Bab 1

22.8K 564 9
                                    

Pemandangan yang indah cukup untuk membuktikan kekuasaan yang Maha Esa. Bintang menghiasi langit dan bulan yang cukup menawan.

"Subhanallah,cantik lagi indah view kat sini."kata Mia dengan matanya tidak alih dari langit.

Malam ini Mia keluar untuk mengisi malam minggunya yang membosankan dengan bersiar-siar di Kota Paris.

Berseorangan sudah biasa baginya.Kota Paris bagaikan rumah keduanya setelah tanah air tercinta,Malaysia.Tinggal disini selama 3 tahun sudah cukup baginya untuk mengenali budaya dan selok belok kota yang terkenal dengan Eiffel Tower.

Tiba-tiba telefonnya berdering.

"Helo Mia,kau dekat mana? Dah pukul 11 dah ni kau tak reti nak balik ke? Tak eloklah dah la kau sorang-sorang" bebel Tina merangkap sahabat baiknya.

"Bebel je kau ni,aku ajak keluar sekali kau tak nak sekarang nak bebel pula." balas Mia selepas mendengar bebelan sahabatnya itu.

"Ish kau ni aku banyak lagi assignment yang nak disiapkan sebab tu la aku tak ikut sekali. Bukan macam kau,assignment dah settle.Sekarang ni banyak kes rogol kes bunuh, kau tahu tak? Jadi baik kau balik cepat sikit, dah lewat dah ni" bebel Tina lagi.

"Yela yela. Bebel je kau ni. Aku balik sekarang" balas Mia lalu menamatkan panggilan.

Kakinya mula melangkah untuk pulang ke rumah. Matanya tidak lekang dengan sosok tubuh manusia yang sibuk dengan keseronokan duniawi.

Setibanya di lorong rumahnya kakinya terhenti apabila telinganya terdengar bunyi siulan. Badannya mula getar setelah teringat kata-kata Tina.
'Sekarang banyak kes rogol kes bunuh,kau tahu tak'

Lalu laju kakinya melangkah,
tiba-tiba tangannya ditarik dan mulutnya ditekup dengan kain.

Mia meronta agar dilepaskan namun lelaki itu lebih kuat darinya. Dia dibawa ke satu lorong gelap lalu tubuh kecilnya  ditolak jatuh.

"Auch! Hey who are you?! What do you want?!" tengking Mia pada lelaki itu.

"Je te veux"
(Aku nak kau) balas lelaki itu lalu tangannya pantas merentap baju Mia hingga menampakkan bahu putihnya.

"Aider! Aider! Aide-moi!"
(Tolong!Tolong! Tolong saya!) jerit Mia.

Dengan sisa tenaga yang tinggal,dia menendang private area lelaki itu.
Terus lelaki itu jatuh dan mengerang kesakitan.

Mia mengambil peluang yang ada untuk bangun dan lari dari tempat itu. Namun nasib tidak menyebelahinya, kakinya ditarik oleh lelaki itu.

"Où veux-tu courir?"
(Kemana kau nak lari) tengking lelaki itu lalu dia mengeluarkan pisau rambo lalu sarungnya dia buang.

"Help!Help! Help me!" jerit Mia dengan kuat.

Lalu lelaki itu menoreh bahu Mia dengan pisau itu.

"Arghhh!! S'il te plaît, ne me tue pas.S'il te plaît, ne me fais pas de mal"
(Tolong jangan bunuh saya.Tolong jangan apa-apakan saya)
rayu Mia dengan tangisan yang kuat.

BANGG!!

Lelaki itu jatuh menindih Mia dengan darah mengalir di dahi.
Mia terkejut dengan situasi yang berlaku.

Datang seorang lelaki berbaju biru mengangkat mayat yang berada diatas Mia.

"Est-ce que ça va?"
(Are you okay?) datang lagi seorang lelaki dengan kot hitam dan tshirt putih didalam.
Lalu menghulurkan tangan sebagai bantuan untuk Mia bangun.

[C] MRS. LORENZOWhere stories live. Discover now