Mia hanya diam memandang ibu dan baba yang sedang duduk berhadapan dengannya.
Cukup menahan sabar Mia mula memecahkan suasana janggal itu.
"Ibu Baba memang dah tak sayang Mia ke? Mia ni boneka ke? Sehingga soal kahwin Mia pun ibu dan baba belakangkan Mia."
soal Mia bertubi-tubi."Mia,ibu dan baba bukan tak sayangkan Mia tapi kami buat ni sebab nak yang terbaik untuk Mia.Lagi pun Luthfi tu anak yang baik."
balas Puan Leila dengan nada pujuk."Tapi bu, Mia baru 24 tahun dan baru saja mula bekerja.Biarlah Mia selesakan diri dulu, biar Mia rasa hidup berdikari."
"Kalau begitu Mia berkenal-kenalan dulu dengan Luthfi,ambil masa kenal hati budi. Ibu bagi masa dalam 6 bulan.Lepas tu kita buat apa yang patut." kata Puan Leila sambil memegang lembut tangan anaknya.
"Ibu. 6 bulan tu terlalu cepatlah .Lagi pun Mia tak ada hati pun nak kahwin awal. Tapi kalau itu yang buat ibu dan baba bahagia, Mia terima keputusan tu. Mia balik dulu. Assalamualaikum." balas Mia seraya bangun menyalami ibu babanya dan beredar pergi.
"Kamu ni Leila, Mia tu dah matang jadi biarlah dia buat keputusan dia sendiri."
kata Mikael setelah Mia keluar dari rumah itu."Saya yakin Mia akan jatuh hati dengan Luthfi,bang.Tak mengapa kita tunggu 6 bulan lagi. Kalau Mia masih berdegil,saya akan batalkan rancangan saya."
balas Leila.🖤🖤
"Meeting dengan semua pekerja akan diadakan pada jam 3.30 petang di tingkat 4, Sirius Hall"
pengumuman berkaitan mesyuarat besar-besaran yang akan berlangsung sebentar lagi.Mia sedikit gementar kerana ini adalah pertama kali dia akan menghadiri mesyuarat yang menghimpunkan jawatan-jawatan tinggi.
3.30 petang
Mesyuarat dimulakan dengan pembentangan laporan kewangan syarikat dan beberapa projek yang sedang berlangsung dan bakal berlangsung.
Dari jauh Zyaire melihat Mia yang sedang khusyuk mencatat isi kandungan mesyuarat.
Senyumannya terukir dan hatinya terusik dengan kecantikan milik gadis Melayu itu."I invited Mr. Zyaire Lorenzo to give a speech." jemput pengerusi mesyuarat.
"Thank you,Fakrul.First of all, congratulations to our staffs for your great and successful work.
Disebabkan korang kita dapat projek tu dan pelabur yakin dengan The Canopus."
ucap Zyaire."Wah Mr.Zyaire cakap Melayu lah."
"Ehh aku tak pernah tahu pun yang dia boleh cakap Melayu."
"Setahu aku dia orang Itali tapi aku tak tahu pula yang dia fluent Melayu!"
Suara para pekerja mula terdengar setelah pertama kali Zyaire bertutur dalam bahasa Melayu.
Zyaire sedikit tertawa dengan celoteh para pekerjanya.
"Okay let me explain to you guys.Sebenarnya saya boleh bercakap dalam bahasa Melayu dan saya dah belajar bahasa ni lebih kurang 7 tahun."
jelas Zyaire kepada pekerjanya."Patutlah aku hairan, kenapa dia cakap Melayu lancar sangat dengan aku." kata Mia perlahan.
"And now I have a big surprise for you guys. Saya akan buat trip holiday kali ini dekat Itali dan tarikhnya ialah pada 18 Februari nanti." sambung Zyaire.
YOU ARE READING
[C] MRS. LORENZO
Romance'Je te veux tellement bébé' I want you so badly baby "Saya lebih rela mati daripada kahwin dengan awak."-Mia Leandra 'Nessuno può averti, dolcezza' Nobody can have you,sweetie "Aku tetap akan dapatkan kau dengan apa jua cara.Aku sanggup ambil nyaw...