Bab 45

4.9K 149 6
                                    

Petang mendung bertukar cerah tatkala angin laju membawa awan pergi. Banglo besar dipandang lama dari dalam keretanya. Sekian lama memikirkan cara, Luthfi lantas keluar lalu menekan loceng rumah mewah itu.

"Ya, cari siapa?" soal Jade setelah membuka pintu pagar kecil.

"Saya cari Mr. Zyaire, dia ada ke?"

"Kau ni bukan......lelaki yang cari pasal dengan bos hari tu ke? Kau buat apa cari dia?"

"Aku datang sini nak bincang pasal projek, sudah lama tak nampak muka dia dekat office. Ada masalah sikit."

"Bos sibuk. Kau baliklah dulu."

"But this is important matter. Aku dah call bos kau,tapi tak jawab."

"Bos tak ada. Dia pergi overseas, kau bak sinilah fail tu. Nanti bila bos balik, aku serahkan dekat dia." hulur tangan Jade.

"Maaf aku tak nak tanggung apa-apa risiko jika fail ni hilang atau maklumat dalam fail ni bocor. Kau beritahu bos kau dekat mana sekarang ni, aku boleh pergi."

"Poyo betullah kau ni. Kau tunggu je lah dia balik, dah berambus." kata Jade lalu menutup semula pintu pagar.

"Kalau aku tak settle masalah ni sekarang, projek yang bos kau buat tu akan gagal. Kau nak ke projek bos kau gagal. Punca daripada kau sendiri." kata Luthfi membuatkan Jade membuka semula pintu pagar tadi.

Jade menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Aduhh leceh betullah. Sebab tu aku minta kau bagi fail tu dekat aku,nanti aku hantarlah."

"Aku tak percaya siapa-siapa, ramai pihak yang nak gagalkan projek ni. Aku tak akan serahkan fail ni pada tangan orang lain selain daripada Zyaire. Kalau kau nak tahu, projek ni bernilai 95 billion ringgit. Kau bayangkan kalau maklumat ni sampai pada tangan musuh, kau rasa bos kau boleh maafkan kau?" petah Luthfi berkata-kata dengan sinis.

Jade mengeluh dengan situasi ketika itu. Tidak mahu dirinya mendapat nasib yang sama seperti mangsa-mangsa Zyaire sebelum ini. Zyaire seorang yang sangat tidak berhati perut saat berhadapan dengan orang yang dibencinya.

"Dia sekarang dekat Langkawi, tapi kau takkan dapat jumpa dia sebab bos ada di pulau peribadi dia. Kalau kau pergi pun kau takkan lepas. Ramai budak-budak dia jaga kawasan tu."

Sinis Luthfi tatkala mendengar perkara sebenar.

"Kau terpaksa tunggu dia balik, atau aku akan maklumkan pada dia."

"Tak payah, aku akan bincang dulu dengan partner aku. Thank you for your information." Luthfi melangkah memasuki kereta sebelum berlalu pergi.

"95 billion? Kalau dapat dekat aku tu, fuhhh memang gempaklah." gumam Jade kembali ke rumah mewah itu.

Keretanya berhenti dibahu jalan, lalu menaip mesej kepada Tina untuk berjumpa sebentar lagi.

"Aku yakin kau yang bawa Mia pergi, tapi kalau kau sakiti Mia memang aku tak teragak-agak untuk rampas Mia daripada hidup kau, Zyaire."

🖤🖤

Pesawat peribadinya selamat mendarat di lapangan miliknya.Melangkah menuruni tangga bersama isterinya yang dicempung masih dalam lena lalu diletakkan di tempat dibahagian sebelah pemandu sebelum melangkah masuk dan memulakan pemanduan. Kesibukan ibu kota kembali menyinggah mata setelah beberapa hari di pulau yang tenang.

[C] MRS. LORENZOWhere stories live. Discover now