Bab 40

32 3 0
                                    

   Seperti yang didengari, sebaik sahaja keputusan keluar pada minggu itu, kesemua palajar di ranking top 10 dan pelajar yang mendapat markah tertinggi serta beberapa orang pelajar terpilih, diberi surat kebenaran untuk menyertai perkhemahan yang akan diadakan pada hujung minggu depan.

  "Hahahaha!!! Tak nak pergi konon," Selamba Haziq mengetawakan Izrul. Izrul sekadar mencebik. Walaupun dia tidak berada dalam ranking top 10 dalam bacth, tapi markah add math yang paling tinggi antara semua menyebabkan dia terpaksa akur.

   Fiqri dan Darniel turut mengetawakannya. Hanya Rayyan yang sekadar tersengih. Tapi....sengih mengejek.

  "Rileks la...bukan teruk sangat pun." Pujuk Azira walaupun dia juga ingin mengetawakan Izrul. "Uuu... Azira pujuk Izrul bhai..." Usik Rayyan. Azira menjeling tajam ke arah Rayyan manakala Izrul menayangkan muka tenangnya.

  "Aku dah lama syak yang korang ni ada something." Tokok Fiqri sambil tersengih jahat.

   "Zira, kau pergi kan?" Soal Darniel sambil mengangkat kening tanda mengusik. "Ya, aku pergi." Balas Azira malas. Nampak sangat muka keji sorang-sorang. Termasuk Rayyan sekali. Huh, tak boleh diharap langsunglah.

   "Wow, jodoh!" Usik Haziq pula. Azira menjulingkan mata dan berlalu ke tempatnya. Makin lama di layan makin sakit hati.

   Izrul pula simpan senyum. Mindanya sudah terbayang idea jahat. Tiba-tiba satu kertas melayang mengenai kepalanya.

   Kertas diambil dan berpaling ke belakang. Azira menjeling tajam ke arahnya. Automatik kening Izrul terangkat. Kertas di tangan di buka dan mengabaikan perbualn rakan-rakannya.

  Tak payah nak mengada. Aku takkan kemaskan barang kau. Buat SENDIRI!

  Terbit tawa dari mulut Izrul. "Yang kau ni ketawa dah kenapa?" Soal Rayyan. "Nothing." Balas Izrul selamba.

  "Eleh, padahal dapat surat cinta dari Zira. Macam aku tak nampak." Perli Darniel. Mereka yang lain turut mengusik. Izrul sekadar tersengih. Kalau nafikan pun lagi kuat diusiknya.

   Sementara itu, Azira menggeleng apabila melihat telatah Izrul selepas membaca suratnya.

   "Hai...untunglah kan? Semua lelaki kacak dalam sekolah ni kau sapu. Budak baru tu pun masuk-masuk terus rapat dengan kau." Rakan semeja Azira, Qistina selmaba menyidirnya. Malah, Elly yang berada di sebelah gadis itu turut mengiakan.

  "Kau pakai ilmu apa eh? Sampai mudah sangat nak lekat?" Soal Elly sinis. Nelydia di Azira menepuk sedikit kuat meja di hadapan Elly memandangkan dia berhadapan dengan Elly.

  "Apa lagi? Bagi body lah. Ituyang diorang berlima sayang sangat kat minah ni. Betul tak?"

  Azira akhirnya mengangkat muka. "Why not korang pergi goda diorang sendiri? Aku pun nak tahu juga yang diorang no tahan digoda atau tidak. Kalau tak, takkanlah dengan aku pun boleh jatuh. Melainkan kalau aku lebih cantik daripada korang. Ops... terlepas pula" Bicara Azira senada.

  Qistina membulatkan matanya. "Kau!"

   "Aku apa? Sebab Izrul tak balas perasaan kau, kau nak salahkan aku? Huh, pathetic betul hidup kau. Sebab tak mampu tundukkan sorang lelaki pun dah meroyan macam orang gila."

  "Eh kau memang kurang ajar kan?!" Nelydia menolak bahu Azira. Mereka tidak mampu berkasar sekarang kerana pasti yang 5 jejaka itu pasti akan menyelamatkan Azira. Mengingati fakta itu membuatkan hatinya bertambah mendidih. Apatah lagi Haziq tidak pernah memandangnya.

   "Don't care. Kalau korang bagus sangat, cubalah tackle diorang sendiri. Tak guna busuk hati nak gaduh-gaduh sebab lelaki ni. " Ujar Azira. Dia tidak kisah langsung. Dia tahu Izrul bagaimana. Dan dia tahu bagaimana rakan-rakannya. Kalau dia tak ada pun belum tentu gadis-gadis itu dapat mendekati mereka.

