Bab 43

4.4K 154 1
                                    

Jam 7 pagi, keringat peluhnya membasahi dahi dan tubuhnya. Hembusan nafas kuat tatkala kakinya melangkah laju berlari dipersisiran pantai.Zyaire menamatkan aktivitinya setelah hampir 30 minit kemudian. Minuman kosong diteguk lalu dituangkan diatas kepalanya bagi menyegarkan lagi tubuh badan.

"Zyaire, jom breakfast. Saya dah siap masak. Awak naiklah mandi dulu, saya tunggu." Mia sedang menghidang sarapan pagi diluar rumah.

"Hmmm." balas Zyaire pendek sebelum memasuki rumah.

Walaupun sedikit terasa hati dengan sikap Zyaire namun hanya menerima. Dia merasakan itu layak diterima kerana saat tuduhannya yang melulu terhadap Zyaire dahulu mungkin telah melukakan hati lelaki itu.
Namun entah mengapa dia masih tidak mahu memohon maaf, adakah egonya atau sikap Zyaire membuatkannya begitu.

Hatinya juga masih ragu-ragu untuk mencintai Zyaire seperti dahulu. Latar belakang hidup Zyaire yang penuh dengan kegelapan menjadi penghalang untuk dia meletakkan sepenuhnya cinta dan hatinya buat sekali lagi.

Saat ini dia hanya harus menjalankan segala tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Mungkin suatu hari nanti cintanya akan mula berputik kembali.

Zyaire mengambil tempat dihadapan Mia setelah selesai membersihkan diri. Nasi goreng yang disediakan dijamah tanpa sebarang bicara dan matanya sentiasa tertumpu pada tabletnya. Sejak hari Céline mengaku kesalahannya, Zyaire jarang berkomunikasi dengan Mia. Jika perlu hanya beberapa patah kata sahaja yang keluar dari bibirnya.

Mia yang setia dihadapannya juga tidak membuka bicara sebaliknya hanya membiarkan suasana mereka ditemani bunyi ombak dan serangga kecil.

"Zyaire, bila kita nak balik?"

"Esok."

"Okay."

Kembali sepi.

Jam tangan dikerling menunjukkan pukul 8.30 pagi, lalu bangun dari duduknya dan memasuki rumah tanpa berkata apa-apa. Laptopnya dibuka dan jarinya mula menaip bagi menyelesaikan kerja-kerjanya.

Sementara itu.

"Arman, pantai dekat sini selamat tak kalau nak mandi. Saya bosanlah tak tahu nak buat apa." soal Mia kepada Arman yang diajak duduk menikmati sarapan.

"Ya, selamat.Jangan risau tak akan ada jerung."

"Saya takut jerung makan saya macam dalam cerita The Shallows tu. Awak pernah mandi dekat pantai ni ke?"

"Tak, saya alah dengan air laut tapi kalau Jade selalu. Setiap kali dia datang sini, hari-hari mandi laut je. Kadang-kadang selalu race dengan bos."

"Mesti bos awak yang menangkan."

"Ya, siapa je yang boleh kalahkan bos. He is a perfect man."

Memang tidak dinafikan apa yang dikata Arman tadi. Zyaire Lorenzo, seorang lelaki yang sentiasa memegang kemenangan dan tiada siapa yang dapat mengatasinya.

"Lepas awak dah habis makan, awak tinggal je nanti saya bawa masuk. Saya pergi sana dulu."

"Baik, hati-hati puan. Jangan pergi jauh sangat."

"Okay." Mia teruja sambil berlari anak menuju ke persisiran pantai. Kakinya mula terkena air lalu perlahan-lahan melangkah sehingga air laut mula menenggelamkan separuh badannya.

"Wah segarnya..." Menikmati saat itu dengan memejamkan mata. Air laut yang membiru serta suasana yang tenang membuatkan fikirannya melupakan segala bebanan yang ada.

Lalu dia memberanikan diri untuk pergi lebih dalam sehingga air laut diparas bahunya. Mia menerapungkan badannya dengan mendepakan kedua-dua tangannya lalu dipandang langit yang meluas lagi biru dan matanya dipejamkan sekali lagi.

[C] MRS. LORENZOWhere stories live. Discover now