Bab 18

5.6K 201 1
                                    

Tiga hari selepas kejadian itu, hubungan mereka masih tidak baik,tiada tegur sapa atau usikan manja seperti dulu. Kebahagiaan mereka hanya kekal beberapa jam sahaja disebabkan ego Zyaire yang menggunung. Saat Mia hendak menegurnya, lelaki itu memalingkan pandangan dan pergi menjauh. Dilayan Mia seperti gadis itu tidak wujud dalam hari-harinya.Masakan Mia juga tidak dijamah dan malah tidak disentuh, hanya makan makanan yang dibeli oleh Arman. Entah apa salah Mia terhadap Zyaire sehingga begitu layanan yang diberikan kepadanya.

"Arman, awak tahu tak mana Zyaire pergi. Dah lewat macam ni pun belum balik lagi." soal Mia risau akan suaminya.

"Bos ada hal sikit dekat luar, saya rasa sekejap lagi dia balik la tu. Puan tak perlu risau, bos tak akan apa-apa.Sekarang dah lewat, puan naik tidurlah."

"Saya belum ngantuk lagi. Saya nak tengok tv sekejap nanti bila saya dah ngantuk saya naik." katanya lalu duduk di sofa dan menghidupkan televisyen.

Dia tetap akan tunggu Zyaire biarpun matahari sudah naik. Jujurnya dia rindu akan Zyaire yang dulu. Walaupun bersikap dingin tapi dia sentiasa ada dekat dengan Mia.

Jarum jam dikerling menunjukkan angka 3.30 pagi.Lebih daripada setengah jam dia menunggu tapi bayang Zyaire pun tidak kelihatan. Akhirnya dia terlelap menunggu kepulangan seorang suami yang dirinduinya.

🖤🖤

"F*cking sh*t Luthfi!" tengkingnya sambil melepaskan tembakan kearah papan sasar di dalam sebuah bilik besar.

Bunyi tembakan memenuhi segenap ruang bilik itu.Berpuluh-puluh peluru telah dilepaskan dengan geram dan marah terhadap lelaki yang telah muncul tiga hari lepas.

"Patron, nous avons fini d'arrêter et de ramener l'homme qui a comploté avec Marc qui a tenté de voler des documents d'information liés à nos affaires avec Pecxi."
(Bos, kami selesai tangkap dan bawa lelaki yang bersekongkol dengan Marc yang cuba curi dokumen  maklumat berkaitan perniagaan kita dengan Pecxi.)

Pecxi juga adalah salah satu pelanggan kepada perniaagan senjata haram yang dijalankan oleh Zyaire.Namun Marc iaitu pekerja bawahan Zyaire cuba menyalurkan maklumat itu kepada musuhnya.

"Un bon moment pour s'amuser."
(Waktu yang tepat untuk berseronok) katanya lalu bergerak ke bilik 'neraka' berserta pistol ditangannya. Dia hendak melepaskan  geramnya kepada lelaki yang malang itu.

"Arghh!! Arghh!" satu peluru terbenam dalam tulang kakinya. Tangannya dirantai menghalangnya untuk jatuh terduduk.

Bangg!

Satu lagi kakinya menjadi sasaran Zyaire.Tubuhnya tergantung longlai menahan seksaan 'neraka' buatan Zyaire. Menyesal tiada guna akan tindakan beraninya cuba menjatuhkan perniagaan Zyaire.

"Pardonnez-moi, patron.  Je promets que je ne répéterai plus cette chose.  Je suis désolé.  Je suis désolé."
(Maafkan aku,bos. Aku janji aku tak akan ulang perkara ni lagi. Aku minta maaf. Aku minta maaf.) rayunya dalam kesakitan melampau.

Rayuan lelaki itu sedikit pun tidak menyentuh hatinya. Permohonan maafnya juga tidak bermakna lagi buat Zyaire.
Dengan geram dia melepaskan tiga das tembakan kearah dada lelaki itu. Saat itu bayangan Luthfi muncul dan seakan-seakan mengantikan lelaki yang longlai dirantai. Hatinya puas dapat melepaskan marahnya.Setelah itu Zyaire melangkah mendekati lelaki yang dalam nyawa-nyawa ikan. Lalu ditampar perlahan pipinya berulang kali.

[C] MRS. LORENZOWhere stories live. Discover now