2 tahun kemudian
Langkahnya laju memasuki lift lalu punat tingkat 12 ditekan untuk sesi temu duga yang akan bermula dalam masa 15 minit lagi.
"Aduh macam mana la boleh terlajak tidur.Kau ni pun satu Mia menghafal sampai lewat malam. Akhir-akhir tak ingat juga apa yang dihafal." kutuk dirinya sambil dahinya diketuk perlahan.
Ting!
Pintu lift dibuka lalu kakinya laju melangkah keluar untuk melaporkan diri.
"Assalamualaikum,saya Mia Leandra binti Mikael.Saya datang interview untuk position accountant." lapor Mia kepada seorang wanita 30-an yang menjaga bahagian tersebut.
"Cik Mia Leandra boleh duduk disitu dan sebentar lagi nama cik akan dipanggil untuk sesi temu duga." tunjuk jari wanita tadi dengan sopan.
Fail-failnya dibelek dan dia cuba mengingati apa yang dihafalnya semalam.Dia teringat kata-kata ibu dan babanya yang menasihatinya untuk tidak gentar dan takut.
'Kau boleh buat Mia.Hwaiting!!'"Cik Mia Leandra, sila masuk ke dalam bilik temu duga sekarang."
Mia menarik nafas untuk membuang segala rasa takut dan gementar lalu dihembus dengan tenang.
Dengan tenang dia melangkah masuk ke dalam bilik yang berhawa dingin itu.
Lalu mengambil tempat dihadapan para penemu duga setelah dijemput untuk duduk.Dia mula memperkenalkan diri dan latar belakangnya.
15 minit kemudian.
Sebaik sahaja melangkah keluar daripada bilik itu,Mia menghembuskan nafas lega setelah dia selesai dengan temu duga sebentar tadi.
Sebaik saja lift yang digunanya tiba di lobi, dia melangkah untuk ke keretanya.
Bukkk!
Bahunya terlanggar sosok tubuh yang berjalan dari arah yang bertentang dengannya.
Fail-fail yang ditangannya telah jatuh ke lantai."Opss sorry Miss, let me help you"
kata lelaki itu lalu tunduk untuk mendapatkan fail-fail tersebut.
Mia hanya membiarkan tindak tanduk lelaki itu."This is yours............"
kata-katanya terhenti sebaik saja melihat wajah Mia. Bagaikan terpaku dengan kecantikkan milik gadis itu."Err excuse me. Can I have my files back"
"Yes sure" kata lelaki itu lantas menyerahkan fail milik Mia.
Matanya masih lagi tidak lari dari melihat wajah gadis dihadapannya itu."Thank you"
ucap Mia lalu pergi dari situ kerana dia tidak selesa dengan pandangan lelaki tadi.
'Dah kenapa pandang aku macam tu. Mesti buaya darat ni. Huhh takut'🖤🖤
Melangkah masuk ke dalam lift, matanya masih melihat gadis itu pergi sehingga pintu lift tertutup.
Dia memejamkan mata dan senyumannya mula terukir.
'See you again sweetie'Zyaire memasuki pejabatnya dengan siulan bermain di bibirnya.
Mengambil tempat diatas kerusi kulitnya lalu kaki disilang sambil jarinya 'bermain piano' diatas meja kaca.
Tok!Tok!
"Come in"
"Mr. Zyaire ,these are candidates for accountant position. You can judge it." kata wanita itu yang merangkap setiausaha kepada Zyaire.
YOU ARE READING
[C] MRS. LORENZO
Romance'Je te veux tellement bébé' I want you so badly baby "Saya lebih rela mati daripada kahwin dengan awak."-Mia Leandra 'Nessuno può averti, dolcezza' Nobody can have you,sweetie "Aku tetap akan dapatkan kau dengan apa jua cara.Aku sanggup ambil nyaw...