Majlis pelancaran projek akan berlangsung tidak lama lagi.Para tetamu dan staf-staf mula memenuhi dewan besar yang disewa di sebuah hotel.Kakitangan yang terlibat untuk menjayakan majlis tersebut bertungkus lumus dalam menyediakan layanan yang baik kepada para tetamu yang hadir dan melaksanakan tugas mereka secara cekap. Majlis dimulakan dengan kata alu-aluan pengacara majlis, setelah itu jemputan masuk jawatan-jawatan tertinggi yang terlibat dalam projek tersebut.
"Terima kasih kepada semua yang hadir dan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Saya Hirman bin Kamal, selaku wakil syarikat Golden Holdings. Syarikat ini adalah salah satu syarikat yang akan menjayakan projek ini dengan kerjasama Syarikat The Canopus." ucapan Hirman diteruskan dengan pengenalan tentang projek Permata dan beberapa kata penghargaan. Tidak lama kemudian Zyaire pula dijemput untuk memberikan ucapannya.
"Saya harap kita dapat bekerjasama dalam menjalan dan menjayakan projek ini tanpa sebarang salah faham atau perbalahan. Dengan ini saya, Zyaire Lorenzo dan Encik Hirman merasmikan majlis ini dan merasmikan projek Permata dengan hormat." ucap Zyaire dan memotong reben besar yang disediakan bersama-sama dengan Hirman.
Tepukan gemuruh daripada para tetamu dan pekerja mula mengisi dewan luas itu. Setelah itu majlis diteruskan lagi dengan pembentangan projek dengan lebih terperinci.
Jam tangannya dikerling menunjukkan angka 6.30 petang dan orang ramai mula beransur pulang meninggalkan dewan itu. Mia masih setia menunggu Zyaire yang sedang berbual dengan beberapa usahawan yang mempunyai pengaruh besar dalam dunia perniagaan. Telefon berbunyi menandakan mesej daripada seseorang lalu segera dilihat.
Luthfi:
'Datang sini kejap, saya ada di kafe di tingkat 2. Saya tunggu awak.'
Segera jarinya menaip mesej kepada Zyaire dan memaklumkan bahawa dia ke tandas. Mia membawa diri ke tempat dimana Luthfi berada saat itu.
"Terima kasih sangat sebab datang. Saya ada benda nak tunjukkan dekat awak. Saya dah pergi siasat dekat pusat yang hantar dokumen kepada baba awak."
"Awak dapat tahu tak siapa yang hantar?" soal Mia menanti kebenaran.
"Zyaire, memang dia yang hantar. Nama pengirim dokumen tu adalah suami awak,Mia. Ini rekod yang saya ambil daripada diorang." hulur Luthfi sekeping kertas yang menyatakan rekod pengirim dokumen tersebut.
Hatinya hiba tatkala mengetahui kebenaran yang ditunggunya selama ini. Sangkaannya kali ini benar mengatakan Zyaire yang melakukan perkara itu.
"Terima kasih, Luthfi. Saya terhutang budi dengan awak sangat-sangat."
"Tapi Mia. Ada sesuatu yang tak kena dalam hal ni. Sewaktu saya pergi pusat tu, saya minta diorang untuk periksa CCTV pada tarikh dokumen tu dibawa ke sana. Bila saya tengok rakaman tu, saya yakin tu bukan Zyaire dan saya pasti tu bukan pekerja dia yang saya kenal."
"Mungkin dia gunakan orang luar untuk tutup kesalahan dia. Awak pun tahu Zyaire tu seorang yang licik. Mana mungkin dia akan gunakan orang yang terdekat dengan dia untuk buat benda ni." ujar Mia. Dia tahu Zyaire seorang yang bijak merancang strategi dan sukar untuk lelaki itu gagal dalam apa jua yang dilakukan.
"Jikalau itu yang awak anggap, saya tak boleh nak berkata apa-apa. Saya cuma dapat bantu awak cari bukti je. Saya harap bantuan saya mencukupi."
"Bantuan awak saya hargai sangat, Luthfi. Bukti yang awak bagi pada saya dah cukup untuk tahu dalang disebalik semua ni. Awak seorang kawan yang baik dan sentiasa bantu saya. Terima kasih lagi sekali saya ucapkan."
"Saya harap awak dapat selesaikan masalah ini dengan baik dan awak berhati-hati dengan Zyaire sebab dia bahaya. Saya tak nak dia apa-apakan awak lagi,Mia." pesan Luthfi kepada gadis dihadapannya itu.
YOU ARE READING
[C] MRS. LORENZO
Romance'Je te veux tellement bébé' I want you so badly baby "Saya lebih rela mati daripada kahwin dengan awak."-Mia Leandra 'Nessuno può averti, dolcezza' Nobody can have you,sweetie "Aku tetap akan dapatkan kau dengan apa jua cara.Aku sanggup ambil nyaw...