"Pandai berlakon. Tak sangka pula kau nak buat-buat bahagia depan ibu." sindir Zyaire sebaik saja pintu bilik ditutup rapat.
Sindiran itu menusuk ke hati Mia namun cuba tidak diendahkan. "Saya tak nak ibu tahu perangai sebenar awak. Perangai yang tak guna awak tu."
"Mia!Berapa kali aku nak cakap yang aku tak buat semua tu! Aku tak hantar maklumat tu dekat baba! Apa yang payah sangat kau nak percaya cakap aku."
"Lepas tu bagi tahu saya siapa yang hantar benda tu dekat baba! Hantu? Atau dia terbang pergi sendiri?! Zyaire, sudah-sudahlah berdalih. Awak mengaku je awak buat semua benda tu dan settle."
"Settle? Apa maksud kau?" soal Zyaire.
"Kita berpisah."
"No! Kalau aku salah pun aku takkan mengaku,Mia. Kau takkan pernah dapat lari daripada aku."
"Psiko! Awak psiko! Saya merayu sangat dengan awak lepaskan saya. Bila awak dah lepaskan saya, saya janji saya takkan pernah buka cerita dekat baba dan ibu tentang kisah hidup awak."
"Suka hati kau lah nak cakap aku psiko ke apa ke dan kalau kau merayu sekali pun aku takkan pernah lepaskan kau,Mia."
"Betul cakap Luthfi, awak memang lelaki tak guna. Kalau saya tahu awak akan buat benda ni, saya takkan pergi dekat awaklah, Zyaire!" bentaknya.
"Kau jangan berani sebut nama jantan tu!" tengking Zyaire. Amarahnya mula mengusai diri. Hatinya panas bila Mia mengaitkan Luthfi dalam hal ni.
"Saya menyesal sebab tak terima Luthfi. Kalau saya terima dia, hidup saya mungkin tak akan jadi macam ni." Mia sengaja ingin menyakiti hati Zyaire. Dia tahu lelaki itu benci akan Luthfi.
Zyaire bertindak pantas menolak Mia jatuh keatas katil lalu mengunci kedua tangan Mia saat dia meronta untuk bangun.
"Kau sengajakan nak aku buat macam ni? Kalau kau rindu aku, kau cakap je. Tak perlu nak kaitkan jantan tu." bisiknya.
"Saya tak kebulur pun lah nak tidur dengan awak. Baik saya mati daripada tidur dengan awak! Saya benci awak!"
balas Mia melawan pandangan Zyaire."We'll see, sama ada kau suka atau tak kalau aku sentuh setiap inci badan kau." bisiknya lagi lalu mencium leher putih milik Mia.
"Lepaskan saya, Zyaire! Saya jijik dengan awak!" rontanya. Namun tidak dihiraukan lelaki itu. Dengan kuat Mia mengigit bahu Zyaire agar lelaki itu melepaskannya.
"Arghhh!" adunya. Tanpa sedar dia telah meleraikan genggaman pada tangan Mia.
Kakinya menolak kuat badan Zyaire lantas mengundurkan diri turun dari katil. Baru hendak berlari keluar, Zyaire terlebih dulu menghalang.
"Mana kau nak lari Mia? Kau takut? Tadi kau cabar aku sangat. Sekarang kau jangan harap kau dapat keluar dari bilik ni." sinisnya melangkah mendekati Mia. Butang kemejanya mula dibuka satu per satu.
"Saya tak nak awak sentuh saya lagi. Saya benci awak, Zyaire!" balasnya sambil mengundurkan diri. Matanya memandang sekilas pasu bunga kecil yang terdapat diatas almari lalu cepat tangannya mencapai pasu itu. Dengan kuat dia memecahkannya dan mengutip serpihan kaca pasu tersebut.
YOU ARE READING
[C] MRS. LORENZO
Romance'Je te veux tellement bébé' I want you so badly baby "Saya lebih rela mati daripada kahwin dengan awak."-Mia Leandra 'Nessuno può averti, dolcezza' Nobody can have you,sweetie "Aku tetap akan dapatkan kau dengan apa jua cara.Aku sanggup ambil nyaw...