Bab 50

10.9K 300 31
                                    

Lenanya diganggu ketukan daripada luar bilik lantas bangun menuju ke muka pintu. Saat pintu dikuak luas, terlihat Zyaire yang sedang berdiri dengan senyuman.
"Zyaire." wajah suaminya dipegang dan diusap. Tangisan juga mula membasahi pipi.

"Betul ke ni awak? Awak dah balik? Kenapa awak tinggalkan saya?" soalnya lantas dipeluk erat tubuh tinggi lelaki itu.

Soalannya dibiar sepi. Tangan Zyaire membelai kepala Mia lalu dikucup lama dahi gadis itu.

"Awak dah makan? Nak saya masak kan?" wajahnya diangkat memandang Zyaire.

Juga tiada jawapan,sebaliknya hanya sebaris senyuman mekar di bibir. Zyaire meleraikan pelukan Mia lantas mengucup lama bibir Mia. Terdiamnya saat bibir mereka bertemu.
Setelah lama, Zyaire menjarakkan wajah mereka dan menghadiahkan lagi sebaris senyuman kepada Mia.

Mia mula perasaan, Zyaire semakin samar dan semakin menjauh. Dipanggil nama lelaki itu berkali-kali namun tidak dihiraukan.

"Zyaire!" matanya terbuka luas tersedar daripada lena. Kesan air mata dapat dirasakan diwajahnya.

"Urmmm......kau okay tak ni, Mia?" soal Tina disebelahnya.

"A-aku mimpi Zyaire." sayu suaranya.

Lantas Tina mendekat sahabatnya dan dibelai perlahan belakang Mia. "Mia, aku rasa kau terlalu banyak berfikir tentang tu. Kau bawa bertenang. Kita perlu yakin semua yang kau sangka tu tak akan terjadi."

"Tapi Zyaire datang dalam mimpi aku. Dia macam nak ucapkan selamat tinggal kat aku, Tina. Aku rindukan Zyaire."

"Kau anggap je itu semua mainan tidur, InshaAllah Zyaire dalam keadaan baik saja. Dah sekarang aku nak kau tidur. Esok kita tengok lebih lanjut pasal insiden itu." pujuk Tina.

Mia mengangguk perlahan lalu diusap air mata yang tersisa. Badannya kembali dibaringkan dan membelakangi Tina. Air matanya mula mengalir lagi sehingga teresak-esak namun ditekup mulutnya agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi yang dapat mengganggu Tina.

'Saya rindukan awak sangat-sangat, Zyaire.'

🖤🖤

Puan Leila dan Encik Mikael sudah menunggu Mia di meja makan. Melihat anaknya yang mengambil tempat dihadapannya dengan wajah pucat.

"Mia, kamu sakit ke? Kenapa pucat je muka tu?" soal ibunya.

"Mia, okay je. Cuma penat sikit, mungkin sebab semalam." jawabnya. Hal berkaitan Zyaire tidak dibuka sama sekali, tidak mahu menyampaikan berita yang belum pasti kepada orang tuanya.

"Sekejap lagi naik rehat, sekarang makan sarapan ni. Makan banyak-banyak untuk tenaga kamu." kata babanya.

"Tina, kamu tolong tengok-tengokkan Mia sama ya. Ibu risau dia jatuh sakit."

"Baik,ibu." senyum Tina.

Nasi goreng dihadapannya tidak disentuh lagi. Hanya termenung menguis-nguis hidangan tersebut.

"Mia, makanlah. Kenapa termenung je? Makan makan nanti sejuk pula." kata ibunya.

Terpaksa juga menjamah hidangan itu walaupun tiada selera. Dia harus mengawal emosinya ketika dihadapan ibu dan babanya. Jika tidak pelbagai soalan yang bakal ditujukan kepadanya.

Mulutnya tidak banyak berbicara ketika itu dan banyak berdiam diri. Disoal sepatah dijawab sepatah.

"Ibu baba, Mia naik dulu ya. Mia nak rehat." pinta Mia setelah menjamah beberapa suap nasi goreng.

[C] MRS. LORENZOWhere stories live. Discover now