Sarapan siap dihidangkan diatas meja makan dan siap untuk dijamah. Menu sarapan pagi ialah roti bakar, omelette dan mi goreng. Rindu hendak makan masakan Malaysia jadi mi gorenglah pilihannya.
"Mmm sedapnya bau." sapa Zyaire menuruni tangga.
"Baru bau, belum rasa lagi." balasnya dan mengisi pinggan Zyaire dengan hidangan tadi.
"Awak ada nak pergi mana-mana tak hari ini."
"Tak ada, hari ni saya nak melekat dengan awak sepanjang hari.Tak nak berenggang langsung."
"Mengadanya." Mia tersenyum bahagia dengan usikan Zyaire.
Santapan mereka dipenuhi dengan gurau senda dan usikan manja sesama sendiri. Permulaan hari mereka bersama sebagai pasangan yang bahagia.
Tangannya lincah mencuci pinggan-pinggan kaca yang telah digunakan tadi.Lalu Zyaire datang dari belakang dan merangkul pinggang ramping Mia.
"Nak buat apa lepas ni?Sambung tidur nak." cadang nakal Zyaire serentak mencium leher jenjang isterinya.
"Gelilah! Jangan buat macam-macam dekat sini nanti Arman dan yang lain nampak,malu saya." bisik Mia.
"Siapa bos?" soalnya dan galaknya mencium pipi Mia.
Mia hanya tertawa geli dengan bibirnya Zyaire yang merayap pada lehernya.
"Zyaire" panggil seorang wanita.
"Kejap saya pergi tengok siapa yang datang." dia bergegas ke ruang tamu.
"Céline." sapa Zyaire.
Sapaannya Céline balas dengan pelukan erat. Walaupun dia tidak selesa dengan sikap mesra Céline,dia tetap tidak menolaknya kerana hubungan persahabatan mereka.Mia selesai mencuci pinggan bergerak ke ruang tamu untuk menyapa tetamu yang datang.
"Hye,Céline." sapa Mia. Situasi Zyaire dan Céline sedikit menguris hatinya tetapi dia mengerti bahawa mereka merupakan kawan rapat dan Céline juga tidak mengetahui batas pergaulan seperti yang ditetapkan dalam agama Islam. Zyaire yang mendengar suara Mia tadi cepat-cepat meleraikan pelukan Céline.
"Awak suruh Céline duduk dulu. Saya pergi buat air sekejap." pintanya kembali ke dapur.
"Pourquoi êtes-vous venu ici?"
(Ada apa awak datang ke sini?) soal Zyaire mendaratkan punggungnya diatas sofa."Je suis venu avec quelqu'un que vous connaissez peut-être. Nous voulons vous rendre visite tous les deux."
(Saya datang dengan seorang yang mungkin awak kenal. Kitorang datang sebab nak melawat kamu berdua) jawab Céline dan memandang keluar seperti menanti kehadiran seseorang.Kakinya melangkah masuk dan berjalan kearah Zyaire yang sedang duduk.
"Hai, Zyaire.Lama kita tak jumpa." sapa Luthfi sambil menghulurkan tangan untuk berjabat.
"Luthfi,lama juga kita tak jumpa." Zyaire berdiri seraya menyambut tangan Luthfi tadi dengan senyum sinis dan pandangan mereka satu sama lain seperti petir yang menyambar.
"Luthfi! Lamanya tak jumpa." panggil Mia teruja bersama dengan teko teh dan beberapa cawan diatas talam.
Keterujaan Mia membakar hati Zyaire namun ditahan agar tidak berlaku perkara buruk.Dia tidak mahu orang asing melihat mereka bertengkar lagi-lagi Luthfi. Luthfi mungkin akan mentertawakan dia jika marahnya dilepaskan sekarang.
YOU ARE READING
[C] MRS. LORENZO
Romance'Je te veux tellement bébé' I want you so badly baby "Saya lebih rela mati daripada kahwin dengan awak."-Mia Leandra 'Nessuno può averti, dolcezza' Nobody can have you,sweetie "Aku tetap akan dapatkan kau dengan apa jua cara.Aku sanggup ambil nyaw...