16 tahun kemudian.
"Boy, where's your manner, huh? Daddy dah pesan sebelum ni untuk tidak meninggikan suara kepada orang yang lebih tua daripada kita." Ujar seorang laki yang berusia 40-an tersebut dengan penuh tegas kepada sang anak.
Sang anak hanya menundukkan kepalanya tidak membalas ucapan daddynya. Bukan kerana gentar, tetapi kerana dia merasakan yang dia tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan.
"Kenapa tak jawab?" soal Daniyal, si daddy dengan penuh tuntutan.
"Bukan salah Ariq. Cikgu tu yang suka cari pasal dengan Ariq." Belanya untuk entah kali keberapa.
"Apa yang cikgu Raina buat sampai Ariq kena panggil dengan cikgu disiplin? I mean, daddy yang kena panggil."
"Dia cuba nak jadi mommy Ariq. Daddy nak ke?"
Daniyal mengerutkan dahinya dengan penuh pelik lalu memandang seorang perempuan yang sedari tadi mendiamkan diri untuk mendengar perbincangan dua beranak itu.
"Dah kenapa si cikgu Raina tu nak jadi mommy baru Ariq pula? So I ni macam mana?" soal perempuan tadi dengan menyampah.
Ariq mengangkat kedua belah bahunya tanda tidak tahu.
"I don't know maa. Dia siap cakap yang Ariq ni anak haram lagi. So siapa je yang tak marah kan?" tambah Ariq yang sengaja memanaskan suasana lagi.
Tanpa disedari Daniyal dan wanita itu, Ariq tersenyum sinis mengingatkan akan nasib yang akan diterima oleh cikgu Raina nanti.
"Oh ya, petang ni Ariq ada hal dengan Rafiq dan yang lain-lain." Ujarnya lalu meninggalkan pasangan tersebut di ruang tamu.
"So, do you have any idea untuk masalah cikgu gatal tu ke?" soal perempuan tersebut sambil tersenyum dengan penuh bermakna.
Daniyal hanya memandang perempuan tersebut dengan malas. Dia dapat mengagak akan makna senyuman yang dilempari perempuan tersebut. Mereka telah lama bersama membuatkan Daniyal kenal akan sifatnya yang licik tersebut.
"Buat la apa pun yang kau mahukan, Sya. Kau sayangkan sangat kan anak kau tu sampai kau sanggup buat apa saja." Perlinya.
Sya mengerlingkan matanya menyampah.
"Anak kau juga tu."
"Malam ni aku balik lambat ada urusan dengan Harith. So tak perlu sediakan makan malam untuk aku." Ujar Daniyal lagi.
Sya mengangguk faham.
"Sampaikan salam kepada Harith."
...
"Kau dah jumpa dia?" soal Daniyal kepada rakan kerjanya yang juga merupakan sahabatnya, Harith.
Harith terdiam kecil dan memikirkan ayat yang perlu dilontarkan kepada Daniyal.
"Anak buah aku dah dapat jumpa lokasi dia."
Daniyal tersentak mendengarnya. 16 tahun dia menunggu demi seseorang dan akhirnya dijumpai juga. Sejujurnya dia tidak mahu melakukan semua ini jika bukan disebabkan pengkhianatan yang diterimanya. Dirinya mencari seseorang tersebut hanya untuk membalas dendam kerana membuat keluarganya menderita.
"Mana?" ujarnya perlahan sambil mengusap handgunnya dengan perlahan.
Harith meneguk liurnya kasar melihat perlakuan sahabatnya itu. Ini la sebabnya dia perlu berhati-hati untuk mengeluarkan kata untuk seorang Daniyal yang berada di hadapannya. Daniyal bukanlah orang biasa yang ditemuinya. Harith juga sudah mengenalkan sejak kecil membuatnya mengetahui segala sikap yang ditunjukkan oleh Daniyal. Harith juga sanggup mengorbankan nyawanya demi membuktikan kesetiaan terhadap hubungan persahabatannya dengan menjadi rakan sekerja atau partner Daniyal dalam dunia bawah yang penuh kegelapan dan kesengsaraan buat sesetengah orang.
"Selama 16 tahun kita mencari di luar negara memang buang waktu. Kita terlalu leka sampai tak menyedari bahawa selama dirinya sentiasa berada dekat dengan kita." Balasnya.
Daniyal mengerutkan dahinya tidak memahami perkara yang diucapkan oleh Harith.
