Hukuman no. 19
Pesalah mempunyai 3 pilihan.
Yang pertama, bunuh keluarga pesalah.
Yang kedua, pesalah menunaikan permintaan mangsa.
Yang ketiga, bunuh pesalah dan keluarga serta seluruh keturunan pesalah di dunia.
...
"King, kita ada masalah besar. Tahanan lama kita iaitu si Rian berjaya lepaskan diri."
Daniyal memandang anak buahnya yang mengabari berita tersebut dengan terkejut.
"What? Macam mana dia boleh lari?"
"Siapa yang jaga Rian?!" marah Daniyal kepada anak buahnya.
"Loki yang jaga tapi dia ditemui mati di tempat tahanan."
BRAK
Daniyal memukul mejanya kuat kerana berasa geram akan masalah yang berlaku.
"King... Antara orang yang terakhir kali menemuinya adalah..."
"SIAPA?"
"Prince Ariq. "
Daniyal semakin berasa kusut mendengar nama anaknya dipetik tapi dia tidak boleh menyalahkan anak buahnya pula. Dia yakin yang anak buahnya tak akan menipunya.
Cuma dia tertanya akan urusan apa yang berlaku antara Ariq dan Rian tersebut.
...
Ariq memerhatikan bekal yang diisi cupcakes oleh Sara lalu memandang seluruh rakan kelasnya itu.
"Nonsense." ujarnya sendiri lalu cuba meletakkan bekalnya di dalam laci tapi,
"Wow harini Ariq bawa bekal la." celah Syakir lalu merampas bekalnya.
Ariq terdiam melihat bekal makannya diambil paksa oleh Syakir.
Syakir membuka bekal tersebut lalu matanya berbinar melihat susunan cupcakes yang lucu itu. Lalu dia mengangihkan satu persatu kepada rakan-rakannya yang lain. Lalu Syakir meletakkan bekal tersebut di atas meja Ariq dengan kasar.
"Thank you Ariq." usiknya membuatkan Ariq menahan sabar untuk tidak menembak lelaki di hadapannya itu.
Dia tidak kisah cupcakesnya dimakan oleh Syakir, cuma dia berasa marah apabila Syakir dan kawan-kawannya turut menghabiskan cupcakes pink yang mommynya sediakan special untuknya itu.
"Sorry mommy." Ujarnya di dalam hati.
KRING KRING
Ariq segera mengangkat telefonnya yang berdering sebaik sahaja melihat nama daddynya yang memanggilnya itu.
"Hello daddy?"
"Datang markas sekarang."
Tutt tutt...
Ariq melihat panggilan yang telah diputuskan oleh daddynya dengan serta merta itu dengan pelik.
"Ada masalah ke?"
...
"Hei lepaskan aku la!" pekik seorang lelaki yang baru sedar akan lelapnya itu. Dia terkejut melihat keadaannya yang tiba-tiba saja terikat di atas kerusi tersebut.
"Daniyal tak guna!" makinya apabila dirinya meneka bahawa ini semua disebabkan oleh Daniyal.
"Tuan Rian..." sapa seseorang dari kegelapan dihadapannya membuatkan lelaki yang bernama Rian itu sedar bahawa dia tidak keseorangan.
YOU ARE READING
MY QUEEN ✔
RomanceKehilangan Queen secara tiba-tiba cukup memberikan impak yang besar kepada kehidupan Daniyal. Tak dilupakan Prince Ariq yang sentiasa bertanya tentang keberadaan queen yang tidak pernah dilihatnya sejak kecil. "Mommy tinggalkan kita dad?" Namun akh...