"Faiq.... Kenapa awak buat semua ni? Bukan ke awak dah berjanji dengan Daniyal untuk tidak ganggu kami lagi?" soal Sara memandang Faiq yang baru hadir di hadapannya itu.
Faiq tersenyum sinis.
"Janji? Sara sayang, aku buat semua ni demi kau, dear. Aku takkan tinggalkan kau." ujarnya lalu mengusap perlahan pipi Sara.
Sara cuba mengelak dari sentuhan Faiq dengan sedaya upaya.
"Tolong jangan buat begini, Faiq."
Faiq ketawa besar mendengarnya.
"Sara... Kau ni jangan berpura-pura dah dengan aku. Kau sebenarnya tak lemah macam ni pun kan. Mana sifat kau yang suka menghukum orang tu? Atau... Menghapuskan hama dalam kehidupan kau tu?" soal Faiq membuatkan Sara terkedu.
"A-apa maksud awak?" soal Sara pelik.
Faiq tersenyum sinis.
"Jangan ingat aku tak tahu apa yang kau buat selama ini. Aku tahu segalanya tentang kau. Kesian dengan suami bodoh kau tu. Huh tu la, aku cuba bagi hint kat dia pun, dia abaikan. Maklumlah, terlalu percayakan isteri kesayangannya ini yang telah berjaya menipu semua orang di sekeliling. Kesian."
Sara menggenggam tangannya dengan kuat menahan kegeraman melihat Faiq yang seolah-olah mengejeknya itu.
"Awak tak patut berkata seperti itu."
"Kenapa?" ejek Faiq.
"Awak tak tahu apa-apa tentang saya. Yang awak tahu, saya hanya seorang wanita gila yang suka menghapuskan semua yang saya tak suka saja."
Faiq terdiam kecil.
"Awak tak tahu apa lagi yang saya buat."
"Tapi saya memilih untuk diam."
"Bukan kerana lemah."
"Tetapi kepuasan melihat musuh ketakutan sepanjang kehidupannya." ujar Sara perlahan sambil tersenyum kecil seolah-olah masalah yang menimpanya itu bukanlah beban baginya.
"Menunggu bila hari penentuan bermula, walaupun secebis di dalam hatinya, bimbang jika kalah."
"Seperti awak bukan?"
Faiq mengertak giginya mendengar sindiran Sara yang begitu tepat akan dirinya itu.
Tak sangka, Sara mengetahui kelemahan dirinya dengan begitu mudah.
"Kau..."
"Kau sendirian di sini, Sara." balas Faiq.
Sara kembali terkedu.
Jika dia dapat mengetahui ketakutan yang tersemat di dalam diri Faiq, manakala lelaki itu juga tahu apa yang dibimbangkan oleh Sara selama ini.
Sendirian.
Berada dalam sendirian membuatkan Sara melangkah kedalam kehidupan yang bahaya.
...
"Aku tak tahu dimana Sara. Dia tidak bagitau rancangan dia kepada aku." ujar Madam Misha bersama muka pucatnya menahan siksaan yang diberikan oleh anak buah Daniyal tadi.
Daniyal memandang Madam Misha dengan tajam.
"Dikeranakan kau, isteri aku terjebak dengan semua ni! Kau perlu terima akibatnya." berang Daniyal.
Madam Misha menggeleng lemah.
"Bu-bukan a—"
"Teruskan siksaan kat perempuan tak guna ni." potongnya lalu meninggalkan ruangan siksaan tersebut.
YOU ARE READING
MY QUEEN ✔
RomanceKehilangan Queen secara tiba-tiba cukup memberikan impak yang besar kepada kehidupan Daniyal. Tak dilupakan Prince Ariq yang sentiasa bertanya tentang keberadaan queen yang tidak pernah dilihatnya sejak kecil. "Mommy tinggalkan kita dad?" Namun akh...