Xavier tersenyum sinis melihat Madam Misha yang tidak bermaya itu akibat siksaan yang diberikan oleh anak buah Daniyal.
"Ini balasan untuk kau atas perbuatan kau yang kejam selama ni, Madam. Leader Red Beast?" ujar Xavier dengan sinis.
Madam Misha memandang Xavier sengit.
"Kau... Hanya ingin balas dendam terhadap aku kan?" soal Madam Misha membuatkan senyuman sinis lelaki itu pudar.
"Kenapa kau fikir aku macam tu?"
Madam Misha ketawa kecil.
"Kau... Aku kutip kau lepas kau dibuang Arine. Tapi kau khianat aku sebab kau pikir bahawa aku akan buang kau seperti Arine. Aku bukan Arine!" marah Madam Misha.
"Tapi kau akan buang aku juga selepas Red Beast akan menerima leader baru. Sebab kau dah tak perlukan apa-apa lagi di dunia ni."
"Aku bukan Arine!"
Xavier tersenyum kecil lalu mengangkat pistol yang berada di tangannya menghala ke arah Madam Misha.
"Sebelum kau buang aku, lebih baik aku hapuskan kau dulu kan?"
"Jika itu yang kau fikirkan...." Madam Misha menutup matanya pasrah dengan apa yang akan terjadi padanya.
Mungkin ini yang perlu dia terima atas apa yang diperbuatkan selama ini. Yang pasti, kematian yang akan diterimanya juga tidak akan terbela.
DOR
DOR
DOR
...
" Jangan engkau berbuat jahat kepada suamimu. Jika kau lakukannya, kau akan menjadi pesalah. Pesalah mesti meninggalkan sang suami setelah melakukan tugas akhir yang ingin dilakukannya."
Daniyal terkedu mendengar apa yang dikatakan Keysha itu. Rancangannya ingin menemui Faiq tadi tergendala apabila tiba-tiba dihalangi oleh Amani dan Keysha yang baru muncul selepas mereka berdua diselamatkan oleh Ariq.
Keysha dan Amani cuba menjelaskan apa yang berlaku sebenarnya tentang penubuhan Red Beast dan Sara.
"10 tahun lepas, Aunty Sara menyertai Red Beast kerana ingin balas dendam terhadap perbuatan Uncle Faiq. Tapi menyertai kumpulan itu bukan hanya sekadar menyertai sahaja. Banyak peraturan dan hukuman yang perlu dilakukan.
Red Beast menetapkan 50 hukuman kepada pesalah dan yang Keysha ucapkan tadi merupakan hukuman yang terakhir yang perlu dilaksanakan aunty Sara." jelas Keysha panjang lebar.
Daniyal mengerutkan dahinya pelik.
"Apa maksud kamu dengan 'berbuat jahat kepada suami'? Apa yang Sara dah lakukan?"
"Membunuh orang lain dan menghukum orang lain tanpa pengetahuan suami sama dengan menipu suami. Sebenarnya, hukuman ini dilakukan oleh pencipta Red Beast kepada Leader asal Red Beast yang merupakan seorang wanita. Pencipta Red Beast tak mahu Leader Red Beast melampaui batas dengan segala hukuman itu, jadi dia memerangkapnya dengan hukuman akhir itu dengan harapan Leader Red Beast tidak melakukan semua hukuman itu. "
Mereka yang berada di sana makin tidak faham akan alur cerita tentang Red Beast yang memeningkan otak mereka.
"Kalau macam tu, kenapa pencipta tu mewujudkan Red Beast kalau tak mahu Leader Red Beast melakukan hukuman itu semua?" soal Harith pening.
"Kerana sayang terhadap keluarganya, pencipta hanya ingin yang terbaik untuk leader tersebut tapi dia lupa bahawa tak semua manusia berhati murni. Hukuman yang dilakukan malah diambil serius oleh leader Red Beast."
"Madam Misha adalah Leader Red Beast?"
Keysha dan Amani menggeleng kecil.
