Tiga hari gadis itu menghilangkan diri memberi impak yang besar baginya. Segala kerja yang dilakukan terganggu kerana asyik memikirkan gadis yang berjaya membawa hatinya pergi.Tiada sebarang berita daripada budak-budaknya berkaitan isterinya itu.
"Arhhh!" fail yang disemak lempar jauh.
Tok!Tok!
"Come in."
"Mr.Zyaire nak saya buatkan air?" soal Emili setelah melihat Zyaire berkelakuan seperti itu dari luar.
"Tak." balasnya pendek.
Emili segera berlalu keluar.
Nada dering telefonnya berbunyi.
"Bos,cik Céline tak ada di Paris, pembantu rumah dia cakap yang cik Céline masih tak pulang rumah sejak berangkat ke Malaysia." maklum Reno.
"Okay.Tapi kalau kau jumpa dia, terus bawa dia ke sini dengan apa cara sekali pun."
"Baik bos."
Panggilan ditamatkan.
Keluar dari pejabatnya dan mengarahkan Emili untuk batalkan semua mesyuaratnya dengan sesiapa sahaja.Lantas segera pulang ke rumahnya.
Sebaik saja tiba Zyaire mendapatkan Jade.
"Kau yang hantar Céline pergi airport?" soal Zyaire.
"Ya, saya yang hantar cik Céline ke airport, kenapa?"
"Kau tunggu dia sampai dia berlepas tak?"
"Tak, pada mulanya saya nak tunggu tapi cik Céline suruh saya balik even saya beritahu yang bos suruh temankan sampai dia berlepas. Cik Céline tetap suruh saya balik, jadi saya pun tinggalkan dia sebelum flight berlepas." jelas Jade. Pada hari itu, Céline menolak sekeras-kerasnya apabila Jade hendak menunggu sehingga berlepas.
"So dia masih ada dalam Malaysia."
"Apa maksud bos?" soal Jade hairan.
"Pembantu rumah Céline kata dia belum balik lagi dan kemungkinan dia ada dalam Malaysia." jelas Arman.
"Jadi apa yang bos nak buat? Nak kami carikan cik Céline?" ujar Jade.
"Aku akan uruskan sendiri. Korang cuma uruskan hal Mia. Ingat cari dia sampai dapat."
"Baik bos."
Nama Céline yang dipaparkan pada skrin telefonnya disentuh dan menanti wanita itu menjawab panggilannya.
"Zyaire!Tu me manques. Pourquoi m'appelle-tu? Je vous manque?"
(Saya rindukan awak. Kenapa telefon saya? Awak pun rindukan saya ke?)"Oui tu me manques. Je suis allé chez toi avec Mia mais tu n'y étais pas.Où es tu? Partir en vacances?"
(Ya, saya rindukan awak. Saya pergi rumah awak dengan Mia tapi awak tak ada di sana. Awak kemana? Bercuti ke?)"Euh oui.Je suis allé en vacances.Pourquoi tu ne m'as pas dit que tu voulais aller chez moi? Je reviendrai si tu me le dis."
(Err ya saya pergi bercuti.Kenapa awak tak bagitahu yang awak nak pergi rumah saya? Saya akan balik jika awak beritahu.)"Mia et moi voulons faire une surprise.C'est pourquoi nous ne vous en avons pas parlé."
(Saya dan Mia nak buat kejutan.Itulah sebab kami tidak beritahu tentang perkara itu.)"Je suis tellement désolé,je vous ai laissé tomber tous les deux."
(Saya minta maaf sebab kecewakan awak berdua) pinta Céline dicorong telefon.
YOU ARE READING
[C] MRS. LORENZO
Romance'Je te veux tellement bébé' I want you so badly baby "Saya lebih rela mati daripada kahwin dengan awak."-Mia Leandra 'Nessuno può averti, dolcezza' Nobody can have you,sweetie "Aku tetap akan dapatkan kau dengan apa jua cara.Aku sanggup ambil nyaw...