Rumah banglo mewah menjadi destinasi terakhir. Hampir 2 tahun dia tidak melangkah masuk ke dalam rumah ini sejak keberadaannya di Malaysia. Rumah tinggalan mamanya kepadanya yang menyimpan segala kenangan mereka berdua.
Melangkah masuk memerhati setiap sudut rumah dengan kenangan lama bermain di fikiran.
Mengimbau segala kenangan mereka bersama."Zyaire, awak naik la rehatkan fikiran.Nanti bila saya dah habis masak saya panggil." pujuk Mia.
"Tak payah masak.Kejap lagi Arman bawakan makanan." balas Zyaire menaiki tangga.
Mungkin lelaki itu terlalu lama memendam rindunya pada mama."Puan Mia, makan malam akan siap dalam 5 minit lagi.Puan naiklah dulu nanti saya panggil." maklum Arman sedang menyiapkan hidangan yang ditempah.
Mia membalas senyuman dan mengangguk faham.
Dia membawa diri melihat keseluruhan rumah. Lukisan yang indah tergantung dinding menarik perhatiannya. Dihujung sudut lukisan itu tertulis nama seseorang. Dia beranggapan yang lukisan itu dilukis oleh mama Zyaire.
Membuka kakinya lagi kebahagian atas, terdapat satu bingkai gambar yang agak besar terletak ditengah-tengah dinding lalu mendekatkan diri untuk meneliti wajah yang terdapat pada gambar tersebut.
"That's my mum."
Mia tidak melatah dengan kehadiran Zyaire.
"She so pretty.Untung papa awak dapat isteri yang cantik macam ni."
"She's pretty but that guy never appreciates what he got."
"Apa yang awak maksudkan?" soal Mia.
"Dia buat hidup mama menderita dan terseksa.Setiap malam mama akan dipukul sampai dia puas. Bawa balik perempuan setiap kali pergi club."
Gadis itu hanya mendengar kisah lelaki itu, mungkin disebabkan kisah ini dia menjadi dirinya yang sekarang.
"Even mama sakit dan tengah nazak pun dia tak pernah ambil peduli."
Mia mendekati Zyaire dan tangan lelaki itu digenggam.
"Awak tak perlu ingat lagi perkara yang menyakitkan awak."
"Tak, aku takkan lupa apa yang lelaki tu dah buat pada mama, dia dah buat hidup mama aku merana. Aku takkan lupa dan maafkan dia sampai aku mati, Mia."
Walaupun lelaki itu bersikap dingin dan kejam, dia dapat melihat seribu kesedihan melalui matanya. Mata yang telah menyimpan perasaan benci akan papanya dan mata yang menyaksikan segala penderitaan mamanya.
🖤🖤
Selesai makan malam, Zyaire terus naik ke bilik untuk menyelesaikan kerja-kerjanya. Walaupun sebulan berada disini itu tak bermakna dia akan mengabaikan kerja berkaitan syarikat.
Fedrix mengambil alih tempat Zyaire di Malaysia buat sementara waktu ketika Zyaire berada di Paris.
Mia yang sedang menonton televisyen terganggu dengan kehadiran 'seseorang' di kakinya.
"Ahhh!" jeritnya kuat dengan segera berdiri diatas sofa.Makhluk berbulu itu sedang bergesel-gesel di kaki meja.
Zyaire yang khusyuk menaip bergegas turun ke bawah untuk melihat keadaan Mia.
"Kenapa Mia?!" soalnya cemas.
"Zyaire tolong saya! Saya takut!" suaranya bergetar hampir menangis meminta pertolongan lelaki itu.
Zyaire berjalan kearah Mia. Tanpa apa-apa isyarat Mia melompat dan merangkul leher Zyaire. Kakinya mengunci pinggang lelaki itu.
"Saya takut! Tolong bawa dia pergi jauh-jauh." rayunya.
YOU ARE READING
[C] MRS. LORENZO
Romance'Je te veux tellement bébé' I want you so badly baby "Saya lebih rela mati daripada kahwin dengan awak."-Mia Leandra 'Nessuno può averti, dolcezza' Nobody can have you,sweetie "Aku tetap akan dapatkan kau dengan apa jua cara.Aku sanggup ambil nyaw...