"Madam Misha tidak terkait langsung dengan Red Beast. Selama ini, Madam Misha hanya menjadi bayangan hitam untuk kumpulan itu. Sudah lama Madam Misha cuba untuk menghentikan kumpulan ini tapi Red Beast cuba memutar belitkan keadaan sehingga menampakkan bahawa Madam Misha adalah dalang disebalik ini semua." balas Amani pula.
" Jadi siapa? Siapa pencipta dan leader Red Beast itu sehingga menarik Sara untuk terlibat dengan kumpulan karut ini semua?!" soal Daniyal bengang dan geram dengan segala keadaan yang dihadapi olehnya.
Amani dan Keysha memandang Daniyal serba salah.
"I-itu... Pencipta Red Beast ialah Dato' Danish dan Leader asal Red Beast adalah Madam Arine."
BRAK
Daniyal membanting meja kecil yang berhampiran dengan marah lalu mencekik leher Amani dengan kuat.
"Jangan nak main-main dengan aku! Kenapa nak babitkan orang yang dah tak ada! Ingat aku percaya dengan semua yang kau cakap?!"
Kelihatan riak wajah Amani yang kekurangan nafas itu.
"Uncle boleh rujuk diari Dato' Danish yang uncle bawa tu! Dalam tu dah tertulis semuanya. Tentang penyesalan Dato' Danish juga kerana membabitkan adik kesayangannya. Dan juga menantunya juga."
Daniyal melepaskan Amani lalu terkedu apabila teringat kata-kata yang tertulis di dalam diari itu yang penuh dengan permintaan maaf.
Dia terus membuka diari tersebut.
'Orang pertama yang mengetuai Red Beast ialah Arina Daniya yang telah ditubuhkan oleh si pencipta terkutuk bernama Ameer Danish.'
'Maafkan abang kerana penubuhan ini membuatkan adik tersayangku pergi.'
"Ke-kenapa.... Semua ini berlaku?" soalnya menggigil tak sangka dengan apa yang diterima olehnya.
"Uncle... Uncle masih boleh hentikan aunty Sara.. Sebab uncle dan aunty Sara saling mencintai satu sama lain."
Daniyal memandang Keysha tertanya.
"Apa maksud kamu?"
"Madam Arine pergi meninggalkan Mr Rayyan selepas dia membunuh semua yang mengusik kehidupannya termasuk anak Mr Rayyan dan Madam Misha yang baru lahir. Tapi sewaktu ini, mereka berdua bukan saling mencintai. Ini semua hanya berlaku dikeranakan obsesi Madam Arine terhadap Mr Rayyan. Dan akhirnya Madam Arine bunuh diri kerana dia sedar yang sampai bila-bila pun, mereka tak akan bersama.
Dan terakhir kali sebelum Madam Arine bunuh diri, Madam Arine keluarkan hukuman yang terbaru yang sebenarnya itu semua hanya kemahuannya agar semua memandangnya tinggi walaupun sudah mati. Sebenarnya hukuman itu tidak sah kerana tidak sehaluan dengan apa yang dilakukan oleh Madam Arine.
'Hukuman yang terakhir di dalam Red Beast adalah ketika engkau berjaya membunuh semua yang bersalah, jadi sebaiknya engkau juga menghadap kematian kerana sesungguhnya membunuh itu adalah perbuatan yang paling terkutuk'
Madam Arine bunuh diri kerana Mr Rayyan. Bukan kerana pernyataan di atas. Oleh sebab itu, hukuman terbaru itu tidak diterima. Tapi aunty Sara terlalu percayakan Madam Arine. Kerana itu, dia ikut segala apa yang dilakukan Madam Arine."
...
Vote comment💚
YOU ARE READING
MY QUEEN ✔
RomanceKehilangan Queen secara tiba-tiba cukup memberikan impak yang besar kepada kehidupan Daniyal. Tak dilupakan Prince Ariq yang sentiasa bertanya tentang keberadaan queen yang tidak pernah dilihatnya sejak kecil. "Mommy tinggalkan kita dad?" Namun akh...