"Semuanya bermula sewaktu 5 tahun selepas aku menyembunyikan Sara, pada waktu itu, aku terpaksa membawanya sekali ke Itali akibat desakan perniagaan di sana dah pasti akan mengambil masa yang lama. Aku tak boleh tinggalnya sendirian di sini terlalu lama." jedanya.
Daniyal memandang Faiq dengan tajam sembari menunggu Faiq menyambung ceritanya.
Seketika Faiq menghela nafasnya perlahan apabila memikirkan kisah silamnya itu.
" Sewaktu di Itali itu... "
FLASHBACK 5 TAHUN SETELAH SARA PERGI.
"Kenapa you bawak I kat sini kalau niat you hanya untuk mengurung I dalam bilik je?" soal Sara dengan bengang melihat keadaannya itu.
Faiq memandang Sara tajam lalu menunjuk dirinya itu.
"Daripada I tinggalkan you kat Malaysia then you senyap-senyap berjumpa dengan Daniyal?" soalnya balik dengan penuh kecurigaan membuatkan Sara terdiam.
Sara menunduk ke arah lantai memikirkan kehidupannya yang sudah tidak bersinar lagi itu.
"Bagi I jalan-jalan kat sini, please? I bosan la asyik duduk dalam bilik je." rayunya memandang Faiq dengan muka kesiannya.
Boleh gila kalau dia terus duduk sendirian di dalam bilik itu dengan lama.
Faiq memandangnya lama sebelum memanggil seorang pengawal setianya, Haiz.
"Kau, bawa Sara berjalan-jalan hanya disekitar sini saja. Dan pastikan kau bawa dia balik sebelum aku pulang. Faham?" arahnya tegas membuatkan Haiz mengangguk patuh.
Sara tersenyum kecil lalu memandang Faiq perlahan.
"Thank you." ujarnya keriangan lalu beranjak meninggalkan Faiq sendirian. Dirinya yang sudah tidak sabar untuk mengambil udara sedar di negara Itali tersebut.
Faiq terkekeh kecil melihat gelagat Sara tersebut lalu ia turut meninggalkan ruangan tersebut untuk menyambung kerjanya yang tertunggak.
Setengah jam kemudian, Faiq dan beberapa pengawal yang mendampinginya itu tiba di destinasi menyuarat mendadak yang diadakannya itu.
Mesyuarat yang dipimpinnya itu mengambil masa hampir dua jam dan saat dia sedang membentangkan perancangan kerjanya, tiba-tiba telefonnya berdering dan jantungnya berdegup laju apabila melihat nama Haiz di panggilan tersebut.
Dia segera mengangkatnya apabila mengingatkan Sara yang menjadi keutamaannya itu sejak wanita itu tinggal bersamanya.
"Hello?"
"Tu—tuan! Puan Sara menghilang!"
Mata Faiq menggelap mendengar ucapan Haiz tersebut lalu membanting telefonnya sehingga pecah membuatkan para ahli mesyuarat yang lain terkedu.
Dia melonggarkan tie yang seakan mencekik dirinya lalu membuat isyarat tangannya seolah-olah menyuruh semua ahli mesyuarat kecuali para pengawalnya tersebut meninggalkannya sendiri.
"Cari Sara sampai lubang cacing sebelum kepala kau yang lubang!" pekiknya dengan kemarahan yang tak terhingga ke arah para pengawal yang terkena imbasnya.
"Dasar perempuan tak sedang diuntung!" makinya sendiri.
Pencarian Sara mengambil masa hampir seminggu dikeranakan tempat yang mereka duduki itu terlampau besar membuatkan Faiq semakin bingung untuk mencari Sara.
"Dimana kau Sara?!"
Faiq hampir pasrah jika saja salah seorang pengawalnya tidak memberi khabar berita yang dapat menenangkan hatinya itu.
"Kami berjaya menemui lokasi Puan Sara."
Faiq tersenyum lega mendengarnya lalu dengan segera bergerak untuk menemui wanita tersebut.
Tak lama kemudian, mereka tiba di sebuah laluan yang jarang digunakan penduduk di situ membuatkan Faiq semakin ragu-ragu.
"Kau yakin Sara di sini?" soalnya tertanya.
Anak buahnya mengangguk yakin lalu mengiringi tuannya itu untuk mencari Sara.
Sedang mereka berjalan untuk mencari Sara, tiba-tiba mereka melihat seorang wanita yang dalam keadaan lusuh sedang berlari ke arah mereka sambil kepalanya menoleh kebelakang seolah-olah bahaya mengejarnya.
