"Dah dua tahun berlalu dan kau masih nak tutup mulut?" soal Harith bengang melihat Daniyal yang tetap berdiam di hadapannya itu.
Harith menghela nafasnya perlahan melihat kelakuan sahabatnya itu lalu.
"Aku tau Faiq tak mungkin terlepas macam tu je. Kau yang lepaskan dia kan?" soalnya lagi membuat Daniyal bertambah runsing.
"Kalau aku yang lepaskan dia, apa kau nak buat?" ujarnya akhirnya membuatkan Harith tergamam.
Tak sangka akan tekaannya yang tepat itu.
"Tapi kenapa?" soalnya tertanya.
Daniyal menggeleng kecil.
"Keluarlah." usirnya dengan lembut membuatkan Harith pasrah.
Dia yakin ada sesuatu yang berlaku antara Daniyal dan Faiq sebaik sahaja Faiq menghilang. Daniyal bukanlah sejenis orang yang akan melepaskan targetnya setelah mendapatkannya. Tapi dalam kes Faiq ni lain sangat baginya.
Daniyal memandang gambar keluarga kecilnya yang terletak di atas meja kerjanya itu dengan terdiam. Sudah 2 tahun berlalu sejak kejadian ia melepaskan Faiq dulu yang membuatkan ayahnya sendiri tidak sudi untuk menyapanya lagi. Ia sendiri tertanya tentang perkara sebenar yang menyebabkan ayahnya marah itu tetapi Dato' Danish tetap membungkamkan diri.
"Papa tak ada hak untuk menyatakan perkara ini."
Tiba-tiba dia teringkatkan tentang cerita yang diberitahui oleh Faiq pada dua tahun yang lalu.
Sejak dia mengetahui segala hal tentang Sara yang telah diungkapkan oleh Faiq, dia terus mendiamkan diri dan tidak mengungkitnya di hadapan Sara. Dia hanya tak ingin Sara berkecil hati padanya dan selanjutnya memungkinkan wanita itu akan meninggalkannya.
Tapi dia juga sering tertanya-tanya tentang perkara sebenar tentang Sara setiap kali menatap wajah wanita kesayangannya itu.
TOK TOK
"Masuk."
Sara memasuki ruangan tersebut lalu menghidangkan segelas kopi untuk suaminya. Dia meletakkan minuman tersebut sambil tersenyum lembut kepada Daniyal.
"Terima kasih, sayang." Daniyal menerima minuman tersebut dengan senang hati.
Kemudian Sara menduduki kerusi yang berhadapan dengan Daniyal lalu memandangnya dalam diam membuatkan Daniyal mengerutkan dahinya pelik melihat kelakuan Sara itu.
"Kenapa Sara pandang Daniyal macam tu?" soalnya.
Sara menunduk sambil menghela nafasnya perlahan.
"Maaf kalau Sara tidak sopan kerana mendengar privasi seseorang..."
Daniyal mengerutkan dahinya mendengar ucapan Sara tersebut.
"Sara dengar yang Daniyal lepaskan Faiq?" soal Sara dengan wajah yang kecewa membuatkan Daniyal serba salah.
Seketika dia mengingat akan janjinya kepada Sara untuk memastikan Faiq menghilang daripada muka bumi ini. Dengan melepaskan Faiq tidak menjamin bahawa lelaki itu tidak mengacau keluarga mereka kembali.
Dirinya tiba-tiba tersedar akan keegoisan dirinya yang ingin mengetahui hal sebenar tentang Sara dari lelaki tersebut sehingga melupakan janjinya terhadap isterinya.
"Ma—maafkan Daniyal, Sara. Daniyal akan pastikan yang dia tak akan hancurkan keluarga kita lagi." pujuknya ingin menenangkan Sara.
Sara menggeleng kecil lalu tersenyum kecut.
"Bukan salah Daniyal. Sara cuma.... tak nak kehilangan Daniyal lagi...."
Entah kenapa jantungnya tiba-tiba berdegup laju dan merasa tak sedap hati mendengar ucapan Sara itu. Dia menggenggam tangan Sara erat dan memandangnnya dengan dalam.
"Kita akan sentiasa bersama selama-lamanya sayang. Daniyal akan pastikan itu." tekadnya.
Sara mengangguk perlahan.
'Sara juga mengharapkannya.'
...
Ariq melihat Rafiq yang sedang mendiamkan diri itu dengan penuh tertanya. Jarang baginya melihat sahabatnya yang ceria itu tidak membuka mulut harini.
" Kau kenapa? "
Rafiq tersentak kecil lalu memandang Ariq dengan penuh fikiran. Mungkin dikeranakan fikirannya yang serabut akan sesuatu hal.
"Aku tak tau aku patut cerita kepada kau ke tak." balasnya keliru membuatkan Ariq semakin tertarik akan masalah Rafiq.
"Cerita la."
Rafiq mengerutkan dahinya lalu memandang ke hadapan dengan penuh kekeliruan.
"Haritu waktu di rumah.... Aku tak sengaja melihat sesuatu di belakang badan adik aku..." balasnya tiba-tiba membuatkan Ariq membahang.
Dia memegang kolar baju Rafiq kasar seakan-akan ingin mencekiknya.
"Apa yang kau dah buat dengan Keysha?!" soalnya marah membuatkan Rafiq terperangah. Dia memukul kecil tangan yang mencekiknya itu agar melepaskannya.
"Woi gila ke aku nak buat macam tu kat Keysha?! Aku cuba ternampak je!" berangnya.
Ariq menatapnya dengan tajam.
"Apa yang kau nampak?" soalnya.
Rafiq menghela nafasnya kasar.
"Parut. Panjang. Dah makin memudar so aku dapat rasakan parut yang lama. Cuma aku pelik akan mengenai parut itu."
Ariq memandang Rafiq tertanya.
"Dia kena buli ke?" tekanya.
Rafiq menggeleng kepalanya perlahan.
"Tak mungkin. Adik aku kan ketua pengawas dan tak ada siapa yang berani cari pasal dengan dia." balasnya yakin.
"Jadi apa?" soal Ariq tak puas hati membuatkan Rafiq jengah.
"Kalau aku tau, tak ada la aku cerita dekat kau!"
Ariq melepaskan nafasnya dengan kasar lalu memandang di hadapan dengan penuh tertanya tentang parut yang diceritakan oleh Rafiq itu.
...
Vote comment 💚
Thank you 🌹
YOU ARE READING
MY QUEEN ✔
RomanceKehilangan Queen secara tiba-tiba cukup memberikan impak yang besar kepada kehidupan Daniyal. Tak dilupakan Prince Ariq yang sentiasa bertanya tentang keberadaan queen yang tidak pernah dilihatnya sejak kecil. "Mommy tinggalkan kita dad?" Namun akh...