Kaki melangkah mengikuti jejak Zyaire memasuki bangunan The Canopus seawal 8 pagi. Jaraknya dengan Zyaire agak jauh kerana merasa malu dengan para pekerja yang asyik memandangnya.
Laju tangan sasa Zyaire merangkul pinggang rampingnya untuk mendekatkan jarak mereka."Zyaire! Lepaslah malu nanti orang pandang." bisik Mia dengan cuba meleraikan rangkulan Zyaire sambil matanya memerhati beberapa orang pekerja yang berada di situ.
"Kenapa nak malu? Kita ni suami isteri yang sah bukannya pasangan kekasih." balas Zyaire dengan mengeratkan lagi rangkulan.
"Selamat pagi, Mr. Zyaire dan Mia." sapa dua orang pekerja memasuki lift.
"Mrs. Mia, call her Mrs. Mia." tegur Zyaire selamba kepada mereka.
Lantas mengangguk faham dan tersenyum kelat kerana ditegur oleh bos besar.
"Sayang,nanti awak bagitahu Emilia yang saya akan adakan mesyuarat pada jam 11. Minta semua berkumpul." pinta Zyaire dengan suara lembut yang mampu mencairkan hati mana-mana perempuan yang mendengarnya.
"Err baik." balasnya sedikit janggal kerana kewujudan dua orang pekerja tadi.
Lift berhenti dan dibuka pada tingkat 6,lantas dua orang tadi keluar menuju ke pejabat mereka. Masa untuk bergosip sudah tiba. Laju mereka mendapatkan rakan sekerja yang lain untuk membuka cerita tentang hal tadi.
"Guys! Mia dah bekerja dekat sini balik." sergah Sofie.
"Mia mana ni? Siapa tu?" soal salah seorang daripada mereka.
"Budak accountant yang cantik tu. Yang berhenti kerja lepas tu berkahwin dengan Mr. Zyaire. Takkan kau tak ingat Lily?"
"Ouh dia tu, aku dengar dia yang goda Mr. Zyaire waktu bekerja. Betul ke?"
"Manalah aku nak tahu tapi apa yang aku tahu sekarang dia dah kerja sini balik dan dah tak jadi accountant. Dia dah naik pangkat jadi PA Mr. Zyaire. Aku terserempak dengan diorang tadi waktu naik lift." jelas Sofie dengan semangat bergosipnya.
"Betul, aku pun ada sekali . Sumpah sweet nak mati diorang berdua. Mr. Zyaire siap rangkul pinggang Mia lepas tu dia panggil Mia 'sayang'. Wahh aku harap aku dapat lelaki macam tu. Sudah la kacak, kaya dan aura dia tu mengancam sangat." celah Biah dengan teruja.
"Kacak,kaya, aura mengancam? Saya rasa semua tu ada dekat saya." celah seorang lelaki.
"Eh Encik Fedrix." serentak mereka terkejut dengan kehadiran Fedrix yang elok bersandar di bucu meja.
"Gosip apa pagi-pagi ni? Saya pun nak join juga boleh? Nanti dah tak payah tengok berita sebab saya dah tahu semua hal." gurauannya terkandung sedikit sindiran buat wanita-wanita itu.
"Errr kami bukan gosip, kami cuma sampaikan berita tentang Mia, maksud saya Puan Mia isteri kepada Mr.Zyaire. Dia dah mula kerja hari sebagai PA Mr. Zyaire." jelas Sofie.
"PA? Kepada Mr.Zyaire? Biar betul." hairan Fedrix dengan khabar itu.
"Ya tapi kalau Encik Fedrix tak percaya. Pergilah tanya kawan baik Encik Fedrix." balas Biah.
"Baiklah kalau begitu, saya pergi dulu ya. Saya cuma nak bagitahu yang saya ni masih single.Bye." lalu melangkah pergi.
Tawa mereka terhembur keluar setelah mendengan gurauan Fedrix tadi. Fedrix ialah seorang yang peramah dan bermulut manis. Sangat ramah dengan semua pekerja walaupun dia berada dipangkat yang agak tinggi.
"Yang ni Datuk Hasan dan dia ni salah satu daripada orang kuat untuk projek Achernar." tunjuk Zyaire kepada Mia yang sedang fokus mencatat di sebelahnya.
YOU ARE READING
[C] MRS. LORENZO
Romance'Je te veux tellement bébé' I want you so badly baby "Saya lebih rela mati daripada kahwin dengan awak."-Mia Leandra 'Nessuno può averti, dolcezza' Nobody can have you,sweetie "Aku tetap akan dapatkan kau dengan apa jua cara.Aku sanggup ambil nyaw...