Faiq melihat wanita tersebut dengan terkejut.
"Sara!"
Wanita lusuh yang terasa dirinya dipanggil itu menoleh ke hadapan dan dirinya turut terkejut melihat orang yang dikenalinya itu.
"Faiq!" Sara segera berlari dengan pantas menuju ke arah Faiq lalu memeluknya erat bersama keadaan tubuhnya yang gementar ketakutan.
"Se-selamatkan I! Ta—takut!!!" pekiknya lalu meronta-ronta ketakutan membuatkan Faiq kesusahan menahannya.
"Sara! Jangan risau! I dah ada ni." pujuknya lalu menahan Sara yang ketakutan itu.
Sara menangis terisak-isak lalu menggeleng kepalanya.
"Ta—takuttt." ujarnya sebelum kesedarannya menghilang.
...
"Siapa yang menculiknya?"
Faiq menggeleng perlahan sambil menunduk memikirkannya.
"Tiada siapa yang tahu tentang apa yang telah terjadi kepada Sara. Sejak kejadian itu, Sara seolah-olah melupakannya dan kata doktor yang merawatnya, kemungkinan Sara mengalami stress yang berat sehingga kejadian yang tidak diingininya itu tiba-tiba menghilang di kepalanya." balasnya dengan panjang lebar.
"Lepas tu?" soal Daniyal memandangnya tajam.
"Walaupun dia telah melupakannya segala yang berlaku ke atas dirinya, Sara seolah-olah berubah menjadi orang lain. Dia menjadi orang yang lebih berani. Berani membantah. Berani memberi hukuman. Cuma semua itu berlaku kadang-kadang."
"Aku pernah berusaha mencari tahu apa yang telah terjadi kepadanya sepanjang kehilangannya di Itali dulu tapi sia-sia. Tiada apa yang ditemui. Aku menceritakan perkara ini hanya kepada Raiz kerana aku ingin kepastiannya. Tapi semua itu tetap tidak berjaya. Dan selepas beberapa hari Raiz tahu perkara ini, tiba-tiba aku dapat berita yang Raiz hampir dibunuh oleh seseorang. Dan semua bukti menuju ke arah Sara." sambungnya lagi dan pernyataan akhirnya itu membuatkan Daniyal semakin tidak mempercayainya.
" Tak mungkin Sara membunuh! " dalihnya membuatkan Faiq terkekeh kecil.
"Kau hanya terlalu dibutakan cinta olehnya."
Daniyal mendengus kasar lalu memaksa Faiq untuk menyambung ceritanya.
"Jadi aku membuat keputusan untuk meletakkan Sara di kediaman yang paling jarang aku dan keluarga tempati. Di tempat yang kau pernah 'jenguk' sebelum ini tetapi dengan kawalan yang ketat. Kerana aku ingin memastikan bahawa Sara tak akan lepas kendali untuk membunuh lagi." jelasnya lagi.
Daniyal berdecih mendengar penerangan tak munasabah baginya itu.
" Kalau betul Sara membunuh seseorang, kenapa dia tak bunuh kau je?! Kau yang menyebabkan dia tersiksa!" geramnya.
Faiq tersenyum sinis.
"Sara memang berubah menjadi raksasa sekarang ni tapi waktu itu dia masih ingat perjanjian kami dan kalau dia langgarnya, kau yang akan mati." balasnya santai.
Daniyal berasa geram dan hampir sahaja dia membunuh lelaki di depannya itu jika tidak mengingat perjanjian yang dirinya dan Faiq lakukan.
"Jadi sekarang kau perlu tepati janji kau iaitu lepaskan aku." ujarnya lagi lalu bangun dari duduknya dan memandang Daniyal santai sebelum meninggalkannya.
"Sekali lagi kau rosakkan keluarga aku, kepala kau jadi jaminan." bisik Daniyal perlahan kepada Faiq membuatkan Faiq tersenyum licik.
'Ini mungkin hanya permulaan untuk kita, Daniyal.'
...
Vote comment 💚
Thank you 🌹
YOU ARE READING
MY QUEEN ✔
RomanceKehilangan Queen secara tiba-tiba cukup memberikan impak yang besar kepada kehidupan Daniyal. Tak dilupakan Prince Ariq yang sentiasa bertanya tentang keberadaan queen yang tidak pernah dilihatnya sejak kecil. "Mommy tinggalkan kita dad?" Namun akh...