  Berubah terus wajah mereka bertiga mendengar saranan Azira.
-----------------------------------------------------------

    Dyana memandang surat kebenaran di tangannya. Keluhan perlahan dilepaskan. Dia tahu Rayyan juga pasti pergi. Lelaki itu rank 6 kot dalam batch.

  Dyana tidak tahu mengapa dia harus pergi. Dan dia sendiri ragu-ragu. Agak-agak marah tak Rayyan apabila mengetahui hal ini. Bukan apa, Ketika mengetahui mereka satu sekolah pun Rayyan mengamuk besar. Ni kan pula jika mengetahui dia juga pergi ke perkhemahan itu.

    Keluhan dilepaskan lagi. Semata-mata hal ini, seleranya hilang. Niatnya hanya satu, memulihkan hubungan kekeluargaan yang retak dan diterima sebagai salah seorang keluarga. Salah ke? Terlalu besar ke permintaan dia. Sungguh. Jikalau dia mempunyai kuasa, perkara pertama yang ingin dilakukan adalah supaya keluarga Rayyan tidak musnah. Mereka tidak bersalah. Dia tak boleh biarkan keluarga itu hancur hanya kerananya.

   Entah kenapa terlintas satu perkara di fikirannya. Hanya sehingga kem perkhemahan tersebut. Selepas itu dia berjanji, dia akan keluar dari rumah itu dengan rela sekiranya itu yang terbaik. Lagipun dia kesiankan adik Rayyan yang baru berusia 10 tahun dan terpaksa mendengar pertengkaran itu. Kakak Rayyan lari disebabkannya dan Rayyan terpaksa menghadapi masalah keluarganya seorang diri. Ya, semua salahnya. Tapi sebelum melangkah pergi dari keluarga itu, ada sesuatu yang perlu dia lakukan. Walaupun dia tidak yakin mampu memulihkan keluarga itu, sekurang-kurangnya dia mencuba. Kan?
........................................................................

  "Jadi korang berdua pergilah ni?" Soal Darniel. Mirsya dan Nia sekadar mengangguk. "Haih, kena jaga budak ni lagilah nampaknya," Ujar Haziq sengaja mengusik. Nia membuat muka. Fikir dia suka sangat ke kena jaga ni.

   "Lah, Rayyan ada. Biar Rayyan soranglah jaga." Ujar Izrul. Fiqri tergelak. "Hah, betul tu. Korang kan sweet semacam hari tu?"

   "Alah, kau....cakap orang. Kau dengan Mirsha tu apa cerita? Dalam library? Ingat kitorang tak tahu?" Soal Darniel pula. Fiqri terpinga-pinga manakala Mirsya pula sudah merah wajahnya. Terasa darah menyerbu ke muka.

   Rayyan tergelak kuat. "Hambik kau. Nak kenakan orang sangat. Kan dah kena balik." Izrul, Darniel, Haziq dan Azira turut ketawa.

  Fiqri mencebik. Walaupun dia tahu mereka mengatakan mengenai peristiwa memujuk Mirsha tempoh hari, tapi dia tidak pasti bagaimana mereka mengetahuinya.

  Mirsha pula sudah tertunduk-tunduk wajahnya manakala Nia masih terpinga-pinga. 'Ada something yang aku terlepas ke?' Getus hatinya. Matanya memandang wajah Fiqri dan Mirsha yang sudah memerah itu akibat diusik.

  'Peristiwa kat library. Fiqri jumpa Mirsha? Tapi kenapa? Aish, tak boleh jadi ni. Mesti diorang ada something. Ah, nanti-nantilah aku korek.' Bisik hati Nia lagi.

   Mereka terus berbual riang tanpa menyedari bala yang semakin menghampiri. Dari jauh, Azra mengerling ke arah Haziq yang kelihatan bahagia. Dia tak boleh tipu hatinya. Jauh di sudut hati, rasa sayang buat Haziq masih ada. Tapi dia tahu yang dia perlu hapuskan perasaan ini. Dengan pantas dia melarikan pandangannya. Dia tak mahu Haziq tahu dia masih memerhati Haziq dalam diam. Dia tidak mahu terjerat dengan panahan Haziq lagi. Fokusnya kembali kepada Faqiha yang sedari tadi rancak bercerita. Faqiha, ya. Itulah satu-satunya sahabat yang dia punya.

To be countinued...
Naz_Nazira
18 June 2020

My Mission: This Is A Game (Completed+ Editing)Where stories live. Discover now