“Selama 2 tahun daddy abaikan Ariq kerana sibuk mencari mommy. Daddy perlukan alasan daripadanya tapi tiada yang daddy temui. Daddy tak dapat apa-apa petunjuk. Dan setelah kejadian Ariq yang tiba-tiba menghilang waktu kecil dulu membuatkan daddy sedar yang semua ni sia-sia. Mommy kamu tak akan kembali kepada kita. Dia dah tak sayang kita. Kerana mommy Ariq, daddy lalai menjaga kamu dan menjadi seorang yang bodoh.” Luahnya membuatkan Ariq dan Harith terdiam mendengarnya.
Mungkin selama ini kita hanya anggap Daniyal ego dan terlalu hanyut dengan dendamnya tanpa kita mendalami perasaan yang dihadapi oleh Daniyal sendiri.
Ariq tak dapat menyalahkan daddynya kerana terlampau benci mommynya sendiri akibat kesalahfahaman yang telah berlaku ini. Dan Ariq dapat rasakan yang dia perlu luruskan semua ini.
Setelah memikirkan segala hal, dia masih berharap yang mommy dan daddynya dapat kembali bersatu seperti sebelum ini.
“Ada suatu perkara yang mungkin daddy tak tahu tentang mommy.” Ujarnya perlahan.
Daniyal dan Harith memandang Ariq dengan penuh persoalan.Tertanya-tanya kenapa Ariq boleh menceritakan sesuatu tentang seseorang yang tidak pernah ditemuinya sebelum ini.
“Mommy tinggalkan kita bukan kerana dia tak sayang kita. Tapi mommy diancam.”
DEGG!
Jantung Daniyal berdegup dengan pantas selepas mendengar kata-kata daripada Ariq tersebut. Dia sendiri tak menyangka akan pernyataan Ariq itu.
“Apa yang membuatkan Ariq cakap macam tu? Mana Ariq tahu ni?” soal Harith ingin tahu.
Ariq meletakkan sebuah rakaman yang berisi perbualan antara Sara dan Faiq yang sempat dirakamnya sebelum ini.
“Sebenarnya mommy ada pada waktu semalam ketika majlis berlangsung. Mommy cuba menghampiri kita tapi mommy tak boleh. Ada sesuatu yang menghalangnya untuk bertemu kita.” Balasnya lalu segera memasang rakaman tersebut dengan kuat agar Daniyal dan Harith dapat mendengarnya dengan jelas.
"SEMUA TAK AKAN BERLAKU KALAU KAU TAK ANCAM KELUAR AKU!"
"KAU PENIPU!"
Daniyal dan Harith yang turut mendengar suara-suara daripada rakaman tersebut sungguh tergamam.
Daniyal memandang Ariq tak percaya bersama keadaannya yang menggigil menahan amarah.
"A-apa maksud semua ni?" soalnya dengan wajah yang terkedu.
"Apa yang daddy pikirkan tu memang betul. Mommy diancam oleh uncle Faiq tu untuk meninggalkan kita. Tapi Ariq tak tahu tentang perjanjian mereka tu."
Daniyal terdiam memikirkannya.
Jadi Sara meninggalkannya bukan kerana sudah tidak mempunyai perasaan cinta terhadapnya?
Kenapa?
Apa yang berlaku?
" Daddy.... " panggil Ariq menahan sebak melihat keadaan daddynya. Dia sedar yang daddynya perlukan waktu untuk menerima semua ini.
Daniyal tentu merasa menyesal dan serba salah terhadap Sara kerana telah memikirkan hal buruk terhadap Sara. Memikirkan dendam yang perlu dibalas untuk isterinya kerana telah meninggalkannya.
16 tahun Daniyal menyimpan rasa bencinya di dalam hati terhadap Sara dan tiba-tiba harini dia mendapat sebuah kebenaran yang seakan-akan menampar dirinya.
"Ma-mana Sara sekarang?" soalnya lirih.
Ariq menggelengkan kepalanya tanda tak tahu.
"Ariq masih tak tahu tentang keberadaan mommy. Kali terakhir Ariq melihat mommy di hotel haritu je." balasnya pasrah.
Harith yang sedari tadi mendiamkan diri tampak mengerutkan dahinya apabila memikirkan sesuatu di benaknya.
"Mungkin di kediaman Faiq?"
Ariq menggeleng untuk menidakkannya.
"Ariq ada suruh Rafiq detect mommy di sana tapi tak ada. Nampaknya uncle Faiq memang sengaja sorokkan mommy dengan bersungguh-sungguh."
"Faiq tak guna...." geram Daniyal sambil menggenggam penumbuknya dengan keras.
Daniyal memandang Harith tajam membuatkan lelaki yang dipandang itu meneguk liur kasar akibat pandangannya yang ngeri itu.
"Panggil Mark dan Johnny. Suruh diorang cari keberadaan Sara dengan segera." Daniyal mula memberi perintah kepada Harith membuatkan Harith menangguk patuh. Tak berani dirinya ingin mencari pasal dengan ketuanya itu.
"Kalau boleh sampai ke lubang cacing cari sampai dapat!"
...
Vote comment ya 💚
Thank you🌹
YOU ARE READING
MY QUEEN ✔
RomanceKehilangan Queen secara tiba-tiba cukup memberikan impak yang besar kepada kehidupan Daniyal. Tak dilupakan Prince Ariq yang sentiasa bertanya tentang keberadaan queen yang tidak pernah dilihatnya sejak kecil. "Mommy tinggalkan kita dad?" Namun akh...