Bab 31

4.2K 150 5
                                    

Pokok-pokok bunga dan tanaman yang indah dihalaman rumah menjadi hidangan mata.Angin sepoi-sepoi bahasa sesekali menyinggah menemani keluarga kecil yang sedang meluangkan masa minum petang bersama. "Kenapa Zyaire tak ikut datang sekali? Busy lagi ke?" soal Puan Leila.

"Ya, lately Zyaire busy sangat uruskan projek syarikat. Even hujung minggu pun dia ke office untuk settle hal-hal yang berkaitan. Dan Zyaire kirim salam, minta maaf sebab dia tak dapat datang hari ni."

"Waalaikumsalam, kami faham suami kamu tu. Diakan CEO syarikat tu mestilah banyak benda yang perlu ditanggung.Baguslah kalau dia sanggup luangkan masa hujung minggu dia untuk syarikat. Selalunya kalau orang lain dah lama dah duduk lepak dekat rumah." balas Encik Mikael.

"Zyaire memang seorang workaholic, kadang-kadang jam dua tiga pagi masih dengan kerjanya." tutur Mia.

"Anak muda yang berjaya memang macam tu. Sama dengan baba kamu waktu muda-muda dulu. Tak habis-habis dengan kerja." celah Puan Leila.

"Wah betul ke? Tak sangka anak menantu ikut bapa mertua dia. Berjangkit ni" Tawa Mia turut disertai dua orang tuanya.

"Bila kamu berdua nak bagi kami cucu? Rasanya dah lebih 4 bulan kamu dua berkahwin, belum ada tanda-tanda ke?" Puan Leila membuka topik yang diharapkannya.

"Err belum lagi, bu. InshaAllah jika ada rezeki, ada lah.Ibu baba jangan risau, satu hari nanti anak Mia dan Zyaire akan memeriahkan rumah ni."

"Hmm ibu dah tak sabar. Nak main dengan diorang, nak belikan hadiah untuk diorang sebelum ibu pergi."

"Janganlah cakap macam tu. Buat Mia sedih tahu tak. Nanti kalau ibu dah ada cucu, ibu mainlah puas-puas dengan diorang dan Mia tak halang tapi sekarang belum ada rezeki lagi."

"Leila, kita patut berdoa dan tawakal kepada-Nya agar Mia dan Zyaire dikurniakan zuriat yang baik. InshaAllah doa kita akan termakbul." celah Encik Mikael.

Ding!Dong!

"Mia pergi tengok sekejap siapa yang datang. Mungkin postmen." lalu bangun menuju ke pintu pagar hadapan.

"Betul ke ini rumah Encik Mikael?" soal seorang lelaki.

"Ya, betul ini rumah dia."

"Ni surat untuk Encik Mikael." hulurnya sebuah sampul besar.

"Terima kasih." ucap Mia.

Lantas kembali ke meja rehat. "Baba, ni surat untuk baba. Macam ada terkandung benda yang penting." serah Mia kepada babanya.

"Mia letak je dekat situ.Nanti-nantilah baba buka.Sekarang nak baca surat khabar."

Mengikut arahan dan meletakkan sampul itu meja sebelah.

"Ouh ibu baru ingat, Mak Leha kirim salam. Katanya rindu dekat Mia waktu Ibu telefon dia minggu lepas."

"Waalaikumsalam, Mia pun rindu dekat Mal Leha. Lama tak bertanya khabar. Waktu ibu call Mak Leha, dia ada sebut pasal Hayden tak sebab dah lama dia tak contact Mia sejak Mia berkahwin lagi. Bila Mia dan Tina cuba call tapi tak dapat."

"Hayden ada dekat kampung. Dia pindah ke sana jaga emak dia dan adik dia. Takkan kamu tak tahu. Diakan kawan kamu."

"Tu lah pasal, dia tak bagitahu apa-apa pun dekat Mia dan Tina. Dia macam larikan diri daripada kami. Mia pun tak faham motif sebenar dia."

"Mungkin tak sempat kot."

"Hmm harap-harap begitulah." kata Mia. Dia takut lelaki itu terasa hati dengan perkahwinannya.

[C] MRS. LORENZOWhere stories live. Discover now