HAZRA

17 1 0
                                    

Tahun berganti tahun, Azra membina kekuatan dirinya. Tekadnya, enggan si dia bersimpati lagi. Dengan kekuatan itulah dia menjalani kehidupan sehariannya.

  Sekembalinya dari luar negara,dengan harapan baru. Hidup yang baru.

   Tapi, bila berjumpa, longgarlah juga lututnya. Mana taknya, si dia kini, bertambah matang, berkarisma dan.......nakal.

  Haziq.

    Datangnya dia bersama hasrat. Hasrat meneruskan apa yang terputus. Saat itu, dia yakin dengan perasaannya. Namun, saat iu jugalah ada bebanan lain yang perlu dipikulnya.

   Azra tekad untuk terus menolak. Bukan apa. Si dia tahu kisah hitam Azra. Azra tidak mahu hubungan mereka terjalin atas dasar simpati. Kerana alasan itu jugalah hubungan mereka goyang.

  Tambahan pula dengan keadaan Haziq. Dia yakin. Jodoh mereka tiada. Mungkin benar kata Haziq. Perasaan mereka itu tidak kekal.

Tapi, kenapa perlu ada rasa sakit?

Kenapa perlu hadir rasa cemburu?

Kenapa, Haziq sangat bahagia dengan si dia?

Saat itu juga, seorang lelaki lain turut mengejarnya. Bertahun mengejar Azra di bumi asing. Tengku Haris masih tak berputus asa.

Haziq? Tergugat sudah tentu. Tapi untuk memiliki Azra, dia perlu menyelesaikan konflik melanda antara mereka.

Walau apapun terjadi. Haziq tekad. Azra Zulaikha milik Haziq Hazmi.

   Demi kebaikan Azra, ayahnya nekad menerima pinangan salah seorang dari dua lelaki itu. Tak betah dia melihat Azra terus dikejar dan menolak .

   Azra terima walaupun dia keliru. Tapi....Azra sedar. Satu perkara yang penting dalam apa jua perhubungan. Iaitu sesuatu bernama.

KEPERCAYAAN

Tapi.....siapa lelaki itu?

Haziq atau....Haris?

Dalam....

Azra Zulaikha

My Mission: This Is A Game (Completed+ Editing)Where stories live. Discover now