Malam itu, Azira termenung seorang diri di luar biliknya. Tiada sesiapa di rumahnya. Nasibnya lebih kurang sama dengan Izrul. Bezanya, dia masih mempunyai ahli keluarga untuk dia bergantung.
Namun malam itu terasa sunyi sekali rumahnya. Matanya tertancap pada televisyen. Namun fikirannya melayang entah ke mana. Jujur, dia sayangkan Izrul. Tipu jika tiada sekelumit pun perasaan sepanjang perkenalan mereka.
Azira akui, walaupun Izrul seorang yang menjengkelkan, Namun jauh di sudutnya dia akui, Izrul seorang yang tabah dan kuat. Malah seorang yang bijak dan tidak mudah dipijak. Jika tidak, masakan dia mampu merampas kembali rumahnya yang suatu ketika dahulu diambil oleh saudaranya sendiri.
Izrul Faiq, bukan mudah dia hendak menunjukkan kelemahannya. Tapi Azira tahu, Izrul juga tak mungkin mampu menahan semua ini seorang diri. Seorang budak lelaki yang kehilangan ibu bapa sejak berusia 7 tahun. Apalah sangat dia mampu lakukan.
Mindanya terbayang saat mereka pertama kali berjumpa.
Flashback...
Tiga orang kanak-kanak lelaki berusia sekitar 10 tahun sedang mengepung seseorang.
"Dasar budak miskin, kenapa kau datang sekolah eh? Menyemak je."
"Entah. Sakit mata aku tengok baju dan kasut dia yang buruk tu. " Tambah seorang lagi pembuli.
Izrul Faiq, kanak-kanak yang sedang dibuli itu mengeluh lemah. Dia cuba melepaskan diri daripada mereka.
"Ops, tunggu kejap! Kau nak pergi mana?" Ujar si ketua yang sedari tadi mendiamkan diri. Buku-buku dilemparkan di hadapan mukanya. "Macam biasa. Siapkan kerja sekolah kitorang." Arah si ketua itu dengan selamba. Namun masih tidak cukup untuk membuatkan Izrul membuka mulut. Anak buah yang pertama tadi berasa tidak puas hati lalu mencekik baju Izrul. "Kau ni ada mulut ke tak? Telinga? Siapkan kerja rumah ni! Dasar miskin!"
"Kalau dia tu miskin, kau miskin adab. Tak hairanlah. Kerja sekolah pun suruh orang buat," Satu suara yang halus, lembut dan cukup tenang itu menyentakkan mereka. Gadis itu mennyilangkan tangan pada tubuhnya. Tiga kanak-kanak itu dipandang tajam. Izrul mengangkat kening.
"Sibuklah kau budak baru!" Berang anak buah yang kedua. Si ketua menarik senyuman sinis. "Heh, budak baru? "
Gadis itu membuat muka bosan. "Jangan kacau dia boleh tak? Korang ni tak ada kerja lain ke?" Bebelnya. Si ketua itu ketua diikuti oleh anak buahnya.
"Boleh, tapi dengan syarat aku tak nampak dia dalam sekolah ni. Amacam?"
"Huh, melampau! Ni bukan sekolah bapak kau pun!" Ujar gadis itu menahan bengang.
"Memang bukan sekolah bapak aku. Tapi bapak aku berpengaruh kat sekolah ni! Kau apa tahu?!"
"Alah, bapak kau berpengaruh pun mesti sebab penyumbang terbesar PIBG sekolah kan? Klise. Kau pun bukan kaya sangat. Kalau bukan sebab bapak korang, korang nak makan pun tak mampu," Gadis itu mentindir pedas.
"Kau memang-" Baru sahaja mereka mahu menerkam gadis itu untuk dipukul, Izrul sudah menghalang mereka terlebih dahulu.
Tangan si ketua itu dicengkam kuat. "Perempuan pun kau nak pukul ke?" Soal Izrul sinis. Bengang ketua pembuli itu dibuatnya.
"Kau!!" Penumbuk dihayun pada Izrul namun Izrul dengan tangkas menahan dan mengilas lengan itu sehingga si ketua itu berpusing ke belakang. Punggungnya ditendang kuat oleh Izrul menyebabkan dia tersungkur ke hadapan. "Ajim! Kau memang tak guna!" Seorang lagi menerpa ke arah Izrul dan Izrul segera mengelak membuatkannya terlajak dan Izrul berada di belakangnya. Sekali lagi, punggung musuhnya menjadi sasaran.
Terkekek-kekek gadis itu ketawa. Lawak lah pulak. Hehehehe....
