Fiqri bingung dan memandang Azira. Azira turut memandangnya. Fiqri memandang ke hadapannya kembali. Anak mata itu masih tunak memandangnya dengan pandangan yang...er...rindu?
Sempat dia berpusing ke belakang namun tiada sesiapa. Jari di angkat dan ditunding ke arahnya. "Aaa aku ke?" Soalnya dengan wajah keliru.
Air mata mula menuruni wajah Mirsha. Baru sahaja kakinya ingin kembali melangkah dan menuju le arah Fiqri seseorang menghalang tubuhnya. Mirsha tergamam.
Dia memandang gerangan itu. "Nia,"
Panggilnya keliru. Nia tersenyum hambar. Tubuh Mirsha dipeluk erat. Mirsha turut membalas pelukan itu."A-aku ingat...korang dah.." Nia melepaskan pelukan dan menggeleng perlahan. "Tak, aku ok. Tapi Shah tak. Dia betul betul.... dah, tak ada." Lambat Nia memaklumkan perkara itu. Mirsha tergamam. Dia memandang wajah Fiqri kembali.
"Ta-tapi,"
Nia menggeleng. "Aku tahu. Tapi aku tak tipu. Dia bukan Shah, Mirsha." Ujarnya lembut.
Mirsha mula menangis teresak-esak. "Tipu," Ujar Mirsha. Nia menggeleng perlahan. "Tak Mirsha. Please jangan macam ni. Aku tak rasa Shah akan sukakannya."
"Semua ni salah aku kan?" Soal Mirsha. Nia menggeleng. "Jangan cakap macam tu,"
"Tak! Semua salah aku! Kalau aku,"
"Kalau kau apa?" Pintas Nia tegas. Dia tahu apa yang ingin dikatakan Mirsha. Dia faham apa yang Mirsha lalui. Bahu Mirsha dicengkam kuat.
"Mirsha kau dengar cakap aku! Apa yang berlaku, bukan salah sesiapa. Kalaupun ada, aku yang patut rasa. Kau ingat aku happy lepas selamat dari semua tu tapi kawan baik aku terkorban? Tak Mirsha. Dia mati depan aku dan aku tak mampu nak buat apa-apa. Tipu aku cakap aku okey. Hampir setahun aku cuba buang rasa bersalah tu. Dan aku, akan pastikan si tak guna tu terima pembalasan!"
"No Nia, bahaya! Cukup Shah. Aku tak nak kau pun kena benda yang sama"
"Habis kau nak aku hidup dengan rasa bersalah ni?"
"Kau ingat aku tenang!" Giliran Nia terdiam. Sementara itu, Azira dan Fiqri sedang memproses apa yang sedang berlaku. "Apahal ni? Macam serius je. "
"Shh" Fiqri mencebik. Kita tanya je.
"Mungkin aku tak ada kat tempat kau tapi kau ingat aku tak rasa apa-apa? Setiap pagi sebuah kotak muncul depan rumah aku, ditujukan pada aku dan tak pernah sekali pun isinya tak mengerikan. Aku cuba kuat Nia. Aku tahu semakin lama aku tak jumpa korang makin teruk akan jadi. Tapi isi kotak tu selalu ganggu otak aku." Tangis Mirsha.
"Aku rasa macam tak guna tahu tak? Korang berdua hadap dia kat sana, tapi aku hanya terima kotak-kotak tu. Itupun aku dah lemah."
Nia mengetap bibir. Tak, bukan salah Mirsha. "Er...girls. Aku tahu korang tak habis lagi. Tapi waktu rehat yang dah habis. Apa kata kita masuk kelas dulu. Chill...lepas habis waktu sekolah korang nak sambung drama ni sambunglah."
Kepala Fiqri diketuk kuat oleh Azira dengan buku di tangannya. "Aduh! Apa salah aku?" Soal Fiqri tidak berpuas hati.
Azira menjulingkan matanya. "Aku tak tahu apa yang dah jadi. Tapi lepas habis waktu persekolahan, boleh tak korang datang taman ni balik dan ceritakan pada kami apa yang berlaku?" Kata Azira mendatar.
"Dan kenapa kitorang kena ikut cakap kau?" Soal Nia dengan nada yang sama.
Azira hanya diam dan memandang sepi le arah Nia. Tiba-tiba wajah Nia berubah terkejut sebelum bertukar serius. "Fine,"
Lengan Mirsha ditarik untuk berlalu pergi dari situ. Mirsha hanya mengikut. Azira memandang kelibat mereka berdua sehingga hilang dari pandangan. Kemudian dia memandang Fiqri dan tersenyum. "Jom,"
"Tak nak kawan. Apasal kau pukul aku tadi?" Rungut Fiqri. Azira menjulingkan matanya sekali lagi dan melangkah ke kelas. "Whatever" Fiqri membuat muka. Apa salah aku guys???
