Mayat seorang lelaki yang berusia sekitar 20-an di temui di sebuah bangunan yang telah runtuh setahun lalu. Mangsa dipercayai mati dibunuh seminggu lalu. Motif pembunuhan tidak dapat dikenalpasti. Keadaan mayat mangsa yang agak tragis kerana dikelar seluruh badan dan dipotong lidahnya.
Mirsha terpaku mendengar berita malam itu. Televisyen memaparkan lawasan kejadian. Mirsha kenal tempat itu. Itu tempat yang dia diculik dahulu.
Dia menggeleng kepala membuang kemungkinan yang mayat lelaki itu berkaitan dengan lelaki psiko yang menculiknya dan Azra.
Semuanya hanya kebetulan. Ya. Dia yakin!
-----------------------------------------------------------"Bukan ke dia ni ke yang ada kat sekolah hari tu? Dia mengintip budak-budak tu kan?" Gadis itu menyoal sebaik sahaja melihat gambar yang dilemparkan oleh abangnya.
"Ya. Tapi dah beberapa hari abang tak dapat kesan dia."
"M.I.A~" Sampuk adik bongsu mereka. Mereka berdua menjeling sekilas.
"Guys, tengok ni." Gadis itu memandang pasangan kerjanya. Mata mereka berempat tertumpu pada skrin. "Hm..kes bunuh lagi." Ujar si abang selamba.
"Tempat yang sama dengan kes penculikan tahun lepas." Ujar insan yang sedang menghadap televisyen itu. Gadis itu memandang hairan rakannya. " Jadi?"
"This is my theory. Lelaki yang selalu mengintip tu dah berapa lama tak ada? Seminggu kan?" Soalnya.
Lelaki itu mengangguk dengan teragak-agak. "Haah, telefon dia pun aktif seminggu lepas." Tambah si adik yang paling muda dalam kumpulan itu.
"Lelaki tu pun mati di bunuh seminggu lepas. How if kalau diorang orang yang sama?" Soalnya.
Gadis itu berkerut. "Tapi...kenapa dia nak bunuh orang sendiri?" Rasa curiga mengetuk pintu hatinya.
Rakannya sekadar mengangkat bahu. " Who know?"
"Dah lah. Nanti abang dapatkan jawapan. Rasanya sekarang dengan keadaan mayat tu pihak polis pun susah nak buat pengecaman mayat."
Mereka yang lain sekadar mengangguk. "Aku tak faham. Apa yang dia nak sebenarnya? Kenapa perlu buru diorang?" Gadis itu melemparkan soalan.
"Kadang-kadang psikopat kita tak boleh jangka." Ujar adiknya. "Kau rasa dia psikopat?" Si abang pula menyoal. Adiknya sekadar mengangkat bahu.
"Mungkin ya. Mungkin tak. Tapi, I don't know if this true, but....psikopat lebih suka bergerak seorang diri kan? Tapi dia ada orang suruhan. Tak tahulah. I'm not finished my study on psikopath yet."
Mereka yang lain menjulingkan mata ke atas. Tapi mereka tidak menolak pendapat itu.
-----------------------------------------------------------Pagi itu, Nia dikejutkan dengan kemunculan Rayyan di depan pintu kelasnya. Dia mengangkat kening.
Rayyan tersenyum nipis. "Good luck." Ujarnya lembut. Nia yang terpinga-pinga itu baru memahami. "Oh, good luck too,"
Hari ini, mereka akan menghadapi peperiksaan. Suasana janggal seketika. Rayyan menggosok belakang kepalanya. "Er...aku pergi dululah. Jangan ponteng pulak,"
Nia menjulingkan mata. "Yelah. Logik la aku nak ponteng. Exam kot. Kalau class ye lah jugak. Boleh cover balik." Bebel Nia. Rayyan ketawa kecil dan berlalu pergi. Kemesraan mereka dilihat oleh Dyana.
Senyuman yang sukar ditafsir terukir pada wajahnya.
-----------------------------------------------------------Waktu rehat terasa janggal apabila baik Mirsha mahupun Nia sekadar mendiamkan diri sedangkan selalunya mereka berdualah yang paling bising berkongsi cerita.
"Memang kita nak senyap macam ni je ke?" Akhirnya Fiqri memecahkan kesunyian. Rasanya dia sudah menyelesaikan masalah antaranya dan Mirsha. Ada sesuatu yang dia terlepas pandang ke?
"Tak adalah. Korang tu je yang senyap." Balas Nia selamba. "Eh, camping lepas exam kan? Hujung minggu?" Soal Haziq. "Haah, cikgu pilih lima pelajar top 10 dari form 5 dan form 4 untuk exam ni. Lepas tu pelajar yang dapat markah tertinggi untuk mana-mana subjek. Then, beberapa orang pelajar yang dipilih oleh guru kelas berdasarkan sahsiah." Ujar Nia.