"Maksud kau?"
"Dia memang dekat dengan kita. Dia tak pernah tinggalkan Malaysia dan tinggal di bawah perlindungan Faiq tu."
"Faiq? CEO Louie company?" soalnya tak sangka.
Harith mengangguk kecil lalu memandang Daniyal dengan penuh persoalan.
"Boleh aku tanya sesuatu?"
Daniyal hanya memandang Harith dengan tanda tanya.
"Kau masih cintakan dia?"
Daniyal terdiam memikirkannya.
Cinta? Masih bermakna ke perasaan yang telah terkubur di dalam hatinya itu?
"Tak penting." Balasnya dengan penuh datar.
...
"Jadi perempuan tu masih hidup?" soalnya sendiri sambil mendengar rakaman yang diletakkannya secara sembunyi di tempat kerja ayahnya. Katakanlah dirinya yang kurang ajar tapi memang itulah sikapnya yang sebenar. Dengan cara inilah dia dapat mengetahui segala rahsia yang tidak diungkapkan oleh daddynya termasuklah perbualan yang didengarinya itu.
"Kau tak rasa serba salah ke buat macam ni Ariq? Kalau daddy kau tahu, habis riwayat kau nanti." Ujar Rafiq memberi amaran kepada sahabatnya itu.
Ariq hanya memandang Rafiq dengan malas lalu menarik earphone yang dia gunakan untuk mendengar perbualan rahsia daddynya itu dengan kasar. Setidaknya, Rafiq masih tidak mengetahui apa yang telah didengari oleh Ariq tadi.
"Cepat belikan aku air." Arahnya sesuka hati.
Rafiq memandang Ariq dengan menyampah.
"Ingat aku ni bibik kau ke?!" geram Rafiq.
"Aah."
Dalam hati yang penuh membantah, Rafiq tetap membelikan air untuk Ariq juga. Sebelum Rafiq meninggalkan ruangan tersebut, dia kembali memandang Ariq dengan penuh persoalan.
"Oh ya, macam mana dengan cikgu Raina haritu? Takkan kau nak biarkannya."
Ariq hanya tersenyum sinis memikirkan nasib cikgu yang sering berangan-angan untuk menjadi ahli keluarganya itu.
"Jangan risau. Pasal tu maa aku dah settle kan." Ujarnya dengan penuh puas hati.
Rafiq memandangn Ariq dengan penuh curiga. Dia tahu mesti ada sesuatu yang menyebabkan Sya sampai turun tangan untuk menanganinya. Dias yak mesti Ariq menambah-nambahkan cerita untuk memastikan cikgu Raina akan tersiksa di bawah kawalan Sya.
...
"Argh!!! Apa salah aku, tak guna!" jerit seorang wanita apabila rambut Panjang yang sentiasa dirawatnya itu kini memendek dan nipis akibat ditarik oleh seseorang.
Sya tersenyum kecil melihat cikgu Raina yang tersiksa itu.
"Cikgu nak jadi Queen kami sangatkan? Jadi apa kata cikgu jalani semua hukuman ini dulu." Ujarnya dengan sinis sambil mengusap-usap belatinya dengan penuh kasih sayang.
Cikgu Raina yang disiksa itu memandang Sya sambil ketakutan.
"Ma-maafkan aku. A-aku tak bermaksud ini semua! Lepaskan aku! Aku akan pastikan korang semua termasuk anak haram tu masuk penjara!" ujarnya kegeraman tanpa sedar akan situasinya seakan-akan haiwan peliharaan yang akan disembelih tak lama lagi tapi masih berani untuk mencari pasal dengan sang tuan.
Sya memandang cikgu Raina bersama wajahnya yang seolah-olah tidak bersalah itu.
"Penjara? Macam mana cikgu nak bagitau? Dan...... anak haram? Berani kau panggil anak aku ANAK HARAM?!!!"
JLEBB!!
"ARGHHH!!!"
.......
Jangan lupa vote & comment guys!
YOU ARE READING
MY QUEEN ✔
RomanceKehilangan Queen secara tiba-tiba cukup memberikan impak yang besar kepada kehidupan Daniyal. Tak dilupakan Prince Ariq yang sentiasa bertanya tentang keberadaan queen yang tidak pernah dilihatnya sejak kecil. "Mommy tinggalkan kita dad?" Namun akh...