Bab 26

5.2K 186 2
                                    

Setibanya di Malaysia setelah 13 jam lebih berada dalam pesawat, Zyaire terus memandu kereta ke tapak pembinaan tersebut. Mia pula dihantar pulang ke rumah ibu babanya. Katanya hendak melepaskan rindu yang lama terbuku.

"Assalamualaikum, ibu baba. Mia dah balik." sapanya dengan teruja sambil berlari memeluk orang tuanya.

"Waalaikumsalam, Mia! Ya Allah rindunya ibu dekat kamu.Kenapa tak bagi tahu nak balik?" Puan Leila membalas pelukan.

"Saja nak buat kejutan.Baba tak rindu Mia ke?" soalnya membuat riak wajah sedih.

"Siapa kata baba tak rindu anak tunggal baba ni." balas Encik Mikael turut serta memeluk Mia dan Puan Leila.

"Macam mana honeymoon, seronok?"

"Seronok sangat." katanya walaupun telah melalui pelbagai dugaan dan situasi pahit.

"Zyaire mana? Kenapa tak datang sekali?" soal babanya.

"Zyaire terpaksa pergi tapak pembinaan.Katanya ada masalah sikit.Dia kirim salam dekat ibu dan baba."

Saat sedang rancak berbual, rumah itu didatangi tetamu.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam, Hanum, Bakri. Eh Luthfi pun ada." sahut Puan Leila.

Sebaik saja mendengar nama lelaki itu. Hatinya terus terusik dengan kisah lalu antara mereka.

"Err ibu, baba. Mia rasa Mia kena balik dulu sebab Arman dah lama tunggu dekat luar." pinta Mia. Dia takut jika terdapat salah faham yang akan berlaku antara dia dan Zyaire kelak nanti.

"Kamu panggillah Arman masuk. Auntie Hanum , Uncle Bakri dan Luthfi baru je datang takkan nak balik dah. Bersapa dulu dengan mereka dan tanya khabar."

"Baik bu." Namun terpaksa akur dengan ibunya. Dia berharap yang Zyaire tidak akan muncul ketika itu.

"Marilah duduk. Mia baru saja balik dari Paris jadi dia terus datang sini nak lepas rindu." ajak Puan Leila.

Lantas Mia menyalami Puan Hanum dan Encik Bakri.

"Auntie dengar kamu dan Zyaire pergi berbulan madu dekat Paris. Jauh betul ya. Luthfi pun pergi sana juga lepas kamu berangkat. Katanya ada urusan kerja. Beberapa hari lepas di pulang ke sini." kata Puan Hanum.

"Kamu tak ada jumpa Luthfi dekat sana ke Mia?"

"Tak, kami tak berjumpa pun.Mia pun tak tahu Luthfi ke sana.Lagi pun Luthfi jarang keluar pergi bersiar-siar sebab banyak sangat kerja yang perlu diselesaikan. " balas Luthfi terlebih dahulu sebelum Mia membuka mulut.

Mata Mia memandang Luthfi sekilas kerana pembohongan lelaki itu. Rasa bersalah mula hadir saat teringat kejadian yang memutuskan hubungan mereka berdua.

"Ouh ruginya kalau pergi Paris tapi tak keluar jalan-jalan."

Luthfi hanya tersenyum dengan respons Puan Leila.

"Mesti seronokkan berbulan madu dekat Paris. Auntie dengar Paris merupakan kota paling romantik dekat dunia ni."

"Alhamdulillah seronok sangat. Mia dan Zyaire pun rasa beruntung sebab pilih Paris sebagai destinasi honeymoon kitorang." kata Mia.

Luthfi yang mendengar kata-kata yang keluar daripada dua bibir Mia itu juga sedikit tersenyum sinis kerana dia mengetahui semua perkara yang berlaku antara Mia dan Zyaire.

"Assalamualaikum." suara itu membantutkan perbualan mereka tadi. Dengan serentak mereka berpaling untuk melihat gerangan itu kecuali Mia dan Luthfi kerana tahu siapa pemilik suara itu.

[C] MRS. LORENZOWhere stories live. Discover now