"Wait, Azira! Macam mana si Nia tu nak pula ikut cakap kau? Kau ada blackmail dia ke? Atau kau pun kenal dia macam Izrul?"
"Mana ada? Kau pun nampak kan? Dia sendiri yang setuju. Aku tak buat apa-apa pun" Ujar Azira.
Fiqri mencebik. "Tapi macam mudah sangatlah," Fiqri masih tidak berpuas hati. Azira sekadar mengangkat bahu.
Sementara itu...
"Nia, kenapa?" Soal Mirsha menyedari riak serius masih di wajah rakannya. "Something not right about her" Ujar Nia. Mirsha memandang hairan. "Maksud kau?"
Nia menghela nafas. "Aku rasa dia tahu kebolehan aku" Mirsha terkejut. Dia memang tahu kebolehan Nia itu. Tapi...Azira?
"Apa dia kata?" Soal Mirsha.
"Dia kata, mungkin dia tahu siapa dia yang kita maksudkan." Mirsha tergamam.
"Nia, kau tak rancang apa-apa kan?"
Soal Mirsha perlahan. Nia mengeluh perlahan. "Entah lah. Tengok lah macam mana.""Tapi Nia takkan kau nak hadap bahaya tu lagi?" Bantah Mirsha. "Aku tahu, tapi aku sendiri pun penat nak hadap mimpi ngeri ni. Benda ni takkan hilang selagi kita tak selesai kan. Dulu hanya permulaan Mirsha. Kita tak tamatkannya. Tapi kita tinggalkan dengan tergantung. Alu harap sangat lepas ni aku boleh hidup dengan tenang" Luah Nia.
"Aku takut Nia," Nia memegang tangan Mirsha erat. "I know. Aku pun sama. But we have each other right? Lagipun aku yakin perempuan tu boleh tolong kita,"
"Macam mana kau boleh yakin sangat" Keluh Mirsha perlahan. "Entah. Aku ikut instinct aku je" Balas Nia selamba. Mirsha menggeleng perlahan.
"Nia tadi, dia" Nia memandang Mirsha. "Mamat tadi ke?"
"Hm, siapa dia. Muka dia mirip sangat dengan Shah." Nia tersenyum nipis. "Ya, aku pun terkejut masa nampak dia hari tu. By the way, aku ada banyak benda nak story dengan kau nanti. Jumpa kat taman okey?" Ucap Nia. Mirsha senyum hambar dan melambai ke arah Nia.
Dia meneruskan langkah ke kelas. 'Shah, Mirsha rindu Shah. Saya minta maaf...' Rintih hati Mirsha.
Tanpa dia sedari, seseorang memerhatinya dari jauh. Wajahnya terselindung disebalik hud. Senyuman yang sukar ditafsirkan terukir di wajahnya. Lantas dia berundur sebelum sesiapa menyedari kehadirannya. Dia sekadar memantau. Belum masanya untuk dia bertindak. Sekurang-kurangnya bukan buat masa sekarang.
Mirsha yang baru melangkah masuk ke kelasnya tersentak. Entah kenapa bagaikan ada bisikan halus di telinganya. Dia menggigil. Bayangan yang sering mengganggu lenanya mula kembali.
Tepukan di bahu mengejutkan Mirsha dari khayalannya. "Mirsha, kau okey?" Tegur rakan sekelasnya. Mirsha sekadar mengangguk perlahan. Langkah kembali diatur ke mejanya. 'Abang....tolong Mirsha.' Rayunya di dalam hati. Perasaan tidak enak mula hadir di dalam hatinya. Kata-kata Nia mula bermain di mindanya. Ya, segalanya baru bermula. Dan mereka tak tamatkannya. Tapi persoalannya, mampukah mereka menamatkannya? Mampukah dia menghadapi mimpi ngeri itu sekali lagi? Persoalan-persoalan itu membuatkan Mirsha menggigil buat kesekian kalinya.
To be continued...
Hey, do you think you gonna win?
I'll not let that happen
By the way
I'm enjoy my games to munch
Baby,
YOU ARE READING
My Mission: This Is A Game (Completed+ Editing)
Mystery / ThrillerCover by: whitepericolo29 My missions... Dia memulakan misi pertamanya. Tapi, siapa dia? Misi apa yang dia jalankan? Peristiwa setahun lalu nyata memberi kesan terhadap beberapa orang diantara mereka. Azira, dibenci oleh ramai pelajar teru...