Bab 10 : Rahsia

745 47 0
                                    

"Mommy..." Mata Ariq bergelinang air mata apabila menyebut perkataan tersebut di hadapan seorang wanita itu untuk kali pertamanya.

Sara tersenyum bahagia sambil mengusap perlahan kepala anaknya.

"Mommy really miss you, son. Mommy tak sangka Ariq dah besar sekarang ni. Maafkan mommy, sebab terlalu lama meninggalkan Ariq. Mommy.... Hiks"

Ariq memeluk Sara dengan erat untuk menenangkannya.

"It's okay mommy. It's not your fault. Ariq pun bersyukur sangat-sangat sebab dapat jumpa mommy semula. I miss you too, mommy." balas Ariq lalu melepaskan pelukan mereka.

Ariq cuba menghakis air mata yang berada di wajah Sara.

"Mommy jangan nangis, please."

Sara tersenyum kecil.

"Mommy menangis bahagia. Mommy selalu berharap moment indah seperti sekarang akan muncul sejak 16 tahun yang lalu walaupun mommy rasa macam mustahil sebab—"

"Mommy... lupakan kisah lama okay?" potong Ariq kerana tak ingin membuat Sara makin dilimpahi perasaan bersalahnya.

Sara mengangguk perlahan.

"Okay dah lewat ni. Your mommy perlu berehat sekarang. So Ariq, boleh balik sekarang." Celah Daniyal apabila perasan yang waktu sudah menjelang pagi dan dia tahu yang Sara masih perlukan rehat yang secukupnya.

Sara mencebik.

"Tak boleh. Sara nak tidur dengan Ariq. I miss my boy!"

Daniyal membulatkan matanya melihat kelakuan isterinya.

"What? Habistu Daniyal nak tidur mana? No sayang, esok Sara boleh jumpa lagi Ariq. Kan Ariq?"

Ariq mengangguk perlahan walaupun sebenarnya niatnya ingin menjaga Sara begitu besar. Tapi dia tidak ingin membangkang arahan daddynya.

Sara menggeleng lalu melihat katil yang didudukinya itu.

" Daniyal, katil ni muat je untuk kita bertiga! Pleaseeeee? " Sara menunjukkan muka kesiannya membuatkan Daniyal tak sanggup.

Ariq menahan ketawannya melihat keadaan Daniyal yang terdesak itu. Hanya dia hadapan mommynya sahaja, dia dapat riak wajah Daniyal yang keperbagaian itu.

"Okay fine malam ni je!"

"Yey."

Mujurlah katil di ruang rawat Sara ini besar memandangkan mereka dapat menempati ruang VVIP kerana kekuasaan Daniyal yang tidak dapat ditandingi itu.

Keadaan mereka sekarang, Sara di tengah dikelilingi oleh lelaki-lelaki kesayangannya. Sara mengusap perlahan rambut anaknya yang sudah terlelap itu dengan penuh kasih sayang.

'Terima kasih kerana sudi terima mommy, sayang.'

"I miss you, Sara." bisik Daniyal perlahan di telinga Sara membuatkan Sara tersenyum.

'I miss you too.'

...

Doktor Lisa sedang memeriksa keadaan Sara lalu mengucapkan sesuatu kepada nurse yang mengikutinya itu. Tak lama selepas nurse nurse tersebut meninggalkan mereka, doktor Lisa menghampiri Daniyal dan Sara.

"Macam mana keadaan Sara?"

Doktor Lisa tersenyum kecil.

"Keadaan Queen dah makin membaik. Luka yang diterimanya sebelum ini pun sudah makin menghilang. Jadi, kalau tak ada apa-apa masalah, mungkin besok, Queen dah boleh discharge. Cuma masih perlu beberapa check up biasa saja untuk saat ini." ujarnya sambil memandang Sara dengan ramah.

Daniyal mengangguk faham.

" Kalau tak ada apa-apa, saya pergi dulu." ujarnya sebelum beredar dari ruang tersebut.

" Terima kasih, doktor. "

" Daniyal.. " Panggil Sara.

" Ya sayang? " Daniyal memandang Sara dengan senyuman.

"Kenapa doktor tadi panggil Sara, Queen? Ke Sara yang salah dengar tadi?" soalnya dengan penuh kerutan di wajahnya membuatkan Daniyal terkekeh kecil.

'Andaikan kalau Sara tahu apa yang dah terjadi kepada Daniyal sepanjang 16 tahun ini. Adakah Sara masih dapat menerima Daniyal semula?' soal Daniyal di dalam hati lalu mengecup pipi Sara kejap.

"Entah. Salah panggil kot. Daniyal tak dengar pun tadi." balasnya santai sambil mengusap kepala Sara yang berada di pangkuannya itu.

Wajah Sara masih penuh akan kecurigaan tapi tak lama kemudian dia kembali mengabaikannya. Mungkin betul kata Daniyal, salah dengar kot.

CKLECKK

"Yo wassup!" sapa seseorang yang baru masuk ke dalam ruang tersebut.

Sara membulatkan matanya melihat wanita yang masuk itu.

"Sya?!" soalnya terkejut lalu cuba menghampiri sahabat lamanya itu sebelum dihadang oleh Daniyal.

"Hati-hati sayang."

Sara terkekeh kecil melihat kecuaiannya itu.

Sya tersenyum bahagia lalu menghampiri Sara lalu memeluk dirinya.

"Aku rindukan kau, Sara..."

"Aku pun, Sya... Maafkan aku sebab—"

"Nah, it's okay. Kisah lama kita abaikan okay? Kita buka buku baru sekarang." potong Sya tak ingin membuatkan sahabatnya semakin berasa sedih.

Sara mengangguk kecil lalu melihat lelaki di sebelah Sya itu pelik.

"Sara macam kenal..."

Harith memandang Sara tak puas hati.

"Sampai hati kau tak ingat aku eh? Ni Harith la!"

Sara memandang Harith terkejut lalu memandang lelaki itu atas bawah kerana tak sangka akan penampilannya yang makin menakjubkan itu.

"Wahhh, Sara makin dah tak kenal dengan Harith sekarang. Makin handsome!"

"Ehem..." Daniyal berdehem kecil membuatkan Sara tersedar akan kehadiran Daniyal di sebelahnya.

Sara ketawa kecil lalu memeluk Daniyal yang sepertinya sedang merajuk itu.

"Tapi Daniyal tetap di hati Sara." ujarnya ingin menceriakan hati suaminya itu.

Harith dan Sya membuat muka muaknya itu.

"Tolong tengok keadaan sikit. Ada kami lagi ni."

Daniyal memandang mereka berdua sinis lalu merangkul Sara untuk membuat mereka lagi cemburu.

"Tu la kau, Harith. Sampai bila tah nak tunggu si Sya tu. Sya pula jual mahal je tahu!" perlinya.

Sya membulatkan matanya lalu memandang Daniyal bengang.

"Eh sedap mulut kau. Orang dah berpunya okay!" balasnya lalu menunjukkan jari manisnya yang sudah disarungi oleh sebentuk cincin yang berkilauan itu.

Sara memandang Sya dengan takjub.

"Wah siapa lelaki yang beruntung tu?"

"Of course la aku." Harith tersenyum bangga.

...

Vote comment ya💚

Thank you 🌹

MY QUEEN ✔ Where stories live. Discover now