Jam tangan buat beberapa kalinya dan jarum jam telah menunjukkan angka 3 petang.
"Aduh dah lewat setengah jam ni batang hidung Mr. Zyaire pun tak nampak lagi. Client dah tunggu dekat dalam bilik mesyuarat dah." keluh Emili tidak henti-henti berulang alik dihadapan bilik mesyuarat.
Nekadnya untuk membuat panggilan kepada Zyaire namun tidak dijawab. Dicuba buat kali ketiga akhirnya panggilan itu dijawab.
"Ya, Emili ada apa."
"Mr. Zyaire lupa ke yang Mr. Zyaire ada appointment dengan Encik Zalzan petang ni. Dia dah lama menunggu dalam bilik mesyuarat."
"Ah sh*t I forgot about that. Cancel the appointment. Saya terpaksa balik rumah mertua saya atas sebab kecemasan. Awak terangkan pada dia. Set up a new date."
Panggilan ditamatkan.
"Eh cepatnya end call. Emergency sangat ni. Haih nasiblah Encik Zalzan tu penyabar orangnya kalau tak memang penatlah aku nak tahan telinga." lalu memasuki bilik berhawa dingin itu untuk menyampaikan kata-kata Zyaire tadi.
"Mr. Zyaire belum sampai lagi ke?"
"Err sebenarnya baru tadi saya call Mr. Zyaire dan dia terpaksa cancel this meeting sebab dia perlu balik rumah mertua dia. Katanya ada masalah tapi Encik Zalzan jangan risau, saya akan set new date dalam masa terdekat ni."
"Okay nanti awak inform saya. Saya pergi dulu." bangunnya berlalu pergi.
🖤🖤
Menghirup udara segar dan menikmati pemandangan langit membiru dihiasi burung-burung yang berterbangan dari balkoni bilik.
"Hai puan, buat apa tu?" soal Arman yang berada di halaman rumah.
"Tak buat apa pun,saja hirup udara segar dekat luar ni. Awak sorang je ke, Alex dan Jade mana?"
"Diorang duduk dalam bilik kawalanlah, asyik main game je. Saya keluar pun sebab bosan."
"Ouh, kejap lagi awak join saya dan Zyaire makan malam dan ajak diorang sekali. Makan ramai-ramai barulah-"
Tiba-tiba ada tangan sasa yang melingkari pinggangnya dari belakang lalu kepalanya diletakkan diatas bahu Mia.
"Awak dah bosan ke makan dengan saya?" soal Zyaire dengan suara serak basahnya. Tanda baru sahaja bangun daripada tidurnya."Err saya masuk dalam dulu ya." pinta Arman sebaik saja melihat Zyaire yang baru saja keluar dari bilik ke balkoni.
Mia mengangguk tersenyum.
"Jawablah, awak dah bosan ke asyik makan dengan saya?" soal Zyaire lagi.
"Tak saya tak bosan, saya cuma nak meriahkan lagi makan malam kita.Apa salahnya kalau kita ajak diorang makan sekali, dapat pahala." jawab Mia sambil mengusap pipi Zyaire.
"Hmmm......sayang, esok saya kena pergi Italy untuk beberapa hari."
"Lama ke? Saya nak ikut boleh?"
"Tak boleh, lagi pun sekejap je. Awak duduk rumah dan Alex akan bawa awak pergi mana je. Kalau awak nak ambil cuti pun boleh."
"Ala...bolehlah. Saya takut saya..."
"Rindu saya?" Soal Zyaire mengangkat kening.
Lalu Mia mengangguk perlahan.
Zyaire tersenyum seraya memeluk erat tubuh Mia. "Sekejap je Mia, bukannya saya pergi sana terus. Mungkin saya pergi dalam 4 hari begitu."
YOU ARE READING
[C] MRS. LORENZO
Romance'Je te veux tellement bébé' I want you so badly baby "Saya lebih rela mati daripada kahwin dengan awak."-Mia Leandra 'Nessuno può averti, dolcezza' Nobody can have you,sweetie "Aku tetap akan dapatkan kau dengan apa jua cara.Aku sanggup ambil nyaw...