan sebelum menjelaskan perkara yang telah berlaku semua ini.
"Semuanya berlaku selepas papa pergi meninggalkan kita. Walaupun papa yang menubuhkan Red Beast dan menyebabkan kita semua terlibat dalam masalah besar, tapi papa tetap banyak berjasa dengan keluarga ni.
Jadi, Sara bagitau perkara sebenar tentang apa yang telah terjadi kepada Daniyal kerana Sara pasti, Daniyal pasti dapat membantunya. Lagipun, pegangan Sara untuk meninggalkan keluarga ni tak kuat. Cukuplah hampir 16 tahun kita terpisah. Takkan sampai bila-bila Sara memang tak ditakdirkan bersama dengan keluarga ni?"
Mereka semua terdiam mendengar luahan hati Sara yang telah lama dipendamnya. Selama ini, dia menahan diri untuk tidak terburu-buru membalas perbuatan jahat oleh orang yang dibencinya itu.
"Mama dan baba Sara.... Faiq seksa diorang dihadapan mata Sara sendiri. Mereka bunuh papa juga.... Daniyal dan Ariq, mereka paksa Sara tinggalkan mereka. Dan waktu tu, Sara pergi, meninggalkan kebencian semua orang terhadap Sara."
Ariq menunduk kecil apabila mengingatkan kisah silamnya yang pernah membenci Sara dulu. Jika dia tahu perkara ini lebih awal, sudah pasti dia akan lebih berusaha untuk menyelamatkan Sara.
"Dan akhirnya, Sara terjumpa Madam Arine di Italy. Sara setuju untuk menyertai Red Beast walaupun banyak risiko dia. Dan Sara juga sedar pencipta dia ialah papa sendiri tapi dalam hal ni, papa tidak terlibat langsung tentang penyertaan Sara dalam kumpulan ini.
Papa pernah pujuk Sara untuk menarik diri dari kumpulan ini tapi Sara abaikannya. Sara yakin dengan adanya Red Beast, Sara akan semakin kuat dan dapat membalas dendam terhadap mereka yang menindas keluarga kami.
Dan disana, Sara mengenali Amani. Ahli yang lebih lama menyertai Red Beast daripada Sara. Sara tahu dia mengkhianati Madam Arine dan Red Beast tapi Sara diamkan diri dan teruskan perjuangan sebagai Leader Red Beast.
Sebaik sahaja Madam Arine dan papa pergi, Sara rasa Red Beast bukanlah sebuah kumpulan yang kuat lagi dan tiada pegangan yang kukuh. Jadi buat apa Sara kekalkan lagi kumpulan ni?
Jadi, semua ahli yang pernah menyertai kumpulan ni, Sara berhentikan mereka tapi tanpa pengetahuan Amani. Kerana Sara nak tengok sejauh mana dia ingin menjatuhkan Sara. Lagipun, Sara masih perlukan dia untuk balas dendam terhadap Faiq." balasnya tersenyum kecil.
"Jadi, Sara, Daniyal dan Ariq bekerjasama bertiga untuk rancang semua ini. Kami sengaja tak ingin beritahu yang lain."
"Why?" soal Harith tertanya.
Daniyal mengangkat bahunya santai.
"Hiburan."
Mereka selain Sara dan Ariq memandang Daniyal dengan pelik.
'Keluarga aneh.'
"Termasuk Sara yang tembak kaki Daniyal sampai lumpuh?" sindir Harith membuatkan Daniyal membaling botol air yang berhampiran ke arah Harith.
"Mana ada aku lumpuh!"
Harith mengaduh perlahan lalu memandang Daniyal tajam.
Sara tersengih kecil melihat gelagat mereka.
"Itu... Hehehe terbawa suasana je. Baru nampak real kan?" soalnya terkekeh kecil.
Sha dan Harith memandang mereka pelik.
'Keluarga gila.'
Daniyal tergelak kecil lalu memandang Sara dalam diam. Kelihatan Sara yang ketawa apabila melihat gelagat rakan-rakannya itu sungguh menenangkan hatinya.
Biarlah isterinya itu berubah menjadi raksasa pun, dia akan tetap mencintai Sara sampai bila-bila.
"My queen..." gumamnya perlahan.
...
Okay sorry banyak keliru 😭
Pape roger.
Vote comment💚
Thank you💜
YOU ARE READING
MY QUEEN ✔
RomanceKehilangan Queen secara tiba-tiba cukup memberikan impak yang besar kepada kehidupan Daniyal. Tak dilupakan Prince Ariq yang sentiasa bertanya tentang keberadaan queen yang tidak pernah dilihatnya sejak kecil. "Mommy tinggalkan kita dad?" Namun akh...