"Perempuan tu bunuh diri."
Daniyal menggenggam telefonnya dengan kuat menahan kemarahan di dalam hatinya.
SRAKKK
Dia menggeser seluruh benda di atas mejanya dengan kasar bersama nafasnya yang laju itu.
"Berani kau bunuh diri!"
CLECKKK
"Daniyal!" jerit Sara yang baru tiba di ruang kerja Daniyal di DSA Company dengan terkejut melihat keadaan ruangan tersebut yang berselerak.
"Sara..." Daniyal menghampiri Sara dengan wajah gelisahnya. Tak sangka melihat kehadiran Sara itu.
"Daniyal kenapa? Okay tak ni? Jangan buat Sara risau." soal Sara kerisauan melihat keadaan Daniyal yang tidak tentu arah itu.
Daniyal menggeleng kecil sambil tersenyum.
"Daniyal okay jangan risau, sayang. Ada masalah kerja sikit. Oh ya kenapa tak bagitau nak datang ni?" soalnya sembari membawa Sara ke ruang peribadinya sementara setiausahanya membersihkan perbuatannya tadi.
Sara menggengam tangan Daniyal bersama riak wajahnya yang masih kerisauan melihat Daniyal.
" Sarah nak ajak Daniyal lunch bersama. Dan Ariq juga. Tapi... maybe lain kali je la. Sara tak nak ganggu Daniyal." ujar Sara yang ingin cuba memahami keadaan suaminya.
Daniyal tersenyum seraya menggelengkan kepalanya melihat perhatian yang diberikan Sara itu.
" Untuk Sara semua boleh! Jangan risau masalah kecil je ni. Okay jom, sayang." Daniyal menarik perlahan tangan Sara.
Sara cuba menyembunyikan wajahnya yang merona kemerahan mendengar panggilan yang diberikan oleh Daniyal itu walaupun sudah berkali-kali mendengar panggilan manis seperti itu dari suaminya, Sara tetap berasa malu.
...
"Tengok la si loner ni." ejek seseorang kepada Ariq di dalam kelas.
Ariq tetap mendiamkan dirinya dan mengabaikan perbualan sia-sia tersebut dan menyambung perbuatannya.
Syakir yang berasa terabai itu mengertapkan giginya kegeraman melihat sikap Ariq yang sombong baginya.
Syakir menarik perlahan buku yang digunakan Ariq untuk menulis itu lalu membalingnya ke sisi. Ariq memandang mejanya dengan kosong tanpa mereka ketahui bahawa Ariq cuba menahan dirinya daripada tidak membunuh rakan sekelasnya itu.
"Jangan kacau aku." ujarnya dingin membuatkan Syakir bersama rakan-rakannya ketawa kecil.
HAP
Seseorang merangkul bahu Ariq dengan manayangkan wajahnya yang ramah.
"Hey rileks la bro. Jangan takut dengan Syakir ni." usiknya.
Ariq cuba mengalihkan tangan yang merangkulnya perlahan lalu memandang Firash dengan datar.
"Hoi. Hentikan." jerit seseorang dari luar kelas membuatkan mereka menoleh kearahnya.
Firash melepaskan rangkulannya lalu menggulingkan matanya menyampah melihat perempuan yang menghentikan perbualan mereka itu.
"Pengawas ni lagi. Kau ni tak ada kerja ke?"
Pengawas tersebut mengabaikannya lalu mendekati mereka.
"Jangan ganggu Ariq lagi. Kalau tak—"
"Kalau tak apa, Keysha?" potong Syakir lalu cuba mendekati Keysha membuatkan gadis itu memundurkan diri sambil melihat Syakir dengan aneh.
Ariq mendengar Firash di sebelahnya ketawa sinis.
"Aku dah cakap perempuan tu bukan kuat sangat pun." bisiknya kepada rakannya yang lain sambil melihat Syakir dan Keysha itu.
"Aku akan adukan kepada cikgu disiplin dan pengetua tentang perbuatan buli korang." balas Keysha cuba memberanikan dirinya.
Menjadi seorang ketua pengawas membuatkan dirinya terpaksa untuk menunjukkan sikap beraninya untuk membanteras kesalahan-kesalahan para pelajar di sekolah ini. Tapi perlu diiingatkan bahawa Keysha juga merupakan seorang gadis biasa yang boleh merasakan perasaan takut jika bahaya menghampirinya.
"Aku buli siapa?" soal Syakir dengan halus lalu mengangkat tangannya perlahan untuk memegang pipi Keysha.
"Apa kau nak buat ni?" Keysha menahan tangan Syakir membuatkan lelaki itu tersenyum sinis lalu dia memegang kedua tangan Keysha menggunakan sebelah tangannya.
Manakala sebelah tangannya yang bebas itu cuba mengusap kepala Keysha pula membuatkan gadis itu berasa terancam.
" Lepaskan!"
GREP
Belum sempat Syakir memegangnya, tangannya ditahan pula oleh Ariq yang tanpa sedar telah menghampirinya. Ariq memandang Syakir dengan dingin.
"Lepaskan tangan kau." perintahnya.
Syakir memandang Ariq bengang lalu cuba untuk menumbuknya tetapi sempat dielak oleh Ariq dengan lincah.
"Kau!"
Syakir kembali menyerangnya.
"ARGHH!" Jerit Syakir apabila Ariq cuba memusingkan lengannya membuatkan dirinya terjatuh lalu memandang Ariq tajam. Tak lama Syakir dan kawan-kawannya mula meninggalkan Ariq dan Keysha.
Keysha memandang Ariq dengan kerisauan.
"Kau okay?"
Ariq mengerutkan dahinya pelik memandang gadis itu.
"Kau patut tanya diri kau sendiri." balasnya lalu merentap beg sekolahnya lalu keluar dari kelas meninggalkan Keysha sendirian.
Keysha terdiam namun tak lama kemudian dia tersenyum mengingatkan soalan Ariq tadi.
"Maksud dia, dia tanya aku okay ke tak?" soalnya terkekeh kecil.
...
"Jarang, mommy ajak makan luar." ujar Ariq pelik sambil melihat keperbagaian makanan yang telah terhidang di hadapannya.
Sara tersenyum bahagia mendengarnya lalu memandang Daniyal dan Ariq.
"Ala bukan selalu mommy nak spend time dengan Ariq dan daddy kan? Mommy bosan la duduk rumah sensorang kekadang." ngadunya sambil menunjukkan wajah kesiannya.
Ariq dan Daniyal terkekeh kecil.
"Tapi Ariq okay ke? Mommy perasan Ariq macam tengah kusut je ni?" soal Sara prihatin apabila menyedari keterdiaman Ariq sepanjang di perjalanan tadi.
Ariq berasa agak terkejut apabila melihat mommynya yang begitu perhatian terhadapnya padahal dia sudah mencuba yang terbaik untuk menyembunyikannya.
Ariq tersenyum kecil.
"Ariq okay je. Biasalah masalah pelajar sekolah. Penat je hehe." balasnya lalu memulakan makannya dan diikuti Sara dan Daniyal juga.
Sara mengangguk faham.
...
Vote comment💚
Thank you 🌹
YOU ARE READING
MY QUEEN ✔
RomanceKehilangan Queen secara tiba-tiba cukup memberikan impak yang besar kepada kehidupan Daniyal. Tak dilupakan Prince Ariq yang sentiasa bertanya tentang keberadaan queen yang tidak pernah dilihatnya sejak kecil. "Mommy tinggalkan kita dad?" Namun akh...