"Abang mungkin balik lambat harini memandangkan projek baru ni ada masalah sikit baru-baru ni." ujar Tuan Rayyan kepada isterinya yang sedang membantunya mengikat tali leher itu.
Madam Misha mengangguk kecil sambil tersenyum manis.
"Misha faham." ujarnya lalu tak lama Tuan Rayyan pergi ke pejabatnya meninggalkan Madam Misha sendirian di dalam bilik tidur mereka itu.
"Mark..." panggilnya membuatkan pembantu pribadinya masuk ke dalam bilik tersebut.
"Bawa aku jumpa dia sekarang."
Mark mengangguk patuh.
"Baik Madam."
...
Ariq memandang gadis kesayangannya itu dengan penuh tertanya-tanya. Hampir seminggu lebih ini, Keysha mendiamkan diri seolah-olah memikirkan sesuatu yang sangat membebankan dirinya sehingga membuat lelaki itu risau.
"Kau okay ke?" soal Ariq bimbang.
Keysha tersentak kecil lalu memandang Ariq.
"Hmm.. Aku okay." jawabnya yang membuatkan Ariq jengah kerana sering mendapatkan balasan jawapan yang sama setiap dirinya menanyakan tentang keadaan gadis itu.
"Kau ada masalah? Bagitau aku, mungkin aku dapat bantu." pujuknya.
Keysha menggigit perlahan bibirnya dengan penuh ragu-ragu memandang kekasihnya itu.
"A-ada benda yang aku ingin katakan tapi.... Aku tak boleh mengatakannya sekarang. Tetapi perkara ini membebankan aku pada masa yang sama."
Ariq memandang Keysha penuh tertanya.
"Berkait dengan parut di belakang badan kau tu?"
Keysha terdiam mendengar soalan mengejut itu daripada Ariq.
"Ma-mana kau tau tentang parut tu?" soalnya tak sangka.
"Rafiq yang bagitau aku sebab dia risaukan kau. Cuba bagitau aku kalau kau ada masalah."
Keysha menggigit bibirnya menunjukkan riak wajahnya yang gelisah.
"Aku tak paksa kau tapi aku harap kau sedar yang kau tak sendiri di dunia ni. Ada aku, Rafiq, keluarga aku juga." ujar Ariq dengan lembut menenangkan hati Keysha.
Keysha menunduk kecil mendengarnya. Sejujurnya, dia ingin memberitahu segalanya tentang dirinya, tentang orang-orang yang dikenalinya dan apa yang dia pernah hadapi sebelum ini kepada lelaki itu. Tapi, semua itu mustahil. Kerana dia sudah berjanji untuk tidak membubarkan kepada sesiapa pun kecuali kepada seseorang yang telah membentuk jati dirinya sekarang itu.
"Maaf."
Ariq tersenyum kecil memakluminya lalu mengangguk perlahan.
"Aku sentiasa ada untuk kau."
...
"Apa yang pernah aku katakan sebelum ini kepada kau? Aku tak akan pernah lepaskan seseorang yang telah mungkir janji dengan aku." ujar seorang wanita dengan penuh angkuh sambil memandang seorang lelaki yang penuh dengan lebam di seluruh wajahnya itu.
"A-aku tak pernah lakukannya, Madam." belanya dengan lemah.
Wanita angkuh itu tersenyum tipis lalu mengangkat dagu lelaki itu menghadap dirinya. Dalam diam dia meneliti raut wajah lelaki itu yang penuh tidak berdaya itu.
"Kau merupakan anak buah aku yang paling aku percayakan sampaikan aku lupa bahawa musuh akan sentiasa berada di sebelah kita tanpa kita sedari jika kita leka. Yahhh nasib baik aku ni tak sebodoh yang kau fikirkan hahaha." ejeknya kepada lelaki itu.
"Bukankah kau sentiasa berjanji untuk setia kepada aku? Tetapi kenapa kau selalu rosakkan rancangan aku? Dasar lelaki bodoh." wanita itu menampar wajah lelaki itu perlahan sambil memandangnya dengan penuh jijik.
"Aku bukan orang jahat. Aku cuma ingin membantu dia tenang dan bahagia saja. Apa salah aku?" soalnya dengan riak wajah yang penuh simpati.
"Se-sebab..."
Wanita itu memandang lelaki itu dengan tertanya lalu mendekatkan dengan wajahnya.
"Sebab apa?" soalnya dengan riak wajah tidak bersalah.
"Ka-Kau leader Red Beast!"
Wanita itu menunjukkan dirinya dengan penuh persoalan lalu terkekeh kecil.
"Kenapa aku pulak?"
"Aku dah lama perhatikan kau, Madam. Kau yang bunuh Madam Arine! Dan selepas ini, akan ada pengorbanan baru dan semuanya disebabkan oleh kau!"
Wanita itu memandang lelaki itu dengan kosong.
"Mark..."
Pembantu lelaki yang sentiasa setia bersama dengan wanita itu menghampiri.
"Uruskan dia." ujarnya lalu meninggalkan tempat itu dan mengabaikan kata-kata lelaki itu yang seolah-olah menusuk hatinya itu.
"Kau akan menyesal kerana mempermainkan hati dan perasaan seseorang Madam Misha!"
BRAKK
Madam Misha memecahkan cermin kaca yang tergantung di dinding itu dengan penuh kegeraman.
"Kenapa semua salahkan aku? Aku hanya perlukan keadilan. Tiada siapa percayakan aku." ujarnya bersama dengan air matanya yang mengalir deras diwajahnya itu.
"Maafkan Misha, Arine. Misha sayangkan Arine."
"SAMPAI BILA ARINE NAK HUKUM MISHA?!" Jeritnya sepenuh hati lalu membaling segala benda yang terdapat di dalam bilik air itu untuk melepaskan kemarahannya.
...
Vote comment💙
Thank You💚
YOU ARE READING
MY QUEEN ✔
RomanceKehilangan Queen secara tiba-tiba cukup memberikan impak yang besar kepada kehidupan Daniyal. Tak dilupakan Prince Ariq yang sentiasa bertanya tentang keberadaan queen yang tidak pernah dilihatnya sejak kecil. "Mommy tinggalkan kita dad?" Namun akh...