Bab 7

8.4K 301 0
                                    

Timbunan kerja yang mesti diselesaikan menghalang Mia untuk turun makan tengah hari.

Hanya dia dan Wendy,gadis berbangsa Cina di pejabat itu.
Dokumen yang diperlukan tiada di meja Mia.

Dia menggerakkan kakinya ke bilik  yang menempatkan dokumen yang diperlukan.
Setelah mendapatkan dokumen, dia ingin menyambung kerjanya.

Sebaik saja mengalihkan badannya, dia terkejut dengan kehadiran Zyaire di muka pintu.

Mia cuba untuk tidak menghiraukan Zyaire dan berjalan keluar tapi dia dihalang  lalu pintu itu ditutup rapat oleh Zyaire.

Segera Mia menjarakkan dirinya daripada Zyaire.

"Encik Zyaire nak apa ya? Kopi?Teh? Milo? Saya boleh buatkan tapi bagi saya keluar dulu." soal Mia kerana sudah muak dengan perangai Zyaire.

"Dah seminggu.So apa jawapan awak?" Zyaire menghiraukan soalan sinis Mia tadi.

"Just wait." balas Mia.

Tiba-tiba Zyaire melangkah mendekati Mia.
Badannya sudah menyentuh almari dan tidak dapat mengundurkannya.

Dia cuba mengawal reaksi dan cuba untuk nampak tenang meskipun jaraknya dengan Zyaire semakin dekat.

"Je t'aime plus quand tu ne protestes pas"
(Saya semakin jatuh cinta dengan awak jika awak tidak membantah) bisik Zyaire seraya mengucup dahi milik Mia.

Tindakan tadi membuatkan Mia menolak kasar dada Zyaire dan keluar daripada bilik itu sambil tapak tangannya menutup dahi.

Hati Zyaire tercuit dengan tingkah laku Mia. Dia tahu yang Mia sedang malu kerana pipinya yang merah padam.

Tangannya mengibas mukanya yang panas lalu melihat dahinya melalui pantulan cermin dalam tandas.

Disentuh lembut bahagian itu lalu tersenyum tanpa sedar.
Dengan cepat dia menepis perasaan terhadap lelaki yang akan merosakkan keluarganya.

Tisu tandas dicapai lalu dilap dahinya dengan rasa jijik.
'I will not fall in love with you,Zyaire'

🖤🖤

Mia segera bergegas ke hospital setelah menerima panggilan telefon daripada ibu.
Babanya telah dikejarkan ke hospital akibat serangan jantung.

"Ibu,macam mana dengan keadaan baba." soal Mia sebaik saja bertemu dengan ibunya.

"Alhamdulillah,doktor bagitahu yang baba dah keluar daripada zon kritikal."

"Macam mana baba boleh kena heart attack ni. Sebelum ni okay je."

"Ibu pun tak pasti, tapi sebelum baba rebah.Baba ada terima satu fail." jelas Puan Leila.

Mia dengan cepat menangkap siapa dalang disebalik kejadian itu.Segera dia bergerak untuk pergi ke rumah orang tuanya.

"Ibu,Mia balik sekejap ada hal dekat office, petang nanti Mia datang bawa barang-barang baba." maklum Mia.

Laju kaki melangkah ke kereta lalu memulakan pemanduan ke destinasinya.

Setibanya di rumah orang tuanya, dia memasuki rumah itu lalu mencari fail yang menjadi punca babanya sakit.

[C] MRS. LORENZOWhere stories live. Discover now