Membawa diri mengelilingi rumah bagi menghilangkan bosannya.Rumah yang cukup luas dan besar tidak asing bagi Zyaire iaitu anak muda yang sangat hartawan dan berjaya. Usai sudah di bahagian bawah, Céline melangkah mendaki tangga untuk ke tingkat seterusnya yang dimana menempatkan bilik kerja, bilik tidur pasangan itu dan beberapa bilik lain. Tanpa segan silu atau ragu-ragu,dia melangkah masuk ke dalam bilik beradu Zyaire dan Mia. Matanya tertangkap pada satu bingkai gambar yang agak besar digantung pada dinding bilik yang menunjukkan gambar perkahwinan pasangan itu.Tersenyum sinis sambil mendekatinya. Tangan disilangkan di dada dan matanya tajam merenung pasangan yang manis tersenyum berpelukan.
"Un couple magnifique et très heureux, mais je ne vais pas laisser cela continuer. Tu ne mérites pas tout ça, seul moi mérite Zyaire."
(Pasangan yang indah dan sangat bahagia, tapi aku tak akan biarkan perkara itu berterusan. Kau tak layak untuk dapat semua ni, hanya aku yang layak dapat Zyaire) gumamnya dengan sinis.Lantas melangkah kearah katil, dilabuhkan punggungnya di birai katil beserta tangannya bermain diatas tilam empuk itu.
"Je suis censé dormir sur ce lit avec Zyaire, pas toi,Mia. Je suis sûr que Zyaire est plus heureux avec moi qu'avec toi. Un jour j'obtiendrai ce que je veux et tu ne récupéreras jamais Zyaire."
(Aku yang sepatutnya tidur atas katil ni dan bersama dengan Zyaire bukan kau, Mia. Aku yakin Zyaire lebih bahagia dengan aku daripada bersama dengan kau.Satu hari nanti aku akan dapat apa yang aku mahukan dan saat itu kau dah tak akan dapat Zyaire kembali.) katanya dengan perasaan dendam.Setelah itu, Céline berjalan dan terhenti di hadapan sebuah bilik.Pintu tombol dibuka dan dijengukkan sedikit kepalanya untuk melihat keadaan bilik itu dan bilik tersebut merupakan bilik kerja Zyaire.Langkahnya ringan memasuki bilik tersebut lalu pintu di tutup rapat.
🖤🖤
Jarinya laju menari diatas papan kekunci dan matanya sejak tadi fokus pada skrin monitor. Sesekali dibelek Mia yang juga sibuk dengan kerjanya melalui dinding kaca namun Mia tidak perasan akan dengan tindakan Zyaire. Tersenyum saat melihat gadis yang khusyuk dengan kerja berada hadapan biliknya. Punat interkom di tekan dan mengarahkan Mia untuk masuk berjumpa dengannya.
"Kenapa panggil saya?" soal Mia sebaik saja melangkah masuk.
"Saja rindu." balasnya selamba.
"Ish, mengadanya. Saya keluar dulu, banyak kerja nak disiapkan.Kejap lagi dah nak kena balik temankan Céline." kata Mia hendak keluar.
"Lebih pentingkan kerja daripada saya. How dare you?"
Niat Mia terhenti saat Zyaire berkata begitu lantas melangkah mendekati lelaki yang masih duduk di meja kerjanya. Lalu dari belakang, kedua-dua tangannya diletakkan diatas bahu Zyaire.
"I miss you so much. Tapi sekarang saya kena siapkan kerja saya nanti lewat pula balik." katanya dengan nada memujuk."Siapa bos?" soal Zyaire.
"Mestilah suami saya yang kacak ni,tapi saya perlu siapkan kerja saya even saya ni isteri awak. Nanti kalau oran-"
kata-katanya terhenti saat tubuhnya sudah berada diatas ribaan Zyaire."Zyaire!"
"Ya Mia." sahutnya dengan nada lembut bersama matanya tidak lari daripada merenung kecantikan yang dimiliki isterinya itu.
"Lepaslah! Nanti orang nampak!" rontanya.
Dengan pantas tangan Zyaire mencapai alat kawalan jauh lalu dihalakan pada dinding kaca lantas dinding itu berubah dengan warna kelabu.
"Orang lain tak akan nampak apa yang kita buat lepas ni." bisik Zyaire dengan nakal sambil mendekatkan bibirnya pada wajah Mia."Ermmm Zyaire! Tak puas lagi ke semalam kita dah.." tanpa sedar bibirnya menyatakan perkara itu.
"Dah apa?" pandang Zyaire berserta senyuman nakal.
YOU ARE READING
[C] MRS. LORENZO
Romance'Je te veux tellement bébé' I want you so badly baby "Saya lebih rela mati daripada kahwin dengan awak."-Mia Leandra 'Nessuno può averti, dolcezza' Nobody can have you,sweetie "Aku tetap akan dapatkan kau dengan apa jua cara.Aku sanggup ambil nyaw...