Bab 8

8.4K 300 3
                                    

Takdirnya sudah tertulis sejak azali lagi dan tiada siapa yang dapat mengubah takdirnya kecuali yang Allah Maha Berkuasa.
Manusia hanya mampu merancang tetapi yang Dia yang menentukan segalanya.

"Jemput masuk ya,kita bersembang dekat dalam." Puan Leila menjemput tetamu yang datang.

Seperti yang dijanjikan, hari ini Zyaire telah menghantar wakil daripada pihaknya untuk menunaikan hasrat menikahi Mia. Walaupun begitu Mia tidak memaklumkan hal itu kepada kedua orang tuanya.

Mereka berbual dan berkenal-kenalan terlebih dahulu tapi Mia hanya menjadi pendengar. "Ini ke Mia Leandra,cantik manis orangnya sopan pula tu" puji Puan Rida akan Mia.

"Dah lama kita berbual sampai lupa bertanya tujuan puan bertandang ke rumah saya." kata Puan Leila.

"Tujuan kami datang ini adalah untuk menyunting bunga di taman untuk anak saya,Zyaire" kias Puan Rida.
Wanita itu bukanlah ibu kepada Zyaire tapi ibu kepada Fedrix.Dia hanya membantu lelaki itu untuk meminang Mia.

Puan Leila dan Encik Mikael saling memandang satu sama lain.Reaksi mereka seperti terkejut tetapi tidak cepat melatah dengan apa yang dikabarkan oleh Puan Rida.
Mia pula tidak terkejut sama sekali kerana dia sudah mengetahui tujuan mereka.

"Mia,mari ikut ibu,ibu ada benda sikit nak cakap.Saya bercakap dengan anak saya sekejap ya." minta Puan Leila lalu bergerak ke dapur diikuti Mia.

"Ibu tengok kamu tak terkejut langsung dengan perkara tadi.Mia dah tahu ke hasrat mereka datang ke rumah kita?"soal Puan Leila kerana dia hairan dengan Mia yang bersikap sahaja.

"Ibu dan baba mesti terima pinangan tu." jawab Mia.

"Kenapa dengan kamu ni? Minggu ni kamu akan bernikah dengan Luthfi,kamu lupa atau apa. Jangan mainkan hati perasaan orang, Mia"

"Luthfi dah bersetuju untuk batalkan pernikahan tu."
Puan Leila agak tersentak dengan kata-kata Mia.

"Lagipun Mia sayangkan Zyaire sepenuh hati begitu juga dengan Zyaire. Kami terlalu mencintai antara satu sama lain dan Mia harap ibu dan baba terima pinangan tu demi kebahagiaan Mia."
bohong Mia. Dia mesti buat pasangan itu yakin dengannya dan tidak mensyaki apa-apa.

"Baiklah kalau itu yang buatkan Mia bahagia,kami akan terima pinangan tu." balas Puan Leila lalu dipeluk anak kesayangannya.

"Minta maaf  buat puan dan tuan tertunggu-tunggu. Ada perkara yang dibincangkan tadi." kata Puan Leila kepada tetamu yang berada di ruang tamu.

"Biar saya berterus terang lah ya.Tujuan kami bertandang ke sini dengan niat untuk menyatukan Zyaire dengan anak dara Puan Leila dan Encik Mikael. Kata si teruna,mereka terlalu sayang antara satu sama lain dan si teruna dah bersedia untuk menikahi si dara." jelas Puan Rida lantas mengeluarkan kotak kecil berbaldu biru gelap dan letakkan diatas meja.

"Setelah berbincang, si dara bersetuju untuk terima pinangan ini.Dia juga mengatakan hal yang serupa dengan apa yang dikatakan oleh si teruna." balas Puan Leila.

Encik Mikael hanya bersetuju dengan keputusan anak gadisnya dan berharap itu bahagia dengan pilihan hati.

"Alhamdulillah,jika bersetuju marilah saya sarungkan cincinnya." lantas kotak itu dibuka dan  menampakkan sebentuk cincin berlian. Cincin itu disarungkan ke jari manis Mia.

Hari itu dia telah menjadi tunang kepada lelaki yang bernama Zyaire Lorenzo bin Abdullah. Dia pasrah dengan apa yang jadi dan walaupun beribu batu dia melarikan diri,dia yakin garisan penamatnya adalah dengan lelaki itu.

🖤🖤

Jam pada skrin komputer menunjukkan angka 4.55 petang, menandakan waktu kerja sudah hampir tamat. Mia masih bertungkus lumus untuk menyiapkan sisa kerjanya. Tidak mahu bertangguh atau bawanya pulang ke rumah.

[C] MRS. LORENZOWhere stories live. Discover now