Bab 32 : Seseorang

406 25 1
                                    

Harith meletakkan sebuah jemputan di atas meja kerja Daniyal.

"Jemputan oleh Mr Rayyan akan majlis peringatan mendiang isterinya, Madam Arine. Dia menjemput kita sekeluarga." jelas Harith membuatkan Daniyal mengangguk kecil.

"Mr Rayyan. Lama tak dengar khabar berita akan dirinya." balas Daniyal perlahan. Harith mengangguk mendengarnya.

"Sejak isterinya meninggal beberapa tahun yang lalu, dia mula menghentikan kegiatan dunia bawahnya dan hanya menumpukan syarikat keluarganya saja. Dan apa yang aku dengar, rupanya Mr Rayyan sudah berkahwin lagi dengan seorang wanita desa yang dulunya pernah menjadi pembantu peribadinya." jelasnya membuatkan Daniyal terdiam memikirkannya.

"Kenapa aku rasa tak sedap hati tentang majlis malam ni?" soalnya perlahan.

"Jangan risau, hanya tetamu penting sahaja diundang oleh Mr Rayyan dan akan dipastikan keamanannya nanti." ujar Harith menenangkannya.

Daniyal mengangguk faham cuba untuk menghapuskan perasaan gelisah di dalam hatinya. Mungkin ia berasa khuatir akan keadaan isterinya yang sentiasa berasa kurang selesa dengan suasana yang ramai namun dia harus membawanya untuk menunjukkan kepada khalayak ramai bahawa dia mempunyai pendamping dan permaisuri di hatinya.

TOK TOK TOK

Perbincangan kecil mereka berdua terhenti sebaik sahaja melihat setiausaha Daniyal memasuki ruang kerjanya lalu menghampiri mereka berdua.

"Maaf Tuan Daniyal, Dato' Danish ingin menemui Tuan." ujarnya membuatkan Daniyal mengerutkan dahinya pelik akan kedatangan Dato' Danish yang tiba-tiba itu.

"Suruh papa masuk." balasnya kepada Nini.

"Kalau macam tu, aku kembali ke tempat aku dulu. Jumpa malam nanti." ucap Harith sebelum meninggalkan ruangan tersebut.

Tak lama kemudian Dato' Danish memasuki ruang kerja Daniyal sambil matanya yang meliar-liar kesekeliling sudut ruangan tersebut.

"Banyak yang tak berubah." ujarnya perlahan apabila melihat bilik yang pernah didudukinya ketika dahulu sebelum Daniyal menggantikannya.

"Ada apa papa datang jumpa Daniyal?" soalnya selepas menghampiri Dato' Danish di ruang sofa.

Dato' Danish menghela nafasnya perlahan mungkin dikeranakan terlampau banyak perkara yang ingin dibincangkan bersama anaknya.

"Maafkan papa kerana mengabaikan Daniyal selama ini." jelasnya perlahan membuatkan Daniyal terdiam.

Sejujurnya Daniyal amat berkecil hati akan sikap dingin Dato' Danish kepadanya selama dua tahun ini, namun dia pasti bahawa Dato' Danish pasti mempunyai sebab melakukannya.

"Kenapa? Kenapa dengan Faiq?" soal Daniyal penuh persoalan.

Dato' Danish menggeleng kecil.

"Semua ini bukan kerana dia tapi mungkin akan ada sesuatu yang akan berlaku jika kamu melepaskannya." balasnya dengan penuh tersirat.

"Apa yang akan berlaku." soalnya penuh tertanya terhadap Dato' Danish.

Dato' Danish tersenyum tipis memandang anaknya itu.

"Maafkan papa kerana papa tak dapat membantu Daniyal dan sekeluarga lagi. Papa hanya harap Daniyal kuat dan tidak berputus asa dengan apa jua yang akan berlaku nanti. Daniyal kena ingat dengan janji Daniyal iaitu melindungi keluarga kamu. Jangan sesekali lepaskan keluarga kamu termasuk isteri kamu yang merupakan permaisuri hati kamu. Kerana kamu mencintainya dan kalian saling mencintai. Ingat perkara ini Daniyal." jelasnya sambil tersenyum lembut sebelum meninggalkan ruangan tersebut.

