Bab 27 : Pilihan

427 28 2
                                    

"Mama ingatkan kejadian sebelum Daniyal terjaga dari koma dan Sara pergi meninggalkan kami 16 tahun yang lalu? Semua tu telah dirancang oleh Faiq sendiri sewaktu kami pergi bercuti dengan mengancam Sara untuk tinggalkan Daniyal jika ingin Daniyal selamat." jelas Daniyal membuatkan Datin Dahlia terasa semakin menyesal kerana membentak menantunya tadi.

Datin Dahlia meraup wajahnya dengan kasar selepas memikirkan kesalahan berat yang dilakukannya itu.

Daniyal menghela nafasnya kasar.

"Daniyal tak pernah salahkan Sara kerana semua tu tak akan berlaku kalau Daniyal terima permintaan papa untuk posisi King. Daniyal sendiri gagal melindungi keluarga kami kerana Daniyal yang lemah dan tak berdaya waktu itu ...." sambungnya lagi dengan penuh penyesalan.

Datin Dahlia menahan ibanya selepas mendengar pernyataan anaknya dalam dakapan Dato' Danish. Dia mengusap air matanya yang mengalir lalu memandang Daniyal.

"Ma-mana Sara?"

"Bilik." balasnya membuatkan Datin Dahlia segera bangun dan menuju ke bilik yang ditempati oleh Sara itu.

Dato' Danish memandang pemergian Datin Dahlia lalu menoleh ke arah anaknya pula.

"Macam mana dengan Faiq?" soalnya kepada Daniyal.

"Di bawah ruang tanah dalam markas kita." balasnya membuatkan Dato' Danish memandangnya tajam.

"Buat apa simpan dia lagi? Bunuh dia terus." balasnya kejam membuatkan Daniyal menghela nafasnya kasar.

"Bukan sekarang. Daniyal nak pastikan di—" Ucapannya terhenti selepas melihat Dato' Danish menggeleng kecil.

"Bunuh dia atau kamu sendiri akan mendapat penyesalan di kemudian hari." ujar Dato' Danish sebelum beranjak meninggalkan anaknya itu.

Daniyal mengerutkan dahinya memikirkan maksud daripada ayahnya itu.

...

"Hahh~" Sara semakin menunduk apabila mengingatkan perkataan-perkataan tajam yang dikeluarkan oleh Datin Dahlia tadi dan terpaksa ia membenarkan ucapannya itu.

"Aku tak patut balik ke? Aku cuma tak nak menyesal di kemudian hari saja." bisiknya sendiri sambil mengelus lembut balutan luka di tangannya itu.

TOK TOK TOK

CKLECK

"Sara?"

Sara tersentak apabila tiba-tiba mendengar suara Datin Dahlia membuatkan dia memandangnya takut.

"Ma-mama..." sahutnya dengan suara yang amat perlahan.

Datin Dahlia menghela nafasnya perlahan lalu duduk di sebelah Sara dan memandangnya dalam diam sebelum memeluknya dengan erat. Sara terkejut melihat tindakan Datin Dahlianya lalu dia membalas pelukan tersebut dengan perlahan.

"Mama..."

Datin Dahlia mengalirkan air matanya akibat rindu yang dirasainya dan terpaksa ditahannya selama 16 tahun ini. Dia tidak dapat mengungkap perasaannya saat ini tapi yang pasti dia berasa sangat lega kerana akhirnya dapat menemui Sara juga.

"Maafkan mama kerana marah Sara tadi. Mama salah, patutnya mama dengar dulu penjelasan Sara. Mama sayangkan Sara." luahnya sambil menangis dan masih tidak melepaskan pelukan mereka.

Sara menahan sebak mendengar luahan hati Datin Dahlia lalu menggosok perlahan belakang Datin Dahlia. Dia menggeleng kecil.

