Gambar-gambar dahulu yang terdapat dalam album dilihat satu persatu.Sesekali tertawa saat teringat memori indah waktu kecil. Sebaik saja helaian diselak, terdapat satu keping gambar perkahwinan Mia dan Zyaire. Air matanya mula mengalir perlahan.
"Mia,kamu tak balik rumah ke?" soal Puan Leila memasuki biliknya.
Dengan cepat mutiara jernihnya disapu agar tidak kelihatan. "Mia nak duduk sini lama sikit, nak temankan ibu sementara baba dekat hospital. Ibu tak kisahkan?"
"Ibu memang tak kisah, tapi Zyaire macam mana? Makan minum dia siapa yang uruskan?" Puan Leila duduk dibirai katil.
"Dia tak kisah, makan minum dia Arman yang sediakan." bohongnya. Mia tidak meminta izin lelaki itu untuk bermalam di rumah ibunya. Khabar Zyaire juga tidak diendahkan, marahnya akan Zyaire masih lagi membara dalam dirinya.
"Kerja Mia macam mana pula?"
"Err Mia ambil cuti sebab nak jaga ibu. Zyaire izinkan Mia cuti."
Nada dering telefonnya berbunyi, memaparkan nama Zyaire pada skrin. Hanya dipandang sekilas namun tidak dijawab.
"Kenapa tak jawab panggilan tu? Mungkin ada perkara penting."
"Scammer, ibu. Dari tadi asyik call sebab tu Mia biarkan je. Malas nak layan." bohongnya lagi.Tidak mahu ibunya tahu bahawa hubungan dia dan Zyaire keruh saat itu.
"Takut zaman sekarang ni, scammer merata-rata ada. Kalau termakan kata-kata diorang tu,menangis tak berlagu kerana hilang duit. Mia berhati-hati ya, block je terus nombor tu." pesan ibunya.
"Hmmm nanti Mia block. Ibu dah makan? Kalau belum,biar Mia masak lagipun Mak Odah balik kampung."
"Baiklah, ibu masuk bilik dulu ya. Nak rehat tiba-tiba ibu pening kepala."
"Ibu, kalau Mia dan Zyaire..."
"Kenapa? Rumah tangga kamu ada masalah ke?"
"Tak ada apalah. Rumah tangga kami bahagia je. Ibu jangan risau. Pergilah berehat dulu nanti bila Mia dah siap masak, Mia kejutkan ibu dekat bilik."
'Maafkan Mia, ibu. Mia terpaksa tipu ibu.'
Dibuka telefonnya,panel notifikasi menunjukkan sembilan panggilan daripada Zyaire tidak dijawab namun tidak dihiraukan.Rambut panjangnya diikat sanggul lalu turun ke dapur untuk memasak.
Semua bahan yang diperlukan di dalam peti sejuk dikeluarkan satu persatu. Ayam mentah dicuci bersih lalu dipanaskan periuk. Sayur dipotong dan dimasukkan kedalam penapis lalu dibersihkan dengan air. Lobak merah dipotong dadu, tanpa sengaja pisau tajam terhiris sedikit jari telunjuknya.
"Auch." lantas berhenti melakukan kerjanya.Apabila Mia hendak mencuci luka tadi, satu tangan pantas menariknya. "Biar saya cucikan." katanya lelaki itu lantas membuka air dan diusap perlahan luka Mia tadi.
Laju tangannya ditarik dari pegangan lelaki itu. "Tak payah, saya boleh buat sendiri." ujarnya dingin sambil mencuci darah yang tersisa.
Zyaire tekun memerhati setiap gerak geri Mia. Tiada sedikit senyuman pada wajah gadis itu. Dia terus menarik gadis itu duduk di meja makan lalu melangkah mengambil peti kecemasan yang diletakkan didalam almari kaca. Hendak saja Mia bangun, dipaksa untuk duduk lantas menarik tangan gadis itu untuk menyapu ubat pada luka hirisan tadi.
"Tak payah, biar saya buat sendiri." dinginnya cuba menarik tangannya namun tangan Zyaire lebih kuat menahan dan dibiarkan saja tindakan lelaki itu.
Air matanya mula bertakung di tubir mata cuba ditahan apabila mengenang apa yang telah dilakukan Zyaire.
YOU ARE READING
[C] MRS. LORENZO
Romance'Je te veux tellement bébé' I want you so badly baby "Saya lebih rela mati daripada kahwin dengan awak."-Mia Leandra 'Nessuno può averti, dolcezza' Nobody can have you,sweetie "Aku tetap akan dapatkan kau dengan apa jua cara.Aku sanggup ambil nyaw...