Lin yang sedang menyapu di halaman rumah itu tersenyum manis melihat sang tuan rumah yang baru pulang dari kerja itu.
"Selamat pulang, tuan." sapanya ramah.
Daniyal yang mendengarnya hanya mengangguk kecil lalu meneruskan langkahnya masuk ke dalam rumah.
"Huh, susahnya nak dapatkan perhatian tuan Daniyal." bisiknya sambil mencebil. Geram dengan usahanya yang tidak pernah diperhatikan oleh Daniyal.
Amani yang terdengar ucapan Lin itu dalam dia tersenyum geli.
"Berangan setinggi langit rupanya perempuan ni." ujarnya dalam suara yang kecil sambil terkekeh kecil lalu mengambil telefonnya di dalam poket untuk menghubungi sesuatu.
"Hello, tuan Ariq.."
...
"Lin, nanti tolong hidangkan makanan ni kat ruang makan ya." arah Puan Lili yang merupakan tukang masak utama dan juga ketua para pembantu di kediaman Daniyal.
Lin yang diarahnya hanya mengangguk semangat lalu mengambil makanan yang disediakan oleh Puan Lili itu lalu menuju ke arah ruang makan dengan segera. Dia turut menata alat-alat makan dengan begitu kemas untuk Daniyal dan Ariq.
"Wah sedapnya makanan harini." ujar Sara yang baru turun dari bilik melihat makanan yang di hidang tersebut dengan teruja.
Lin yang melihat gelagat Sara itu hanya menjeling tajam. Sebenarnya Lin masih tak tahu kedudukan Sara yang sebenarnya di dalam rumah ini jadi dikeranakan itulah dia menganggap Sara adalah seorang pembantu baru di sini.
"Eh ini untuk bakal suami aku dan anak aku. Jadi kau boleh berambus ke belakang." Lin menolak bahu Sara membuatkan Sara mengundur kebelakang dengan terkejut.
Dia memandang Lin pelik apabila mendengar ucapan Lin tersebut.
"Apa maksud awak?"
Lin menggulingkan matanya menyampah melihat Sara.
"Tak faham lagi? Tuan Daniyal tu bakal suami aku. Jadi kau boleh berambus sekarang?" halaunya membuatkan Sara terkedu.
"Tapi—"
"Dah dah pergi." belum sempat Sara ingin menyambung perkataannya, Lin sudah menghalaunya menuju ke ruang belakang lalu menguncinya dari luar.
Sara melihat pintu yang ditutup Lin itu dengan speechless.
"Bakal suami?" Sara berdecih kecil lalu tersenyum kecil.
Dia beranjak ke kerusi kecil yang berada di ruang tersebut lalu duduk dengan tenang di situ.
"Apa yang hukuman yang sesuai untuk diberikan?" soalnya sendiri bersama senyumannya yang makin mengembang itu.
...
"Jemput makan tuan Daniyal dan tuan Ariq." pelawa Lin.
Daniyal dan Ariq yang tidak merasakan kehadiran Sara itu berjengit kecil.
"Mana mommy, daddy?" soal Ariq kepada Daniyal.
Lin yang mendengar soalan Ariq itu mengerutkan dahinya pelik.
Siapa pula mommy yang dimaksudkan oleh Ariq itu?
Daniyal menggeleng kecil lalu memandang Lin datar.
"Mana Sara?" soalnya.
Lin memandang Daniyal dengan tertanya.
"Siapa Sara?"
Daniyal mendengus menahan kemarahannya ke arah pembantu tersebut.
"Isteri saya la. Siapa lagi?"
Lin memandang Daniyal terkejut lalu mula memikirkan sesuatu yang aneh baginya.
Isteri?
Pikirannya mula menuju ke arah seorang perempuan yang menegur masakan yang dihidang olehnya tadi dan yang dikurungnya itu. Wajahnya mula memucat memikirkan akan nasibnya.
"Err i-itu..."
PAK
Daniyal yang mula tidak sabar itu menghentak meja makan dengan geram sambil memandang Lin.
"Apa dia?"
Lin meneguk liurnya dengan kasar lalu memandang tuannya itu dengan ketakutan yang amat sangat.
"Pu-puan Sara di—"
"Tuan Daniyal. Puan Sara terkurung di belakang rumah. Tapi saya tak jumpa kuncinya." potong Amani yang baru tiba di ruang makan dengan wajah yang gelisah.
BRAK
Daniyal dan Ariq terbangun dengan segera lalu melihat Amani dengan terkejut.
"What?!" Daniyal segera beredar dari ruang makan bersama Amani untuk membawa Sara kembali.
Ariq yang masih tinggal di situ memandang Lin dalam diam. Keadaan Lin yang sedang bergetar hebat akan ketakutan yang melanda dirinya itu merupakan satu kepuasan yang menarik untuknnya.
Ariq mula mendekati Lin yang sedang menunduk itu.
"So, I got new target now." bisiknya terhadap Lin sambil tersenyum licik.
Lin yang mendengarnya semakin pucat lalu terduduk bersujud ke arah Ariq.
"Tu-tuan Ariq maafkan saya! Sa— ARGHHH!" jeritnya apabila merasakan sangat sakit di bahagian kepalanya apabila rambutnya direntap kuat oleh Ariq.
Ariq mendengus melihat kelakuan Lin itu.
"Lemah. Tak layak untuk jadi Queen." ujarnya lalu mengheret Lin menuju ke arah ruang bawah tanah dengan wajahnya yang datar seolah-olah pelakuannya bukan suatu perkara yang besar.
Para pembantu lain yang melihat aksinya tersebut hanya terdiam menahan ketakutan dan tak berani untuk membantah tuan muda mereka. Mereka sendiri tahu bahawa keluarga Daniyal yang aman dan tenang itu bukanlah suatu perkara yang kita boleh usik seperti itu.
...
Vote comment 💚
Thank you 🌹
YOU ARE READING
MY QUEEN ✔
RomanceKehilangan Queen secara tiba-tiba cukup memberikan impak yang besar kepada kehidupan Daniyal. Tak dilupakan Prince Ariq yang sentiasa bertanya tentang keberadaan queen yang tidak pernah dilihatnya sejak kecil. "Mommy tinggalkan kita dad?" Namun akh...