Passage Pommeraye dipilih sebagai destinasi mereka pada petang ini.Merupakan antara pusat beli belah yang terletak di bandar Nantes.Bukan sahaja sebagai pusat membeli belah semata-mata tapi sebagai salah satu tempat yang harus dikunjungi para pelancong kerana kecantikan dan keindahan seni bina pada bangunan tersebut.
"Luthfi,tengok ni! Cantikkan." teruja Mia sambil menunjukkan seutas rantai dengan ukiran indah.
"Mari saya pakaikan." katanya lalu mengambil rantai itu dan dipakaikan pada leher Mia.
"Terima kasih."
"Wahh cantiknya.Sesuai sangat dengan awak.Biar saya belanja sebagai hadiah awak jadi peneman saya."
"Betul ni! Terima kasih lagi sekali. Saya suka sangat rantai ni."
Selesai membuat pembayaran mereka meneruskan aktiviti mereka yang seterusnya iaitu makan.Gerai aiskrim menjadi tumpuan. Mia berlari seperti kanak-kanak kecil untuk mendapatkannya.
"Mmm sedapnya! Saya rasa nak beli lagi la lepas ni.Lepas dah makan yang tu saya nak ajak awak pergi Graslin Fountain. Kita lepak dan rehat dekat situ.Sambil-sambil tu boleh tenangkan fikiran." ajak Mia sambil menjilat aiskrim berperisa vanila.
"Jangan risau semua tu saya belanja. Kalau awak nak makan banyak sampai perut buncit pun saya tak kesah dan kalau awak nak pergi mana-mana pun saya tak kesah.Saya akan sentiasa temankan awak." kata Luthfi dengan senyuman melihat Mia yang teruja seperti kanak-kanak.
Riang mereka diperhatikan dari jauh oleh seorang lelaki berpakaian serba hitam bersama topi. Setiap tawa dan gerak geri mereka dirakam dan digambarkan.Lalu gambar dan rakaman video tadi dihantar ke suatu nombor. Kerjanya telah selesai.
🖤🖤
Kepenatan mula terasa di seluruh badan kerana penat berjalan sepanjang hari menikmati keindahan bandar Nantes yang banyak dengan tinggalan seni bina terdahulu.Lalu mengambil keputusan pulang ke hotel untuk rehat dan lakukan apa yang patut.
"Malam nanti kita pergi makan dekat luar. Disebabkan hari ni awak dah banyak belanja saya jadi malam nanti giliran saya pula untuk belanja awak.Tempat makan jangan risau sebab saya dah jumpa yang halal."kata Mia.
"Baik,bos! Saya menurut perintah.Awak masuk rehat cukup-cukup.Jumpa malam ni."
"Okay. Awak juga. Kalau awak dah siap call la saya. Saya keluar tunggu dekat depan bilik awak.Jumpa malam ni."
Masing-masing melangkah memasuki bilik hotel yang menjadi tempat penginapan mereka selama 2 hari.
Mia menguruskan dirinya dan berehat buat seketika begitu juga dengan Luthfi.
Selesai saja membersihkan diri,Mia mencapai telefonnya, melihat jika ada panggilan daripada Zyaire.Namun sangkaannya salah,Zyaire seperti tidak menghiraukan pemergiannya. Hatinya sedikit tergores dengan sikap Zyaire yang seperti tidak mengambil tahu tentang dirinya. Dia beranggapan bahawa lelaki itu merelakan pemergiannya daripada hidup lelaki itu.Mia melupakan hal itu, kini dia lebih bahagia dan bebas hendak kemana saja ditemani Luthfi. Walaupun Luthfi melayannya dengan terlalu baik itu tidak membuatkan hatinya terikat dengan Luthfi. Hatinya masih pada Zyaire dan masih lagi berusaha sedaya upaya untuk membuang rasa cintanya terhadap Zyaire. Entah bila perasaan dan rasa itu hadir. Hadir tanpa dipinta atau dipupuk.Akhirnya Mia terlelap dan diulik lena dalam kepenatan.
Jam di dinding berdetik kearah angka 6 petang. Tanpa sedar malam hampir tiba.Menggosok matanya dan mengeliat kecil setelah terjaga daripada tidur yang lena.
Kaki melangkah ke bilik mandi untuk mencuci mukanya dan bersiap-siap untuk keluar makan malam bersama Luthfi.
YOU ARE READING
[C] MRS. LORENZO
Romance'Je te veux tellement bébé' I want you so badly baby "Saya lebih rela mati daripada kahwin dengan awak."-Mia Leandra 'Nessuno può averti, dolcezza' Nobody can have you,sweetie "Aku tetap akan dapatkan kau dengan apa jua cara.Aku sanggup ambil nyaw...