Bab 39 : Target

326 20 0
                                    

TOK TOK TOK

Dengan wajah menahan mengantuknya itu akibat menahan isterinya, Sha untuk mencari keberadaan target mereka, dia pergi ke arah pintu rumah apabila kedengaran seseorang mengetuknya dengan kuat.

Di dalam hatinya, sempat memaki seseorang tersebut.

Agak pelik sebenarnya, macam mana dia boleh memasuki kediaman besar milik Daniyal itu.

Matanya terbeliak melihat kelibat seorang lelaki dengan penampilannya yang sangat menyayat hati di hadapannya itu.

"Siapa kau?" soalnya berhati-hati.

Lelaki yang berhadapan dengan Harith itu memandangnya dengan menggigil menahan kesejukan yang dirasanya pada pagi buta itu.

"A-aku Xavier! Lelaki yang hantar gambar Madam Misha dan puan Sara kepada kau, Harith." ujarnya lalu terduduk akibat ketahanan badannya yang tidak dapat ditahannya.

Dirinya sungguh kepenatan dan kesakitan akan hukuman dan penyiksaan yang diterima olehnya sebelum ini oleh Madam Misha.

Harith memandangnya tak sangka lalu dengan segera membantu lelaki itu dan membawanya masuk ke dalam rumah itu.

Sha terkejut melihat Harith yang membawa lelaki asing itu dan duduk di ruang tamu.

"Siapa dia?" soalnya tertanya.

Harith mengabaikan soalannya lalu memandang Xavier dengan penuh persoalan.

"Ada apa ini semua?" tiba-tiba Daniyal kembali ke ruang tamu dan melihat Xavier dengan tertanya.

"Siapa ni, Harith?"

"Xavier. Lelaki yang hantar gambar Madam Misha dan Sara tempoh hari." balasnya.

Daniyal memandang penampilan Xavier yang menyedihkan itu dalam diam.

"Siapa kau sebenarnya?"

"Biar aku jelaskan semua yang ingin kau tahu. Ke-kebenaran sebenar tentang Red Beast."

...

Farisya memandang wajah Sara yang tidak menyedarkan diri itu dengan penuh puas hati lalu mendekati wanita itu.

"Haritu kau ancam aku dengan sinisan kau yang penuh bongkak tu. Kau tak kenal lagi aku siapa, Sara." katanya dengan senyuman licik lalu menolak perlahan dahi Sara sehingga menyebabkan Sara terjaga.

Kepalanya sakit dan ingin mengurut kepalanya tetapi tidak mampu dicapai tangannya akibat diikat kuat oleh tali dibelakangnya itu membuatkan dia terkejut.

"Dah bangun pun tuan puteri kita ni." sinis Farisya menyedarkan Sara akan keberadaannya yang sebenar.

"Farisya? Apa yang awak buat disini?" soalnya dengan riak wajah yang ketakutan itu.

Farisya ketawa setan melihat riak wajah Sara yang memuaskan dirinya.

"Aku nak tengok sampai bila kau boleh berlagak dengan aku. Aku dah cakap, aku tak akan menyerah untuk menghapuskan kau. Kerana Daniyal hanya milik aku!" ujarnya membuatkan Sara memandangnya aneh.

"A-apa maksud awak?"

Farisya memandang Sara tajam.

"Tunggu lah nanti kau akan tahu juga. Yang pasti, Daniyal pasti akan kecewa dengan kau." ujarnya sinis lalu meninggalkan Sara sendirian di ruangan tersebut.

Sara melihat kepergian Farisya dengan penuh tanda tanya di dalam dirinya itu.

"Kecewa? Mungkin kalau dia tahu apa yang aku pernah lakukan sebelum ini pun, pasti dia akan kecewa dengan aku." ujarnya perlahan lalu mengingati segala kenangannya bersama keluarga kecilnya itu.

Sara rindukan Daniyal.

...

"Madam Misha yang mulakan ini semua. Dia lah ketua Red Beast. Dia yang hasut puan Sara untuk menyertainya semasa puan Sara tersesat di Itali dulu. Dan tak lama lagi, puan Sara akan menjalankan dendamnya kepada Faiq yang telah hancurkan keluarga kau. Dan ada bayaran yang harus diterima oleh puan Sara."

"Bayaran apa?" soal Daniyal tertanya.

Xavier menggeleng kecil tanda tidak tahu.

"Hanya kumpulan Red Beast dan orang yang terlibat sahaja yang mengetahuinya. Terlalu banyak hukuman yang dikenakannnya." balas Xavier pasrah.

Daniyal memandang Xavier pelik.

"Macam mana kau tahu semua ni? Kau siapa sebenarnya?"

"Aku penyiasat tersendiri yang menguruskan tentang kematian Madam Arine. Dan banyak bukti yang menunjukkan Madam Misha ialah dalang ini semua. Dan, salah satu mangsanya juga adalah Madam Arine."

Mereka semua terdiam mendengar ulasan Xavier itu.

"Dimana Madam Misha sekarang?"

...

"Hahaha." Madam Misha terkekeh kecil mendengar khabar berita buruk yang disampaikan oleh anak buahnya itu.

"Jadi, lelaki tak guna tu dah terlepas dan kau nak cakap, dia ada di kediaman Daniyal?"

Mark terdiam mendengar sinisan Madam Misha itu.

"Ma-maafkan saya, Madam."

Madam Misha terdiam memandang hiasan gambar yang tergantung di hadapannya itu dengan tajam.

"Kau menyusahkan aku, Arine."

PRANG

Madam Misha membaling pasu bunga yang berharga ribuan itu kearah hiasan gambar tersebut.

"Madam, nampaknya mereka dalam perjalanan untuk menjumpai Madam. Saya rasa, kita kena pergi sekarang."

"Rayyan macam mana?" soal Madam Misha kegusaran.

"Jangan risau. Mr Rayyan tak akan tahu semua perkara ini sepanjang perjalanan bisnesnya beberapa bulan ini. Saya akan pastikannya demi Madam."

Madam Misha mengangguk pasrah lalu mengikuti saranan pembantu setianya itu. Dia mengikuti setiap langkah Mark untuk beredar dari situ.

Baru sahaja mereka ingin bergerak pergi dari situ, kedengaran beberapa langkah kaki yang menghampiri mereka membuatkan mereka curiga.

Tak lama muncullah seseorang yang ingin mereka hindari itu.

"Mahu sembunyi kemana lagi Madam Misha?" soal Daniyal dengan dingin lalu menghampiri Madam Misha perlahan.

"Argh!"

Tak disangka, Daniyal meninggalkan ukiran hiasan panjang di tangannya dengan katana kesayangannya itu sebagai tanpa perkenalan musuh baginya.

"Kau akan menyesal akan perbuatan kau, Madam."

...

Vote comment tq💚

MY QUEEN ✔ Where stories live. Discover now