" Mama tak salah dan Sara sedar yang semua ni takkan berlaku kalau Sara sendiri tak—"

"Jangan salahkan diri sendiri, sayang. Tiada siapa yang bersalah dalam keadaan ni. Mama bersyukur sangat dapat berjumpa Sara. Mama rindukan Sara." potongnya membuatkan Sara terikut menangis bahagia kerana Datin Dahlia telah memaafkannya.

"Sara pun rindukan mama. Maafkan Sara kerana terlalu lama pergi, mama." balasnya lalu memandang Datin Dahlia lembut.

Datin Dahlia tersenyum bahagia melihat menantu yang sangat dirinduinya.

"Mama harap lepas ni Sara akan sentiasa bersama kami."

Sara tersenyum kecil lalu mengangguk perlahan.

Tak lama kemudian mereka mula berbual dengan penuh senda tawa yang selama ini mereka tidak dapat lakukan sepanjang 16 tahun kebelakang.

...

Ariq memandang suasana bilik kelasnya dengan penuh tertanya apabila melihat rakan-rakan kelasnya sedang sibuk bergosip. Dia duduk di tempatnya lalu memandang deskmatenya, Luq dengan penuh persoalan.

"Apa yang terjadi?" soalnya kepada Luq.

Luq menghela nafasnya kasar lalu melihat wajah Ariq dengan penuh fikiran.

"Sekarang ni tengah kecoh satu sekolah tentang keadaan Syakir dan geng dia."

Ariq mengerutkan dahinya memikir maksud Luq tersebut.

"Kenapa dengan diorang?"

"Kau tak dengar lagi? 3 orang daripada kumpulan diorang tiba-tiba meninggal dan tinggal Syakir, Farish dan Haziq je yang selamat tapi itu pun diorang still dalam koma lagi." balasnya membuatkan Ariq tak sangka.

"Macam mana boleh berlaku?" soalnya tertarik.

Mungkin dia teruja atau kesian?

Luq menggeleng kecil menandakan dia juga tidak mengetahuinya.

"Tiada siapa yang tahu sebab tu la kecoh sampai satu sekolah."





Ariq memainkan makanan di pinggannya sewaktu makan tengah hari membuatkan Sara pelik melihat kelakuan anaknya itu.

"Ariq? Kenapa aduk-aduk je makanan tu? Tak sedap ke?" soalnya prihatin membuatkan Ariq tersentak lalu tersengih kecil.

"Eh Ariq okey je. Sorry mommy. Harini tiba-tiba fikiran Ariq kusut." jelasnya membuatkan Sara mengerutkan dahi memikirkannya.

"Kenapa? Ada masalah?" soalnya risau akan keadaan anaknya itu.

Ariq menggeleng kecil sambil tersenyum kecil untuk menenangkan Sara.

"Bukan masalah besar. Cuma Ariq terfikir, tentang kawan sekolah Ariq yang haritu mommy jumpa tu." jujurnya.

Sara berasa tertarik untuk mendengarnya lalu menyuruh Ariq menyambung cerita.

"3 orang dalam kumpulan mereka tiba-tiba meninggal manakala lagi 3 orang lagi koma. Tak pelik ke mommy?" soalnya kepada Sara membuatkan Sara terkejut.

"Oh emm pelik jugak tu. Emm Ariq?"

Ariq memandang Sara pelik.

"Hmm?"

"Ingat tentang cupcakes yang mommy bagi haritu?"

Ariq mengangguk perlahan lalu teringat akan cupcakes warna pink yang dirampas Syakir haritu. Dia memandang Sara dengan serba salah.

"Sorry mommy. Cupcakes warna pink tu pun diorang makan sekali. Maafkan Ariq." balasnya penuh penyesalan membuatkan Sara tersenyum kecil lalu mengusap kepala anaknya perlahan.

"Jangan risau. Mommy tak marah pun. Kan bagus kalau kita berkongsi?" balasnya.

'Sudah seharusnya Ariq tak makan cupcakes haritu.' bisiknya di dalam hati sambil tersenyum kecil.

...

Vote comment 💚

Thank you 🌹

MY QUEEN ✔ Where stories live. Discover now