Bab 46

4.6K 151 3
                                    

Jam 7.30 malam, mereka sekeluarga sudah bersiap sedia untuk menunaikan solat fardhu Maghrib. Zyaire mengambil tempat dihadapan sebagai imam seperti yang dijanjikan tadi.

Mia yang dibelakang masih memikirkan sama ada Zyaire boleh menjadi imam atau tidak.

'Dia tahu solat ke? Kenapa sebelum ni aku tak pernah nampak dia solat pun.' soalnya dalam hati.

"Allahuakbar."

Suara Zyaire saat itu mengejutkan Mia. Tidak sangka lelaki yang menjadi imam solat itu ialah suaminya.Buat kali pertama melihat Zyaire menunaikan solat malah menjadi imam untuk keluarganya.

Walaupun Zyaire seorang yang tidak endah dengan tanggungjawab seorang hamba tapi dia masih mengingati segala yang dipelajarinya dulu saat hendak memeluk Islam. Segala bacaan asas dan tindak tanduk dalam solat telah pun diajar oleh orang yang bertanggungjawab
membantu Zyaire memeluk agama yang benar itu.

Bacaannya tidak terlalu merdu namun lancar dan baik. Surah yang dibaca hanyalah surah-surah lazim dan pendek.

Setelah selesai memberi salam, Zyaire meminta babanya untuk membacakan doa. Katanya doa babanya lebih mustajab.

"Aamiin ya rabbal Aalamiin" doa diaminkan lalu menghadap kedua mertuanya untuk bersalaman.

"Sedap juga bacaan kamu, nanti bolehlah jadi imam lagi." puji Puan Leila.

"Zyaire masih belum baik sepenuhnya lagi,ibu. InshaAllah, Zyaire akan belajar lebih lagi." balasnya.

"Baguslah jika begitu, ibu dan baba masuk keluar dulu ya. Nak beri baba makan ubat." pintanya dan bangun beredar dari surau kecil rumah itu.

Menghantar pemergian kedua mertuanya dengan senyuman dan pandangan lalu memalingkan semula wajahnya melihat Mia yang masih duduk di tempat solatnya.

"Kenapa dengan isteri saya ni? Diam je." soalnya mendekati Mia.

Tidak menjawab namun sebaliknya menyalami tangan lelaki itu.

"Saya cuma tak sangka awak yang jadi imam solat tadi."

"Kenapa? Awak ingat saya tak tahu solat ke?"

Perlahan Mia menganggukkan kepalanya.

"Kali terakhir saya solat adalah waktu saya belajar bersama ustaz yang bawa saya masuk Islam. Selepas tu saya memang tak pernah solat tapi tak bermakna saya lupa bacaan dan rukun solat."

"Kalau saya tanya soalan ni awak jangan terasa hati. Kenapa awak tak solat sebelum ni?"

Zyaire hanya diam, tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Dia juga tidak mengerti mengapa dia mengabaikan amalan wajib itu. Mungkin kerana hatinya masih dibelenggu kelalaian dan imannya yang samar-samar dalam hati.

"Mungkin dulu saya tenggelam dengan duniawi sehingga lupakan hal-hal yang wajib saya tunaikan. Namun sejak saya kenal awak, saya rasa hidup saya dah berubah. Awak bawa sinar dalam hidup saya."

Air matanya mula memenuhi tubir mata setelah mendengar kata ikhlas Zyaire.

"Dan mulai saat ini, saya akan jadi imam dalam hidup awak. Ajari saya tentang Islam." katanya lagi.

Tidak dapat menahan terharunya sehingga mutiara jernih itu mula mengalir perlahan membasahi pipi.
Laju tangan Zyaire mengusap pipi Mia.

"Shu...jangan menangis nanti apa pula ibu baba kata."

Lantas Mia memeluk erat Zyaire. "Terima kasih, sebab sudi jadi imam saya,Zyaire."

Pelukan Zyaire eratkan lagi lantas mengucup dahi bersih milik Mia. "Itu tanggungjawab saya. Sepatutnya dari awal kita berkahwin dulu saya patut imamkan awak."

[C] MRS. LORENZOWhere stories live. Discover now