Bab 42

4.7K 153 8
                                    

Hampir sejam mencari dan bertanya orang berdekatan namun tidak membantu. Tidak seorang pun daripada mereka melihat Mia.

"Tina, saya harap awak bersabar. InshaAllah, Mia baik-baik saja. Kita doakan keselamatan Mia."

"Tapi saya takut, kalau apa-apa jadi pada Mia, apa yang patut kita buat? Kalau ibu dan baba Mia tahu, macam mana?"

"Kita fikir positif, mungkin esok Mia akan balik bilik."

"Apa kata kita tengok CCTV, mesti boleh jumpa Mia."

"Saya tengok dan perhati, dekat sini tak ada CCTV. Luar tandas dan sekitarnya pun tak.Esok kita buat laporan,awak balik berehat dan tenangkan diri."

"Ermm." Tina berlalu memasuki perut kereta.

Keesokan harinya.

Kepalanya yang berdenyut kuat dipegang setelah sedar daripada lenanya. Agak terkejut dengan suasana bilik yang tidak pernah dilihat. Ingatan mula kembali dan teringat semua yang berlaku semalam. Segera bangun dari perbaringan dan mendapatkan telefon yang disediakan pihak hotel. Nombor Tina didail cepat namun tersedar telefon itu tidak berguna kerana wayarnya telah dipotong.

"Kau tak akan dapat lari daripada aku, Mia. Aku pegang kata-kata aku." kata Zyaire sebaik saja keluar daripada bilik mandi.

"Zyaire, listen. Awak bagi tahu saya apa yang awak nak lagi? Saya dah penat nak bergaduh dan awak cakap apa yang saya boleh buat untuk awak lepaskan saya." balas Mia.

"Aku nak kau, Mia. Aku pun dah penat nak ulang benda ni. Aku tak akan lepaskan kau sampai bila-bila. Kau buat apa sekali pun jangan harap aku akan lepaskan kau."

"Mampu ke kita hidup bersama, jika awak tak ada rasa cinta terhadap saya. Ya, saya mengaku saya cintakan awak tapi itu dulu. Sekarang cinta tu dah makin pudar sebabkan sikap pentingkan diri dan sikap kejam awak tu,Zyaire. Kalau awak nak hidup dengan saya hanya untuk lepaskan nafsu awak, saya minta maaf sebab saya tak sanggup.

"Kau yang tak nampak,Mia. Aku cintakan kau selama ni, takkan kau tak nampak. Kau ingat aku cuma nak badan kau ke?"

"Kalau awak cintakan saya kenapa awak khianati saya,Zyaire.Hal baba tu awak remeh-remehkan. Awak ingat saya boleh maafkan awak macam tu je ke? Tak semudah tu lah.Awak masih tak tahu bezakan cinta dengan nafsu."

"Mia percayalah cakap aku. Aku tak hantar dokumen tu dekat baba, aku tak bodohlah nak buat semua tu."

Mia tersenyum sinis lantas mencapai beg tangannya dan mengeluarkan sekeping kertas yang diterima daripada Luthfi.

"Ini bukti. Nama awak terpampang dekat sini dan saya belum buta." Kertas tadi letakkan diatas meja. Hendak saja dia melemparkannya ke muka lelaki itu namun dia masih bersabar.

"Ini yang jantan tu bagi dekat kau?" sinisnya setelah melihat isi kandungan kertas tadi.

"Ya, Luthfi yang bantu saya untuk cari kerja yang awak buat ni. Awak nak berdalih lagi? Mengaku je, Zyaire. Saya dah penat nak dengar alasan awak."

Lalu kertas tadi dikoyak oleh Zyaire. "Kenapa kau lebih percayakan Luthfi daripada aku?"

"Sebab Luthfi tu lelaki yang baik. Walaupun saya tak terima cinta dia tapi dia tetap layan saya baik. Saya rasa awak tak perlu nak soalkan lagi sebab memang terang-terang awak tu lelaki tak guna, Zyaire."

"Mia! Kau jangan lebih-lebihkan jantan tu depan aku."Kesabarannya semakin melebihi had.Setiap kali isterinya menyebut nama Luthfi, amarahnya mula mengusai diri.

"Awak tu cuma lelaki yang muncul dalam hidup saya tanpa kerelaan saya,Zyaire.Kehidupan saya lebih baik kalau awak tak muncul dan selamatkan saya pada malam tu."

[C] MRS. LORENZOWhere stories live. Discover now