Bab 21

5.7K 209 1
                                    

Laju tangannya memasukkan segala pakaian dan barang keperluan kedalam bagasi.Wajahnya tidak senyum sama sekali dan tidak ceria seperti petang tadi. Lalu tangannya ditangkap oleh Zyaire dan menghalangnya untuk meneruskan kerja mengemas.

"Jangan sentuh saya!" kata Mia serentak merentap kuat tangannya kembali lalu menutup bagasinya dan keluar dari bilik itu.

"Mia!" panggilnya. Namun tidak dihiraukan gadis itu.

Setibanya di parkir kereta,dia terlihat Mia yang sedang bersandar di pintu keretanya sambil mengusap sisa air mata.Kakinya melangkah untuk mendapatkan bagasi dan diletakkan dalam bonet.Setelah itu memasuki perut kereta mewah miliknya.

"Saya nak balik Malaysia." kata Mia melemparkan pandangan keluar tingkap.

"Tak,aku tak akan benarkan. Balik dengan aku hujung bulan ni."

"Apa masalah awak? Nak kena arah saya bagai?Tak cukup lagi ke bila saya dah ikut awak balik? Tak puas lagi?! Awak ingat awak tu siapa?!" bentaknya dengan nada marah.

"Tak, aku tak puas lagi. Aku tak akan pernah puas selagi aku belum terima layanan yang patut aku terima daripada kau sebagai seorang isteri."

Mia tertawa sinis dan berpaling kearah Zyaire di sebelahnya.
"Tak sangka pula awak pandai buat lawak.Awak ni pelupa ke apa atau sengaja buat-buat lupa. Ke nak saya ingatkan."

Zyaire juga turut tersenyum sinis lalu turut memaling wajahnya melihat Mia. Kini mereka saling berpandangan.

"Hmm betul, aku lupa. So kau kena ingatkan aku balik apa yang berlaku antara kau dan aku."usiknya dengan senyuman nakal.

Mia berdehem sedikit kerana dia dapat menangkap maksud tersirat disebalik kata-kata Zyaire tadi.Setelah itu dia cepat-cepat menghadap kehadapan dan membetulkan posisi duduknya. "Awak patut drive sekarang nanti lambat sampai rumah pula"

Zyaire tertawa dengan reaksi Mia. Keretanya dipandu meninggalkan kawasan hotel.

Locked in the hotel
There's just some things that never change
You say we're just friends
But friends don't know the way you taste, la-la-la
'Cause you know it's been a long time coming
Don't you let me fall, oh
Ooh, when your lips undress me
Hooked on your tongue
Ooh, love, your kiss is deadly
Don't stop
I love it when you call me señorita
I wish I could pretend I didn't need ya
But every touch is ooh, la-la-la
It's true, la-la-la
Ooh, I should be running
Ooh, you know I love it when you call me señorita
I wish it wasn't so damn hard to leave ya
But every touch is ooh, la-la-la
It's true, la-la-la (true, la-la)
Ooh, I should be running
Ooh, you keep me coming for ya

Perjalanan mereka hanya ditemani dengan lagu yang bermain di corong radio dan perbualan mereka yang terakhir hanya bertanya sama ada lapar atau tidak.

"Awak ikut jalan mana ni? Saya rasa ni bukan jalan ke Paris. Awak jangan cakap yang kita nak pergi tempat lain."  Mia membuka mulut kerana hairan dengan arah yang dituju Zyaire.

"Kalau ya kenapa?"

"Zyaire!Awak nak bawa saya pergi mana hah?! Awak jangan buat apa-apa dekat saya  dalam hutan malam-malam macam ni."

"Apa maksud kau 'buat apa-apa' tu?" soalnya dengan senyum nakal sambil mengerling Mia.

"Awak tak ada niat nak bunuh saya macam dalam filem-filem thriller tu kan? Tempat macam ni dan waktu begini selalunya pembunuh bersiri selalu buat kerja dia. Kalau awak ada niat macam tu,sekarang juga saya terjun keluar dari kereta ni." katanya beracah-acah hendak membuka pintu kereta.

[C] MRS. LORENZOWhere stories live. Discover now