Daniyal terdiam memikirkan maksud yang diucapkan oleh Dato' Danish tersebut namun dirinya terlalu buntu.

Kenapa?

Apa yang akan berlaku?

Kenapa papanya susah sangat nak bagitau?

Apa rahsia yang dirinya tidak ketahui selama ini?

Adakah ini semua berkaitan dengan Sara, isterinya?

Terlampau banyak persoalan yang ingin diluahnya tetapi dia sendiri tak tahu kepada siapa yang akan memberi jawapan akan tanda tanya itu semua.

"Sara akan tinggalkan Daniyal?"

Sara tersentak kecil mendengar soalan yang tiba-tiba dikeluarkan oleh suaminya itu sewaktu dirinya sedang sibuk menguruskan ikatan tali leher Daniyal.

Dia memandang Daniyal dengan tertanya.

"Kenapa Daniyal tanya macam tu?" soalnya dengan wajah yang tidak tenang.

Daniyal menggeleng kecil lalu mendekap tubuh isterinya dengan erat.

"Tak akan ada sesiapa yang dapat pisahkan kita lagi, sayang. Kerana kita saling mencintai."

Sara tergamam mendengar ucapan suaminya yang kedengaran penuh putus asa itu. Dia melepaskan pelukan mereka perlahan lalu mengusap rahang suaminya itu dengan lembut sambil tersenyum kecil.

"Kita saling mencintai."

...

"Sahabat lama! Lama tidak bertemu." sapa Mr Rayyan sebaik sahaja melihat keluarga Dato' Danish tiba di majlisnya.

Dato' Danish tersenyum kecil lalu menyalam lelaki berumur tersebut sebelum mendekap sahabatnya itu dengan penuh rindu.

"Makin menua ya kau." guraunya membuatkan yang lain ketawa perlahan.

"Dasar tak sedar diri. Kau tu dah ada cucu pun nak berlagak muda lagi?" balas Mr Rayyan bersama ketawanya.

Daniyal tersenyum kecil melihat perbualan ringkas mereka itu lalu ia menoleh ke sisinya untuk melihat Sara yang mendiamkan dirinya sambil matanya memandang ke arah seseorang.

" Sayang? "

Sara tersentak kecil lalu memandang suaminya perlahan.

"Ya?"

"Sara okay?" soalnya ingin tahu tentang keadaan Sara.

Sara mengangguk kecil lalu tersenyum kecil.

"Sebenarnya Mr Rayyan dan sekeluarga ni kenalan rapat papa ya?" soalnya tertanya.

Daniyal mengangguk kecil membenarkannya.

"Ya mereka berkawan lama sejak zaman muda dulu. Sebenarnya Madam Arine tu adik angkat papa, jadi kerana itu la walaupun dia dah tak ada, papa masih rapat dengan suaminya, Mr Rayyan."  jelasnya membuatkan Sara terangguk faham lalu matanya mengeryit melihat seorang perempuan yang menghampiri Mr Rayyan itu.

"Itu, isteri baru Mr Rayyan?" soalnya lagi.

"Dengarnya seperti begitu tapi tak silap Daniyal, mereka berdua sudah lama bersama sejak Madam Arine ada lagi." balasnya lalu perbualan mereka terhenti apabila perempuan yang menjadi topik utama mereka menghampiri mereka sambil tersenyum kecil.

Sara membalas senyumannya dengan riang.

"Terima kasih sudi datang. Perkenalkan saya Misha, isteri Rayyan." ujarnya ramah lalu bersalaman dengan Sara serta ahli keluarganya yang lain.

"Sara. Nice to meet you Madam Misha." balasnya.

Tanpa mereka semua sedari, Misha memandang Sara dengan penuh senyuman penuh bermakna, begitu juga dengan Sara.

'Akhirnya dapat juga menemuimu, Madam.' bisik Sara di dalam hati.

...

Vote comment 💚

Thank you 🌹

MY QUEEN ✔ Where stories live. Discover now