Bab 9

8.3K 292 0
                                    

"Aku nikah dan kahwinkan dikau dengan anak perempuanku,Mia Leandra binti Mikael dengan mas kahwinnya Rm 12 000 tunai."

"Aku terima nikahnya Mia Leandra binti Mikael dengan mas kahwinnya Rm 12 000 tunai." lafaz Zyaire.

Hanya dengan sekali lafaz Mia Leandra telah menjadi isteri sah kepada Zyaire Lorenzo.

Air matanya mula mengalir di pipi.Dia tidak menyangka yang dia kini sudah bergelar isteri kepada lelaki itu.

Zyaire mendekati Mia bagi acara menyarungkan cincin.
Setelah cincin disarungkan,Mia menyalami Zyaire dan segera kepala diangkat.

"Kenapa sekejap je lama-lama la sikit tak usah malu-malu Mia,lagi pun kamu berdua tu dah sah jadi suami isteri.Zyaire pun satu, cium la dahi isteri kami tu baru la sweet." kata Puan Leila.

Sekali lagi kepalanya ditundukkan dan mencium tangan Zyaire selepas itu Zyaire pula mencium dahi bersih milik gadis itu seperti yang disuruh oleh ibu mertuanya.

Majlis dihadiri dengan lebih 2000 orang tetamu daripadanya ialah saudara-mara dan sahabat handai Mia. Tiada saudara mara dari pihak pengantin lelaki yang hadir hanyalah sahabat terdekatnya.

Malam menjelma tiba, para tetamu sudah pulang dan yang tinggal hanyalah ibu baba Mia dan Fedrix sekeluarga.

"Kamu jaga anak dara orang baik-baik ya Zyaire. Beri kasih sayang dan tatang Mia seperti minyak yang penuh.Jika ujian datang selesaikan dengan baik dan jangan sesekali melukakan hati dia." nasihat Puan Rida seperti seorang ibu kepada Zyaire.

Zyaire mengangguk dan tersenyum.

"Kau dengar tak tu. Dah dapat anak dara orang jangan buat benda-benda pelik pula. Buat anak tak pe jangan buat yang lain." Fedrix mencelah.

"Bod*h la kau ni. Nak cakap unsur 18 keatas pun jangan la dekat sini. Malu aku." bidas Zyaire serentak menampar belakang Fedrix.

Puan Rida tersenyum melihat kerenah mereka berdua.
"Jom Fedrix kita balik, ummi dah penat nak balik rehat. Ummi balik dulu ya Zyaire, ingat pesan ummi tadi." ajak Puan Rida.
Mereka sekeluarga meninggalkan kawasan rumah Mia.

Mia sedang berbual dengan ibu dan babanya terhenti seketika apabila menyedari kehadiran Zyaire yang segak berbaju Melayu putih berserta sampin. Zyaire duduk mengambil tempat di tepi Mia.

"Segak sungguh menantu ibu dah macam pelakon." puji Puan Leila.

"Kamu berdua tak rancang apa-apa ke lepas kahwin ni?" soal Encik Mikael.

Mia tiada jawapan untuk soalan itu.Dia hanya mendiamkan diri.

"Ada" jawab Zyaire lantas memandang Mia disebelahnya.

"Mia cakap dia akan berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa." kata-katanya Zyaire tadi membuatkan Mia memandangnya dengan tajam.

"Katanya nak beri tumpuan sepenuhnya kepada Zyaire." sambungnya lagi. Pandangan Mia tidak diendahkan.

"Kalau begitu bagus la cuma baba nak pesan sikit. Zyaire jaga anak baba baik-baik dan Mia pun kena patuh arahan Zyaire jangan jadi isteri derhaka." pesan Encik Mikael.

"Ibu pun nak pesan Mia jangan berdegil sangat dengan Zyaire, syurga seorang isteri ada pada suami." celah Puan Leila.

"Baiklah bu." Mia mengangguk dan tersenyum kelat.

"Mia rasa ibu dan baba patut naik rehat,mesti ibu dan baba penat layan tetamu tadi." cadang Zyaire.

"Betul cakap kamu, kami naik dulu ya,selamat malam." mereka berdua berlalu mendaki tangga untuk ke bilik.

[C] MRS. LORENZOWhere stories live. Discover now