"Atuk kau bagitahu?" Soal Mirsha. Nia sekadar mengiakan. "Hm...kalau macam tu exam tak boleh buat elok-elok lah." Ujar Izrul tiba-tiba. "Eh, kenapa?" Haziq hairan.
"Sebab aku malas pergi camp" Dengan riak bosan,selamba Izeul berkata. Azira sudah tayang muka menyampah. Darniel di sebelah Izrul mencebik. "Alah, cakap je lah yang kau takut masuk hutan," Ejeknya.
Izrul pula langsung tidak kisah. Yang dia tahu, dia malas. "Dasar pemalas." Komen Azira. Izrul sekadar mengangkat bahu manakala Mirsha ketawa kecil. Nia menjulingkan mata dengan telatah Izrul. Tak serius langsunglah mamat ni. Entah apa-apa entah.
"Kau cakap macam kau yakin je kau dapat top kan?" Provok Nia. "Well, ni Izrul lah. Setakat nombor satu tu no hal punya." Balasnya yakin.
Mereka yang lain sudah buat muka menyampah dengan keyakinan terlajak Izrul. Izrul sekadar ketawa kecil. "Jangan cakap kosong sudah," Balas Fiqri.
"Tak apa-tak apa. Kita tengok nanti. Hahaha...." Tambah Rayyan. Izrul mula meminta simpati. " Tapi aku tak nak dapat top untuk exam ni,"
"Eh, kenapa?" Soal Haziq sedangkan dia audah menyoal tadi. Hm... lambat relate.
" Nanti kena pergi camp," Izrul berkata senada. "Eleh, macamlah kau dapat," Ejek Haziq lagi. Izrul tidak menjawab. Begitu juga yang lain. Mereka turut berdiam diri.
Haziq pula terpinga-pinga sendiri. Korang palau aku ke?
........................................................................
Tia memandang geram wajah selamba di hadapannya. Wajah itu pula menunjukkan riak seolah-olah dia tidak bersalah. Eh, tolong lah.
Aisy memakan kek di hadapannya tanpa menghiraukan pandangan gadis yang bercermin mata itu.
"Tia Aqasha, kek tu takkan habis sendiri kalau awak tak makan. " Tegur Aisy setelah sekian lama membiarkan dirinya diperhati. Tia mendengus geram.
"Kau nak apa sebenarnya?" Akhirnya soalan yang bermain di fikirannya terluah. Aisy membalas pandangan Tia. "Nak berkawan. Tak boleh?"
Sekali lagi, Tia mendengus. "Kalau macam tu rasanya tak perlu kot heret aku keluar sesuka hati kau." Aisy mula menyeringai. "Kenapa? Takut jatuh hati balik?"
Tia terdiam. Renungan tajam diberi kepada lelaki itu. Mengapa perlu diungkit kenangan dulu? Jelingan tajam diberi sebelum dia mula mencapai sudu.
Entah kenapa suasana kafe yang sunyi itu terasa tegang sekali. Sesekali Tia mengeluh. Kenapa lelaki ini perlu kembali dalam hidupnya.
"Tak baik mengeluh tau," Tegur Aisy lembut. "Mind your own busniss." Tia membalas dingin. Wajah Aisy lagsung tidak dipandang. Tiada sesiapa diantara ahli keluarganya yang mengetahui bahawa mereka saling mengenali satu ketika dahulu. Tiada siapa mengetahui bahawa bencinya dia pada wajah yang berada di hadapannya kini.
Aisy menggigit bibir. Dia cuba mencari anak mata Tia. Namun gadis itu setia menunduk. "Qasya, I'm sorry."
Serentak dengan itu Tia memandang tajam ke arah Aisy. "Don't you ever dare to call me with that name AGAIN!" Keras sekali nada suara Tia memberi amaran. Perkataan again itu ditekan.
Aisy membalas pandangan Tia lembut. 8 tahun hidupnya diselubungi rasa bersalah. Bersalah kerana mempermainkan seorang gadis polos yang tidak bersalah.
To be countinud...
Naz_Nazira
12 June 2020
YOU ARE READING
My Mission: This Is A Game (Completed+ Editing)
Mistero / ThrillerCover by: whitepericolo29 My missions... Dia memulakan misi pertamanya. Tapi, siapa dia? Misi apa yang dia jalankan? Peristiwa setahun lalu nyata memberi kesan terhadap beberapa orang diantara mereka. Azira, dibenci oleh ramai pelajar teru...