Seorang lagi pula terketar-ketar seketika. Maklumlah badan sedikit berisi. Dengan kekuatan yang dikumpul, dia memberanikan diri menerpa ke arah Izrul. Izrul terus menyepak perut buncit itu membuatkan budak lelaki itu hilang keseimbangan dan berundur beberapa tapak ke belakang. Dia mengusap perutnya dan memandang ke arah Izrul. Izrul memasang kekudanya lalu dengan segera pelajar itu melarikan diri.
Si ketua tadi segera bangun dan cuba menerkam sekali lagi. Izrul menarik tangan si ketua dan menghadiahkan penumbuk sebaik sahaja tubuh itu terdorong kehadapan.
"Kau!"
"Cukup! Apa yang jadi ni?" Mereka memandang ke arah suara itu. Yup, cikgu disiplin. Rupa-rupanya sebaik sahaja salah seorang pembuli itu melarikan diri, dia mencari cikgu disiplin. Urgh....setan.
........................................................................"Nasya Azira." Gadis itu memperkenalkan diri sebaik sahaja mereka pulang dari sekolah. Izrul mengangkat kening. "Nama aku. Nasya Azira."
"Aku tak tanya nama kau." Ucap Izrul dingin. "Hish, nak kenal je pun." Azira membentak. Perlahan Izrul mengeluh. Kenapalah dia perlu layan gadis ini?
"Izrul Faiq." Senyap. Suasana janggal seketika. "Mata kau cantiklah." Izrul tersentak mendengar kata-kata Azira.
Anak matanya yang berwarna hazel itu merenung dalam wajah gadis itu. Azira sekadar tersenyum. Izrul masih mendiamkan diri. Agak lama sebenarnya. Dia tidak menerima senyuman daripada sesiapa.
Dia memalingkan wajah. "Kenapa kau pertahankan aku?" Soal Izrul. Azira tersengih. "Erm...entahlah. Aku pun tak tahu. Aku nampak diorang macam buli kau, aku pun pergilah. Tak sangka pulak kau memang betul-betul kena buli. Dan...tak sangka pulak kau sebenarnya pandai melawan. Hehehe.."
Buat pertama kali selepas kematian ibu bapanya, Izrul tersenyum ikhlas. "Huh, nasib baik dapat amaran je tau. Kalau tak, tak pasal-pasal je aku kena buang sekolah." Ujar Izrul.
Azira ketawa kecil. "Eleh, tak lebam pun lah diorang," Izrul menjeling sekilas. "Mana kau tahu?"
"Alahai..kau tendang punggung diorang. Pastu bahagian perut. Paling-paling pun diorang senak je," Ujar Azira selamba. Izrul menarik sengih.
"yelah tu."
"Eh, betullah." Azira tergelak-gelak. Selepas tawa mereka reda, suasana sunyi sekali lagi. Azira menggigit bibirnya sendiri. Haih...mamat ni memang tak nak bercakap agaknya. Dari tadi hanya Azira yang mencari topik untuk bercakap.
"Kau hebat." Puji Azira. "Maksud kau?"
"Masa kau lawan diorang tadi. Kau hebat." Sekali lagi senyuman manis diukirkan. "Oh,"
Azira mula mencebik. "Kau ni memang tak suka bercakap ke macam mana ek?" Geram sungguh Azira dengan Izrul ketika itu.
Izrul berdecit. "Azira...er...Nasya?"
"Nasya Azira. Kau ni dah kenapa? Nama aku pun boleh terbalik ke?" Soal Azira geram.
"Bukan lupa. Tapi...aku nak panggil kau apa? Takkan asyik nak panggil nama panjang kau? Nasya Azira?"
"Oh..." Azira tersengih.
Bermula dari saat itulah mereka rapat. Dan Izrul yang dingin menjadi seorang yang menjengkelkan.
End flashback...
Azira menyungging senyum kecil. Dia sendiri tak menyangka Izrul segila itu. Tidak sehingga mereka lebih rapat dan lebih serius.Entah sejak bila dia tidak pasti.
Sementara Azira tenggelam dalam lamunan, siaran televisyen pula sedang menayangkan siaran berita.
" Sepasang suami isteri ditemui mati di kediaman sendiri pada petang tadi sekitar pukul 3:00 petang. Mangsa dipercayai meninggal pada hari semalam"
To be countinued...
Naz_Nazira
17 June 2020
YOU ARE READING
My Mission: This Is A Game (Completed+ Editing)
Mystery / ThrillerCover by: whitepericolo29 My missions... Dia memulakan misi pertamanya. Tapi, siapa dia? Misi apa yang dia jalankan? Peristiwa setahun lalu nyata memberi kesan terhadap beberapa orang diantara mereka. Azira, dibenci oleh ramai pelajar teru...