"Seronoknya tengok diorang ni ,bang. Bahagia je." Leila sedang melihat gambar yang dihantar oleh Zyaire bersama Mia.
Berkat doanya anak mereka mendapat bahagia dan dijauhi daripada perkara-perkara yang tidak elok. Baginya Zyaire ialah lelaki yang sesuai dan baik buat anaknya. Dia juga tidak pernah melihat anaknya bahagia seperti itu.
"Saya harap sangat Zyaire tu dapat jaga dan layan kerenah anak kita tu. Mia tu sudah la degil,manja pula tu." kata Mikael mengingatkan saat Mia bermanja dengannya.
"Saya pun harap begitu dan semoga rumah tangga mereka kekal abadi."
"Macam kita." usik Mikael.
Mereka sama-sama tertawa dengan usikan itu. Bahagia mereka lebih daripada 20 tahun melayari rumah tangga.
🖤🖤
Mia masih terasa hati dengan sikap Zyaire sekejap baik sekejap dingin tak tentu pasal. Bantal lembut dipukul tertubi-tubi bagi melepaskan geramnya pada lelaki dingin itu.
Tiba-tiba dia teringat akan wanita petang tadi daripada segi pemakaian dia dapat menilai yang Céline seorang yang kaya dan berharta. Gayanya juga seperti orang-orang berkelas tinggi."Siapa perempuan tu? Bekas kekasih Zyaire ke atau bukan?" Kehadiran wanita itu buatkan dia tertanya-tanya.
Perutnya berbunyi kuat mengejutkannya daripada lamunan. "Awak lapar ek? Saya nak turun tapi tak nak tengok muka laki dingin tak tentu pasal tu tapi tak pa demi awak kita turun." katanya sambil mengusap perutnya. Tak, Mia tak mengandung tapi itulah tabiatnya setiap kali perutnya bersuara.
Mia menjengukkan sedikit kepalanya keluar dari bilik untuk melihat keberadaan Zyaire.
"Okay line clear." gumamnya lalu membawa diri turun ke dapur untuk menjamah makanan.Sedang khusyuk menikmati spaghetti, Mia disapa dari belakang. Dia beranggapan nyawanya akan hilang disebabkan tersedak spaghetti tadi.
"Kau ok tak?" soal lelaki itu cemas serentak menepuk perlahan belakang Mia.
"Kalau benci saya pun jangan la bunuh cara ni, pedih tahu tak tekak ni." sindir Mia lalu meneguk air kosong disebelahnya.
"Aku...aku minta maaf pasal tadi, aku tak ada niat pun nak sakitkan hati kau."
Mia yang menenguk air tadi juga hampir tersedak dengan permohonan maaf daripada Zyaire. Dia seperti tidak percaya yang lelaki sedingin dan gerun itu meminta maaf daripadanya.
Mia berdehem kecil."Ya saya maafkan. Tapi boleh tak kalau saya nak minta awak buat sesuatu."
"Cakaplah." Zyaire mengambil tempat di hadapan Mia.
"Boleh tak awak tukarkan perkataan 'aku' 'kau' tu kepada 'saya' 'awak' macam waktu mula-mula dulu. Saya bukan apa, saya cuma-"
"Okay." balasnya pendek.
Mia tersenyum gembira. Dia seperti sudah menerima Zyaire dan melupakan setiap perkara yang dilakukan oleh Zyaire terhadapnya.
"Err awak, kalau saya nak tanya satu soalan boleh? Satu je."
"Hmm" gumamnya tanda mengiyakan.
"Siapa perempuan tadi?" soalnya.
"Céline Margaux."
"Tak, maksud saya siapa dia pada awak?"
"Kawan kolej."
Mia hanya mengangguk dengan kenyataan Zyaire dan tidak mahu bertanya banyak walaupun dia tidak percaya wanita itu hanya rakan satu kolej.
YOU ARE READING
[C] MRS. LORENZO
Romance'Je te veux tellement bébé' I want you so badly baby "Saya lebih rela mati daripada kahwin dengan awak."-Mia Leandra 'Nessuno può averti, dolcezza' Nobody can have you,sweetie "Aku tetap akan dapatkan kau dengan apa jua cara.Aku sanggup ambil nyaw...