Bab 6 : Penyesalan

746 43 0
                                    

Sara merangkak kecil lalu memeluk kaki Faiq dengan penuh ketakutan. Wajahnya yang penuh dengan lebam dan simbahan darah akibat perlakuan kasar yang diterima oleh anak buah Faiq diabaikannya. Hatinya hanya menuju ke arah seseorang yang tidak sedarkan diri dihadapannya.

"Fa-faiq tolong lepaskan Daniyal. Hiks di-dia tak bersalah! Bunuh I!" pohon Sara sambil menangis keras.

Faiq ketawa sinis lalu memandang tajam terhadap wanita yang sedang mengandung itu. Lelaki itu merendahkan badannya lalu mencengkam rahang Sara dengan kuat.

"I dah bagi bagitau dekat you awal-awal sebelum ni tapi apa? You abaikannya dear. Now terima la nasib ni! Hahaha. You lihat!" Faiq menolehkan kepala Sara dengan kasar untuk menghadap Daniyal yang tidak sedarkan diri itu.

Sara menutup matanya tak sanggup melihat keadaan suaminya yang nampak menggenaskan itu.

"To-tolong Faiq... I janji lepas ni I akan i-ikut cakap you. Tolong lepaskan Daniyal..." sahutnya dengan tangisan yang lirih.

Faiq tersenyum mendengarnya lalu mengangguk kecil.

"Yes itu yang I nak dengar dari you, Sara!" ujarnya lalu memandang salah seorang anak buah kepercayaannya.

"Kau, bunuh dia!" ujar Faiq sambil menunjuk ke arah Daniyal.

Bola mata Sara membulat mendengar perintah mutlak dari Faiq itu.

"DANIYAL!"

Tak lama kemudian, pandangannya menjadi gelap.

...

'Daniyal!'

Sara terjaga dari tidurnya apabila mimpi buruk menghampirinya. Dia cuba mengawal nafasnya yang tersendat itu dengan perlahan lalu meraup mukanya kasar. Tiba-tiba air matanya mengalir perlahan apabila mengingati kisah silamnya.

'Daniyal, I miss you so much.'

"Sara nak jumpa Daniyal hiks."

Sara mengusap air matanya yang tiba-tiba mengalir dengan deras.

Hatinya sakit apabila mengingati wajah suaminya yang amat dicintainya. Sudah 16 tahun tidak berjumpa dan terperangkap di penjara ini, bagaimana untuk memahami perasaan wanita ini?

Sara mengambil gelas minuman yang berada di meja kopi disebelahnya lalu memecahkannya dengan keras di lantai. Dia mengambil serpihan kaca itu lalu menghalakannya di lengannya.

Dia menggores lengannya dengan kaca tersebut dengan perlahan bersama matanya yang berlinangan air mata. Dia menggeleng kecil melihat reaksi tubuhnya akan kaca yang menggores kulitnya.

"Kenapa? Sepatutnya sakit!"

"Kenapa disini lebih sakit?!" soalnya memukul perlahan dadanya yang merasa sesak menahan kerinduan.

CLECKK

"SARA!"

...

"Daddy tak tidur lagi?" soal Ariq apabila melihat daddynya di dapur.

Kelihatan wajah Ariq yang menahan ngantuk tapi terpaksa menahannya kerana kehausan yang melampau.

Daniyal menggeleng perlahan lalu mengusap perlahan sekeping foto yang dipegangnya dengan senyuman kecil di wajahnya.

Ariq melihat perlakuan daddynya dalam diam lalu matanya melirik ke arah orang yang berada di dalam foto tersebut.

"Mommy?" tekanya apabila melihat seorang wanita cantik di dalam foto tersebut.

Daniyal mengangguk kecil.

"Ya ini mommy kamu ketika dia mengandungkan kamu baru 4 minggu. Waktu ni, kami happy sangat atas sebab kehadiran buah hati yang kami cintai, iaitu Ariq."

"Mommy Ariq memang sangat-sangat menjaga kandungannya sebab dia nak kelahiran kamu nanti menjadi lancar. Mommy sanggup tahan beberapa makanan yang dia sukai untuk menjaga diri kamu.

Dia sangat berbangga apabila mendengar bahawa dia akan mendapatkan seorang anak lelaki. Dia sendiri akan pastikan anak lelaki yang dilahirkan akan menjadi seorang anak yang kuat. Mommy sangat sayangkan Ariq. " ujarnya panjang lalu memandang Ariq yang sedang menahan sebak.

"Ariq berasa serba salah dengan mommy."

Daniyal mengerutkan dahinya pelik dengan pernyataan anaknnya itu.

"Kenapa?"

"Ariq pernah mempunyai perasaan benci terhadap mommy. Ariq ingatkan, mommy tinggalkan kita sebab dia tak senang dengan kehadiran Ariq. Ataupun mommy memang tak sayangkan kita. Ariq selalu ingat mommy seorang yang ego kerana pergi meninggalkan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu." luahnya dengan penuh penyesalan.

Daniyal mengangguk faham.

"Begitu juga dengan daddy."

...

Vote comment ya💚

Thank you🌹

MY QUEEN ✔ Where stories live. Discover now